“ Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya ..” ( Riwayat At-Tirmidzi)

Followers

Follower yang ke -100 Syed Azaharul

Sunday, April 27, 2008

Imtihan-Imtihan di Universiti Al-Azhar pengajian peringkat B.A.

Peperiksaan semester 2,sesi 2007/2008 di Universiti Al-Azhar,Mesir pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda bakal bermula pada awal bulan 5 sehingga pertengahan bulan 6 ini. Semua Mahasiswa dan Mahasiswi dari kuliah Usuluddin,Syariah,Lughah dan Dirasat akan mengambil 1,2 atau 3 peperiksaan utama iaitu imtihan syafawi,imtihan tahalluf dan imtihan tahriri.

Imtihan syafawi adalah merupakan peperiksaan lisan dari madah-madah utama kuliah.Semester ini,madah Quran dijalankan untuk semua kuliah.Justeru itu,semua Mahasiswa dan Mahasiswi dari wafidin(bukan orang Mesir) dikehendaki menghafal 2 juzuk kecuali terdapat juga dari cawangan Universiti Al-Azhar di Iskandariah dikehendaki menghafal dari surah-surah pilihan.

Bagi pengajian Tahun 1,dikehendaki menghafal bermula ayat 1-252 dari surah Al-Baqarah(Juzuk 1-2).Tahun 2,bermula dari ayat 253 Surah Al-Baqarah sehingga ayat 22 surah An-nisa'(juzuk3-4).Tahun 3 pula,bermula dari ayat 23 surah An-Nisa' sehingga ayat 82 surah Al-Mai'dah(juzuk 5-6).Manakala Tahun 4,bermula ayat 83 surah Al-Mai'dah sehingga ayat 88 surah Al-A'raaf(juzuk 7-8).Walaupun begitu,bagi yang berjaya naik ke Tahun 2 dan seterusnya,dikehendaki mengulang hafalan dari Tahun yang sebelumnya.Ini bermakna Tahun 2 ,mesti menghafal 4 juzuk dari juzuk 1-4.Tahun 3,6 juzuk.Manakala Tahun 4,8 juzuk.

Imtihan Tahalluf pula merupakan peperiksaan bagi mereka yang membawa 2 atau 1 madah yang gagal dari Tahun sebelumnya.Peperiksaan ini hanya melibatkan mereka yang telah berada di pengajian Tahun 2,3 atau 4 dan mendapat keputusan dengan takdir manqulain(bawa 2 madah) atau manqul ( bawa 1 madah) ataupun bagi mereka yang mengalami I'adah atau Istisna' dengan membawa madah-madah Tahalluf.

Sebagai Maklumat,penuntut Mustajid atau Mustajidah adalah mereka yang baru kali pertama berada di pengajian Tahun 1,2,3 atau 4.Penuntut I'adah pula bermaksud mereka yang masih kekal di Tahun pengajian dengan gagal lebih dari 2 madah dan hanya perlu menduduki peperiksaan madah-madah yang gagal sahaja.Manakala penuntut Istisna' adalah mereka yang berada di pengajian Tahun 1,2,3 atau 4 kali ke 3.

Universiti Al-Azhar telah memberikan peluang kepada setiap Mahasiswa dan Mahasiswi dari wafidin untuk berada di pengajian Tahun 1 selama 3 tahun,pengajian Tahun 2 selama 3 Tahun,pengajian Tahun 3 selama 5 Tahun dan Pengajian Tahun 4 selama 5 Tahun.Walaupun begitu bagi Penuntut Tahun Akhir boleh berada di Tahun tersebut seumur hidup dengan disyaratkan madah-madah yang gagal tidak melebihi 5 subjek.

Manakala imtihan Tahriri pula merupakan peperiksaan bertulis yang menelan masa menjawab selama 2 atau 3 jam.Peperiksaan ini hanya dijalankan dalam bentuk soalan subjektif yang mengandungi sebanyak 4-5 soalan utama.Peperiksaan ini amat penting bagi setiap Penuntut Universiti ini disebabkan peperiksaan ini adalah penentu kejayaan atau kegagalan dalam madah-madah yang diambil.

