“ Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya ..” ( Riwayat At-Tirmidzi)

Followers

Follower yang ke -100 Syed Azaharul

Thursday, December 31, 2009

عام جديد.TAHUN BARU.NEW YEAR.


Mari kita bersama amalkan ayat ini...Ayat Kursi.



Kenanganku 2009

Peristiwa lalu,kini dan akan datang pasti berlaku buat kita selagi hayat ada..bahkan sehingga di akhirat nanti..peristiwa alam ghaib tentang alam syurga dan neraka pasti berlaku..tempat abadi buat selama-lamanya.

Peristiwa yang lalu menjadi kenangan abadi samada yang manis mahupun pahit..Sudah pasti kenangan manis menjadi penyeri di masa hadapan,manakala kenangan pahit menjadi pengajaran berguna dalam kehidupan..Begitula asam garam kehidupan...Oh,kenangan! mengimbau sejarah lalu...

Kenanganku sepanjang 2009 setelahku analisis masih dalam proses untuk mengenal diri.Masih banyak lagi kelemahanku yang perluku dapati di masa hadapan..Bermula dengan imtihanku fasal 1 sesi 2008 / 2009 pembuka cabaranku di awal tahun 2009..Gelora perasaan akibat gangguan naluri hati...sentiasa membelenggu diriku..tapi ku tapisi dengan pengisian rohani dengan ikuti kelas pengajian Al-quran dengan syeikhku Abdul Azim Syaaban dan mempelajari serta menjual kuih semprong warisan dari ust Rosni ( mantan housemateku )sedikit sebanyak telah mengubat hatiku.

Minatku pada membuat kuih semprong mencetus fanomena dalam diriku bahawa bila ada minat dan kenyakinan apa-apapun boleh terlaksana...Syukur alhamdulillah..Sekarang tahapku memasak masakan bolehla setaraf dengan masakan housemateku yang lain..hehe..
Mengajiku bersama syeikh telah banyak mendidikku bacaan dengan sebutan yang betul mengikut lahjah arab..mengenal hukum-hukum tajwid dan sifat-sifat huruf..kejayaan syeikhku menerbitkan 5 buah buku berkaitan ilmu quran dan tajwid dengan kerjasama housemateku Syafiq banyak membantu diriku dan kawan-kawanku yang mengaji dengan beliau.

Imtihan fasal 2 ku 2009 bermula seawal bulan 5,mengujiku dengan hafazan quran 3 juz,khitabah dan madah-madah lain.Peperiksaan yang menemukan aku bersama-sama dengan 4 sekawanku yang masih setia..Musa,Alias,Fadhil dan Zaki...(Tahun 2010 kita naik tahun 4 sama-sama ye)..Insyallah...bitaufiq wannajah...

Bestnya dapat balik tanahair..pada tahun ini buat kali ke-3 dapatku balik ke malaysia dengan tanpa rancangan awal..hanya dengan kalam ibu kalau along dapat tiket 27/6 baiklah untuk along balik...sedangkan kalam tu ibuku kata seminggu dari tarikh tu dalam keadaan kawn2 yang lain telah tempah dari sebelum exam..Egyptair flight returnku.

Bermula episodku bercuti di kgku yang dah bertukar daerah dari muar kepada ledang..dari pekan bukit gambir ke bandar baru bukit gambir..perubahan berlaku sedikit sebanyak menaikkan taraf hidup penduduk di kawasanku..antara keperluan dan kemahuan??..huhuhu...Mengajarlah jadi pilihanku..tanpaku sangka Sek.Men Arab Shamsudiniah sudi menerimaku untuk kali ke-2 mengajar di situ..Jazakallahu Khairan Jazak buat pengetua Ust Samsi,Ust Lokman serta seluruh guru dan pelajar2 yang sudi menerimaku seadanya..

Bersama ibu dan adik-adik serta pak usu aku,membawa detik2 kasih dan sayang,gurau dan tawa, nasihat dan peringatan, tarbiah dan saranan...Sayang along kat semua...tanpamu tak cerialah kehidupanku...tahniah buat ibu,menjadi guru besar dan ketua penyelaras darjah khas di sek.agama kundang ulu...Angahku berkhidmat pula di sek agama bkt banjar selain bakal menamatkan pengajian di maktab perguruan islam bangi hujung tahun ini..udaku yang dapat berkerja kontrak di sime darby, pasir gudang dan memiliki kereta waja auto..second je dpt murah kata mak..manakala adik bungsu perempuanku yang belajar di form 2, Maahad Pontian..menunggu keputusan SMRA bulan 2 tahun 2010..moga adik najah cemerlang ye...last..pak usuku yang dah ade sekolah..belajar jgk tu walau umur dah 40 tahun..org istimewa kekal syurga buatnya..Maaf kat along kalu marah2 usu yerk..syg usu..along aji gelaranku diberi oleh pak usu..hehe..

