“ Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya ..” ( Riwayat At-Tirmidzi)

Followers

Follower yang ke -100 Syed Azaharul

Wednesday, January 13, 2010

TERASA YAKIN BILA MEMASAK.

Setiap tahun umur kita pasti bertambah,pengalaman jua bakal mendewasakan kita.Apa yang saya ingin kongsikan adalah berkaitan masakan.Dunia masakan telah saya pelajari sejak zaman persekolahan lagi..itu pun atas ajaran dan saranan mak..seronok juga dapat memasak selain dapat pujian dari mak dan ayah..hehe..tapi setakat masakan yang ringan-ringan je..mee goreng dan nasi goreng.

Setiap perkara yang hendak dilakukan perlulah ada kenyakinan diri.Setelah berada di bumi mesir ini,sudah tentu tidak lari kena memasak.Al-maklum..duduk rumah sewa.Dalam setahun ke tiga tahun berada di mesir,kenyakinan untuk memasak tidaklah setebal mana..banyak bertanya housemate..yang paling berat nak masak apabila tetamu atau kawan-kawan ramai bertandang ke rumah.Maklumlah rumah saya tinggal,agak famous..Datuk Tahrir,Mufti Johor dan Datuk Noh Gadot,Mantan Mufti Johor pernah mendiami rumah yang saya tinggal sekarang..Rumah Johor Abdeen.

Alhamdulillah..Sekarang kenyakinan mulai menebal dalam diri..tidaklah risau sangat kalau kawan-kawan ramai datang..tiba giliran kena masak terasa tenang je jiwa..cuma kadang-kadang sifat malas menjelma diri..huhuhu..kenalah pandai-pandai mengatasinya..Jutaan terima kasih buat housemate2ku yang banyak memberi tunjuk ajar dalam memasak..kalau anda perhatikan pada list My Housemate: Qusyairi,Syafiq dan Azrin,semua otai dalam masakan..dah layak jadi chef..hehe.

Sesungguhnya setiap perkara itu bermula dengan niat..Niatlah kerana Allah..Pahala dapat keberkatan pun dapat..Semoga kenyakinan sentiasa wujud dalam diri..buatlah sesuatu tanpa jemu..gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya.Usaha tangga kejayaan.





Antara hasil masakanku..Cuba teka apa nama masakanku ini?.Selamat meneka.

2 comments:

Siti Salwa Hanim said...

ni bubur kacang ke kari kacang?nmpk kcg je yg nyata..

Mohd Fakhrurrazi Bin Mohd Subari said...

hmm..tekaan kurng tepat..sila cuba lgi yerk..masakan dri gmbr pertama tu sllunya di masak wktu musim raya..masakan dri gmbr kedua lak pada namanya apabila makan soto..kalu tak de kuah tu tak kan nak makan nasi empet je kan?apa nama bagi kuah soto tu??.hnya pada nama ye je..hehe..nak bagi pembayang.

Jaamiah Al-Azhar As-Syarif


Copy this code to your website to display this banner!