Satu lagi imtihan yang dijalankan di Universiti ini peringkat B.A iaitu imtihan Tasfiah.Merupakan peperiksaan bagi Mahasiswa dan Mahasiswi Tahun Akhir yang gagal 2 atau 1 madah.Peperiksaan ini dijalankan penghujung sesi tahun tersebut.

Wednesday, April 23, 2008

Nasihat ibu buatku..Selamat lahir buatku ke-24.

Untuk Anakku yang dikasihi....
Pemergianmu ke Universiti Al-Azhar,Mesir,tanda Allah telah mengqabulkan doa bonda.Ibu harap dikau dapat mewarisi para anbiya',solihin dan syuhada'.

Anakku..
Belajarlah bersungguh-sungguh dan perdalamkan ilmu agama,perbaiki amal ibadah,penuhkan amalan-amalan wajib dan perbanyakan amalan-amalan sunat.

Menuntut ilmu perlukan pengorbanan,berkorbanlah...
Sedikitkan tidur,banyakkan berjaga,banyakkan menghafal,jangan malas.
Dekati orang-orang pandai dan jauhi orang-orang yang main saja.

Cita-cita bukan hayalan tetapi buktikan supaya jadi kenyataan.
Menuntut ilmu kerana Allah,mohon pertolongan dari Allah,ilmu dapat,pahala dapat,kelak cemerlang dunia dan akhirat.Semoga menjadi contoh adik-adik yang lain.

Anakku..
Jika kamu fikirkan kamu boleh..
Kamu hampiri kejayaan..
Ibu yakin kamu boleh mengatasi semua masalah dengan pertolongan Allah.

"Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar."

Ibumu..
24.04.08

Guru Kafa putus tunang dapat ganti rugi

Berita Harian Online

Oleh Shaarani Ismail



KUALA TERENGGANU: Mahkamah Rendah Syariah di sini membenarkan permohonan seorang guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa), menuntut ganti rugi terhadap bekas tunangannya yang membatalkan tanpa sebab pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung Disember lalu.

Hakim Wan Abdul Malik Wan Sidek semalam membenarkan permohonan tuntutan Amrina Rusyada Mohamad Safir, 28, bagi perbelanjaan hangus sebanyak RM1,734.50 daripada bekas tunangnya, Mohamad Syukri Ismail, 38.

Wan Abdul Malik ketika membuat keputusan berkenaan berkata, walaupun sebelum ini mahkamah sudah memerintahkan kes itu supaya diselesaikan secara sulh iaitu secara rundingan dan berdamai, ia gagal menghasilkan penyelesaian.

Katanya, tuntutan Amrina Rusyada yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman I, di sini, yang membabitkan perbelanjaan pertunangan, perlu dibayar oleh Mohamad Syukri selepas mahkamah membuat keputusan.

Bagaimanapun, tuntutan bagi kerugian persiapan perkahwinan sebanyak RM1,869.80 yang dibuat oleh plaintif, ditolak kerana ia tidak dikategorikan sebagai tuntutan hangus, katanya di sini, semalam.

Amrina Rusyada yang ditemui di luar mahkamah berkata, beliau gembira dengan keputusan itu kerana pertunangan yang dibatalkan Mohamad Syukri yang juga Pegawai Agama Yayasan Islam Terengganu (YIT) cawangan Kuala Berang, dibuat secara tidak beradab dan menjatuhkan maruahnya.

Katanya, tuntutan mahkamah yang dibuatnya itu lebih kepada mahu menjaga maruah kerana nama baiknya dan keluarga diaibkan selepas pertunangan diputuskan hanya melalui telefon oleh ibu Mohamad Syukri tanpa datang ke rumah menjelaskan alasannya.

Sebagai guru agama, dia sepatutnya tahu cara lebih beradab tetapi apa yang dilakukannya menyebabkan orang membuat pelbagai tuduhan kepada saya hingga menjatuhkan maruah serta memberikan tekanan kepada saya, katanya.