Tarikh 1/11/2009...banyak yang ku terima pada hari itu...ucapan,hadiah,kenalan,saranan dan lain2...syukran buat ibu yang bersusah payah beserta mak longku dan tok sitam n semua yang mmbntu..
Tarikh 4/11/2009 ku kembali ke bumi mesir bagi meneruskn pembelajaran....Doaku semoga Allah memberikanku kejayaan dalam mendpatkan segenggam ijazah di Universiti Al-Azhar..

Itula kenangan manisku manakala kenangan pahitku lak biarla hanya untukku je...yang baik tu datang ye dari Allah dan yang buruk tu jua datang ye dari Allah..tapi hakikatnya manusiala di beri pilihan...sumber telah ade...idola pn ade...Al-quran n Sunnah...Rasullullah s.a.w. ikutan spnjg zaman..wallahua'lam..

Tuesday, December 29, 2009

PEPERIKSAANKU

Peperiksaan sesi 2009/2010 fasal(1)bakalku duduki secara rasmi pada 19/1/2010 pada hari selasa dan sabtu.Jadual rasmi telahpun di tampal pada 23/12/2009 hari rabu...Detik bermula medan peperiksaan bakalku tempuhi lagi...

MADAH PEPERIKSAAN YANG BAKALKU DUDUKI:-

SELASA ( 19 / 1 / 2010 ) - TAUHID.
SABTU ( 23 / 1 / 2010 ) - ISTISYRA' WA TABSYIR.
SELASA ( 26 / 1 / 2010 ) - MANAHIJ MUFASSIRIN.
SABTU ( 30 / 1 / 2010 ) - QADHAYAH FEQHIAH MUASARAH.

Adakah kejayaan kembali mengiringiku sebagaimana telahku capai sebelum ini ataupun kegagalan terus menghantui diriku??Wallahualam...kepada Allah jua tempatku berserah ..Semoga Kejayaan jadi milikku jua.

Konsep : Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakkal = DUIT = KEJAYAAN.

" اللهم نجحنا في الامتحان في الدنيا والأخرة"

p/s : salam perjuangan buat semua sahabat/sahabiah di bumi mesir yang menduduki peperiksaan bermula seawal imtihan tahalluf,imtihan syafawi dan imtihan tahriri bermula dari 10/1 sehingga 4/2/2010.. Bi taufiq wannajah..


Fakulti Usuluddin Jabatan Dakwah dan Kebudayaan Islam, Kaherah Tahun 3

Mata pelajaran Usuluddin Fakulti Usuluddin Jabatan Dakwah dan Kebudayaan Islam, Kaherah Tahun 3( Sesi 2007/2008 ):-

Fasal ( 1 ).

1. Hadarah Islamiah.
2. Khitabah.
3. Thaqafah Islamiah.
4. Usul Dakwah.
5. Tauhid.
6. Istisyra' wa Tabsyir.( Orientalis dan Kristianisasi )
7. Tafsir Maudhuie.
8. Lughah Arabiah.( Bahasa Arab )
9. Hadis Maudhuie.

Fasal ( 2 ).

10. Al-quran.
11. Maqaranatul Adyan.( Perbandingan Agama )
12. Tarikh Dakwah.
13. Ilmu Rijal.
14. Feqah.
15. Manahij Mufassirin.
16. Wasail Tabligh Ad-dakwah.
17. Lughah Urbiah ( BI ).
18. Hadir Alam Islami.

Mata pelajaran Usuluddin Fakulti Usuluddin Jabatan Dakwah dan Kebudayaan Islam,Kaherah Tahun 3(Sesi 2008/2009 dan sesi 2009/2010):-

Madah tidak dikekalkan:

1. Hadarah Islamiah.
2. Usul Dakwah.
3. Lughah Arabiah.
4. Ilmu Rijal.
5. Lughah Urbiah ( BI ).
6. Hadir Alam Islami.
7. Feqah.

