“ Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya ..” ( Riwayat At-Tirmidzi)

Followers

Follower yang ke -100 Syed Azaharul

Wednesday, April 23, 2008

Guru Kafa putus tunang dapat ganti rugi

Berita Harian Online

Oleh Shaarani Ismail



KUALA TERENGGANU: Mahkamah Rendah Syariah di sini membenarkan permohonan seorang guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa), menuntut ganti rugi terhadap bekas tunangannya yang membatalkan tanpa sebab pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung Disember lalu.

Hakim Wan Abdul Malik Wan Sidek semalam membenarkan permohonan tuntutan Amrina Rusyada Mohamad Safir, 28, bagi perbelanjaan hangus sebanyak RM1,734.50 daripada bekas tunangnya, Mohamad Syukri Ismail, 38.

Wan Abdul Malik ketika membuat keputusan berkenaan berkata, walaupun sebelum ini mahkamah sudah memerintahkan kes itu supaya diselesaikan secara sulh iaitu secara rundingan dan berdamai, ia gagal menghasilkan penyelesaian.

Katanya, tuntutan Amrina Rusyada yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman I, di sini, yang membabitkan perbelanjaan pertunangan, perlu dibayar oleh Mohamad Syukri selepas mahkamah membuat keputusan.

Bagaimanapun, tuntutan bagi kerugian persiapan perkahwinan sebanyak RM1,869.80 yang dibuat oleh plaintif, ditolak kerana ia tidak dikategorikan sebagai tuntutan hangus, katanya di sini, semalam.

Amrina Rusyada yang ditemui di luar mahkamah berkata, beliau gembira dengan keputusan itu kerana pertunangan yang dibatalkan Mohamad Syukri yang juga Pegawai Agama Yayasan Islam Terengganu (YIT) cawangan Kuala Berang, dibuat secara tidak beradab dan menjatuhkan maruahnya.

Katanya, tuntutan mahkamah yang dibuatnya itu lebih kepada mahu menjaga maruah kerana nama baiknya dan keluarga diaibkan selepas pertunangan diputuskan hanya melalui telefon oleh ibu Mohamad Syukri tanpa datang ke rumah menjelaskan alasannya.

Sebagai guru agama, dia sepatutnya tahu cara lebih beradab tetapi apa yang dilakukannya menyebabkan orang membuat pelbagai tuduhan kepada saya hingga menjatuhkan maruah serta memberikan tekanan kepada saya, katanya.

Amrina Rusyada berkata, dia juga akan meneruskan tuntutan saman malu dan ganti rugi melalui mahkamah sivil dalam tempoh terdekat selepas berbincang dengan peguam.

No comments:

Jaamiah Al-Azhar As-Syarif


Copy this code to your website to display this banner!