Amrina Rusyada berkata, dia juga akan meneruskan tuntutan saman malu dan ganti rugi melalui mahkamah sivil dalam tempoh terdekat selepas berbincang dengan peguam.

Saturday, April 19, 2008

Imam Fakhruddin al-Razi

Abu Abdullah Muhammad ibni Umar ibn al-Husin al-Taimi al-Bakri al-Tabaristani Fakhruddin al-Razi

( أبو عبدالله محمد بن عمر بن الحسین فخرالدین الرازي )

Merupakan seorang ahli falsafah dan teologi Parsi yang beragama Islam.

Beliau dilahirkan di
Ray di Iran dan merupakan keturunan Khalifah Abu Bakar.

Wafat pada tahun 1209 M atau 606 H, beliau dikebumikan di
Herat, Afghanistan.

Zaman Kegemilangan Islam
Nama: Abu Abdullah Muhammad ibni Umar ibn al-Husin al-Taimi al-Bakri al-Tabaristani
Gelaran: Imam Fakhruddin al-Razi
Lahir: 1149 M atau 1150 M
Wafat: 1209 M atau 1210 M
Mazhab: Syafie
Etnik: Parsi
Rantau: Parsi
Bidang: Falsafah Islam, Kalam, Logik dan Tafsir
Karya: Tafsir al-Kabir ( Tafsir Fakhrurrazi ), Mafatih al-Ghaib fi Tafsir al-Quran, Risalah al-Firasat
Diilhami: Ibnu Sina, Al Ghazali

Sumber dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Adakah Anda Bersifat Api,Tanah,Angin atau Air ?

Mari ikuti langkah berikut :-

1. Lihat dan perhatikan di bawah huruf-huruf hija'iyah dan nilaiannya.


alif 1 ba 2 kaf 20 ra 200

jim 3 lam 30 shin 300

dal 4 mim 40 ta 400

ha simpul 5 nun 50 sa 500

waw 6 sin 60 kha 600

zai 7 ain 70 zal 700

ha pedas 8 pa 80 dhad 800

tha 9 shod 90 zha 900

ya 10 qaf 100 qhin 1000


2. Tuliskan nama anda dan nama ibu anda dalam ejaan arab/jawi.
3. Kirakan jumlah huruf-huruf nama anda dan ibu anda melalui nilai-nilai di atas.
4. Tambahkan jumlah nilai anda dan ibu anda.
5. Tolakkan 12 12 sehingga tidak boleh ditolak lagi atau bahagikan 12.
6. Mestilah berbaki antara 1 hingga 12.

Inilah sifat anda:-

Baki 1,5,9 bersifat API.
Baki 2,6,10 bersifat TANAH.
Baki 3,7,11 bersifat ANGIN.
Baki 4,8,12 bersifat AIR.

Imtihan Tahriri Universiti Al-Azhar,Usuluddin,Dakwah Tahun 3 Kaherah.

Isnin
19/05/08 Quran (
القرأن )

Khamis
22/05/08 Perbandingan Agama (
مقارنةأديان )

Sabtu
24/05/08 Sejarah Dakwah (
تاريخ دعوة )

Isnin
26/05/08 Hadis( علم الرجال )

Khamis
29/05/08 Feqah (
فقة )

Isnin
02/06/08 Tafsir (
مناهج مفسرين )

Khamis
05/06/08 Khitabah ( وسائل تبليغ الدعوة )

Isnin
09/06/08 Bahasa Inggeris(
لغة أوربية )

Khamis
12/06/08 Tamadun Islam (
حاضر عالم الاسلامي )

Wednesday, April 2, 2008

Boikot produk Belanda: Ulama

Oleh Mohd Hamizar Hamid

SEPANG: Ulama di Malaysia dan Indonesia menyokong tindakan memboikot barangan buatan Belanda sebagai tanda bantahan terhadap penerbitan filem Fitna yang secara terang menghina Islam.

Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata majlis itu bersetuju dengan tindakan badan bukan kerajaan (NGO) memboikot barangan keluaran Belanda bagi menyuarakan kemarahan terhadap penerbitan filem itu.

"Hubungan perniagaan adalah hubungan kerajaan, kita boikot barangan itu untuk tunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negara mereka yang membenarkan filem itu ditayangkan.


"Umat Islam dilarang mencaci agama lain, haram bagi orang Islam mencaci agama lain, sebab itu kita kena lawan dan kalau hendak jawab, kita boleh jawab macam-macam. Kita juga hanya boleh menyatakan kebenaran agama kita dan bukan dengan mencaci kepercayaan orang lain," katanya.

Harussani turut menyelar pemimpin Parti Kebebasan Belanda, Geert Wilders kerana menghasilkan filem itu serta sengaja menggunakan petikan tidak lengkap ayat al-Quran berkaitan jihad bagi menggambarkan Islam menggalakkan keganasan.

"Filem ini betul-betul fitnah kepada kita. Dia menonjolkan ayat al-Quran yang perintahkan kita berjihad dengan orang kufur. Dia lupa bahawa sebelum itu ayat berkenaan menceritakan bagaimana orang kufur menentang umat Islam, cuba nak hapuskan Islam.

"Perintah kepada orang Islam supaya berjihad mempertahankan agama, tapi dia ambil kalimah yang al-Quran mengajar supaya membunuh orang, pancung orang, seolah-olah itulah perkara sebenar... sedangkan ayat itu tidak ditunjukkan sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Teks al-Quran (LPPPQ) Bil 54/1.2008, Kementerian Dalam Negeri di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi LPPPQ, Datuk Noh Gadut serta Pengerusi Lujnah Penyemakan dan Penilaian Teks al-Quran, Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor.

Penerbitan filem 15 minit itu mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia dan beberapa NGO serta pertubuhan politik di negara ini turut melancarkan kempen memboikot barangan buatan Belanda.

Filem itu yang antara lain menyelitkan imej peristiwa 11 September 2001 dan serangan bom di stesen Madrid pada 2004 dengan beberapa petikan ayat al-Quran, mula disiarkan menerusi internet mulai Khamis lalu.

Harussani yang juga Mufti Perak, berkata Wilders mempunyai agenda tidak baik terhadap Islam apabila sengaja tidak menyiarkan ayat al-Quran yang memerintahkan umat Islam menghormati sesama manusia dan melarang mereka berkelahi dengan orang kafir jika tidak diancam.

Sementara itu, Noh yang juga Mufti Johor berkata, kehebatan Islam sudah ditonjolkan pada zaman Rasulullah SAW menerusi Piagam Madinah yang memberi keadilan kepada semua termasuk bukan Islam.

Malah, katanya, ketika peperangan pun tentera Islam tidak dibenarkan menganiaya orang tua, wanita, kanak-kanak, pokok dan haiwan atau mereka yang berlindung di tempat ibadat.

"Kita perlu ingat, Islam berkembang bukan kerana pedang tetapi kerana kemanusiaan dan pendekatan tanpa membezakan warna kulit dan kedudukan," katanya.

Di JAKARTA, Majlis Ulama Indonesia menggesa supaya barangan dari Belanda diboikot dalam bantahan dunia terhadap penerbitan filem itu.

Jurucakapnya, Ma'ruf Amien berkata Majlis Ulama mengambil ketetapan itu kerana penghinaan pengeluar filem Belanda berkenaan terhadap agama Islam.

Awal pagi semalam, kira-kira 50 pelajar Islam memasuki perkarangan bangunan konsulat Belanda di Indonesia dalam satu tunjuk perasaan membantah filem anti Islam itu.

Penunjuk perasaan berkenaan mengoyakkan bendera di bangunan berkenaan di Medan, kata seorang jurucakap kedutaan Belanda, Gonneke De Ridder.

Stesen radio el-Shinto melaporkan penunjuk perasaan juga melontarkan batu ke arah konsulat dan membakar bendera tetapi perkara itu tidak dapat disahkan jurucakap berkenaan.

April Fool, Buat Renungan & Pedoman Kita Semua !!!

Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.



Jaamiah Al-Azhar As-Syarif


Copy this code to your website to display this banner!