Madah baru:

1. Qadayah Feqhiah Muasarah.
2. Dakwah Islamiah.
3. Tayarat Fikriah.
4. Manahij Muhaddisin.

Madah dikekalkan:

5. Khitabah.
6. Thaqafah Islamiah.
7. Tauhid.
8. Istisyra' wa Tabsyir.
9. Tafsir Maudhuie.
10. Hadis Maudhuie.
11. Al-quran.
12. Maqaranatul Adyan.
13. Tarikh Dakwah.
14. Manahij Mufassirin.
15. Wasail Tabligh Ad-dakwah.

Monday, December 28, 2009

Bulan-Bulan Dalam Islam.

Kumpulan Nasyid : Alarm Me

Bulan Bulan Islam

( 1 )
Muharam Safar Rabiulawal
Rabiulakhir Jamadilawal
Jamadilakhir
Rejab Syaaban Ramadhan
Syawal Zulkaidah Zulhijjah

( ulang 1 )

Awal Muharam bermula hijrah
Safar hindari amalan salah
Rabiulawal awal nabi diputerakan
Di tahun gajah

( ulang 1 )

Israk dan Mikraj di bulan Rejab
Syaaban tingkatkan amalan
Berpuasa di bulan Ramadhan
Berhari raya di bulan Syawal

Ibadat haji di bulan Zulhijjah
Juga menyambut Aidil Adha
Ibadat haji di bulan Zulhijjah
Juga menyambut Aidil Adha

( ulang 1 )

Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Perlindungaan di tahun ini
Dari godaan syaitan durjana

Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Kebaikan di tahun ini
Berkekalan ke tahun depan

( ulang 1 2X )



Saturday, December 26, 2009

Takwim Hijrah

Pengenalan:-

- Merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran islam.

- Sejenis kalendar Qumari (berasaskan bulan) bagi menentukan masa ibadat.dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.

- Bulan Muharam adalah bulan pertama dalam sistem takwim Hijrah.

- Takwim Hijrah mula dipraktikkan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w pada tahun ke-17 Hijrah.

- Hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khattab Radiyallahu `anhu sebagai pencipta takwim hijrah.


Sejarah:-


- Sebelum kedatangan Islam dan semasa hayat Rasulullah s.a.w. takwim yang digunakan ialah sistem takwim Qamari yang merujuk unit tahun kepada peristiwa besar seperti Tahun Gajah merujuk kepada tahun peristiwa tentera bergajah menyerang Kaabah.

- Keadaan ini berterusan sehinggalah selepas berlakunya peristiwa hijrah al-Rasul saw ke Madinah al-Munawwarah, dalam bentuk tidak diberikan tarikh-tarikh dalam bentuk bilangan dalam setiap tahun

- Maka 10 tahun selepas hijrahnya Nabi saw ke Madinah sehinggalah kewafatan baginda diberikan nama-nama seperti berikut:-

1. Tahun pertama (hijrah) dikenali sebagai al-Izn (الإذن)

2. Tahun kedua (hijrah) dikenali sebagai al-Amr (الأمر)

3. Tahun ketiga dikenali sebagai al-Tamhish (التمحيص)

4. Tahun keempat dikenali sebagai al-Turfiah (الترفئة)

5. Tahun kelima dikenali sebagai al-Zalzal (الزلزال)

6. Tahun keenam dikenali sebagai al-Isti’nas (الاستئناس)

7. Tahun ketujuh sebagai al-Istighlab (الاستغلاب)

8. Tahun kelapan sebagai al-Istiwa’ (الاستواء)

9. Tahun kesembilan sebagai al-Bara-ah (البراءة)

10. Tahun kesepuluh sebagai al-Wada’ (الوداع)

- Keadaan ini berterusan sehinggalah dizaman pemerintahan ‘Umar Ibn al-Khattab r.a. timbullah keperluan bagi sebuah negara Islam yang luas empayarnya untuk memiliki kalendar yang khusus.

- Berlaku peristiwa semasa beliau menjadi khalifah yang kedua, seorang gabenor, Abu Musa menerima surat dari beliau yang hanya menyatakan tarikh bulan Syaaban tanpa menyatakan tahun. Abu Musa menulis surat bertanya kepada beliau bulan Syaaban yang mana satu, tahun ini atau tahun hadapan? Bermula dari keadaan itu Sayidina Umar mencadangkan agar diwujudkan unit tahun dalam takwim selain haribulan dan bulan.

- Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada beliau, ada yang mencadangkan kelahiran Rasulullah, ada pula mencadangkan kebangkitannya menjadi Rasul dan ada pula yang mencadangkan tahun kewafatan baginda.

- Sayidina Umar telah menerima cadangan yang menjadikan tahun Rasulullah s.a.w. berhijrah sebagai tahun pertama takwim Hijrah.


Penggunaan:-


- Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap.

- Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan ( hilal) kelihatan ketika matahari terbenam.

- Jika hilāl tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30.

- Pencerapan atau rukyah tersebut haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya dihadapan pemimpin.

- Amalan tradisi ini masih diikuti di negara-negara lain seperti Pakistan dan Jordan.

- Malaysia,Indonesia, dan beberapa negara yang lain memulakan bulan ketika matahari terbenam pada hari pertama ketika bulan terbenam selepas matahari terbenam.

- Di Mesir, bulan bermula ketika matahari terbenam pada hari pertama yang bulan terbenam sekurang-kurangnya lima minit selepas matahari terbenam.


Kesimpulan :-


- Perlu diambil perhatian hijrah bukanlah berlaku pada hari pertama dalam bulan muharram ini, sebaliknya hijrah bermula di penghujung bulan Safar dan Nabi saw sampai di Madinah pada 12 Rabi’ulawwal.

- Bulan Muharram adalah tempoh keazaman untuk melakukan hijrah, dimana bai’ah (janji taat setia) berlaku di dalam bulan Zulhijjah dan ia dikira sebagai muqaddimah hijrah, dan anak bulan yang berikutnya selepas Zulhijjah ialah anak bulan Muharram dan ketika itulah bermulanya azam untuk melakukan hijrah.

- Inilah kesesuaian dan munasabah menjadikan Muharram itu sebagai titik permulaan hijrah dan pengiraan kalendar Islam.

Friday, December 25, 2009

Mengapa 25 Disember?

Sebenarnya 25 Disember telah disambut sejak sebelum dari kelahiran nabi Isa a.s. lagi bagi memperingati ulang tahun kelahiran dewa matahari mengikut mitos kepercayaan masyarakat Romawi (Rom) kuno. Oleh kerana agama Kristian telah diterima oleh kerajaan dan rakyat Romawi pada kurun ke-4 Masihi maka perayaan pada 25 Disember tadi telah diadaptasi menjadi perayaan Krismas kerana pemuka-pemuka agama Kristian ingin menjaga hati orang-orang Romawi yang baru menerima agama Kristian itu. Akhirnya pada 350 Masihi Pope Julius 1 (337 – 352M) telah mengistiharkan secara rasminya yang perayaan Krismas adalah hari suci bagi gereja Katholik.

Dalam The Encyclopedia Americana, di bawah tajuk “Christmas”, ada mengatakan:

“CHRISTMAS, the ‘Mass of Christ’— In the 5th century the Western Church ordered it to be celebrated forever on the day of the old Roman feast of the Birth of Sol (the Sun) —. Among the German and Celtic tribes, the Winter Solstice was considered an important point of the year, and they held their chief festival of Yule to commemorate the return of the burning-wheel (the sun).”

Jadi jelaslah kepada kita yang sambutan hari Krismas bukanlah berasal dari ajaran agama Kristian itu sendiri tetapi telah diadaptasi dari kepercayaan karut Romawi kuno.

Artikel dari : Klik ini.

Thursday, December 24, 2009

لسوف أعود يا أمي

لسوف أعود يا أمي ... أقبل رأسك الزاكي.

أبثك كل أشواقي... وأرشف عطر يمناكي.

أمرغ في ثرى قدميك... خدي حين ألقاكٍ.

أروَّي التربة من دمعي... سرورا في محياك.

__________________________

فكم أسهرت من ليل... لأرقد ملء أجفاني.

وكم أظمئت من جوف... لترويني بتحناني.

ولما مرضت لا أنسى ... دموعا منك كالمطر.

وعينا منك ساهرة ... تخاف عليه من خطر.

ويوم وداعنا فجرا ... وما أقساه من فجري.

يحار القول في وصف ... الذي لاقيتي من هجري.

وقلت مقالة لا زلت ... مدكرا بها دهري.

محالا أن ترى صدرا ... أحن عليك من صدري.

__________________________

ببرك يا منى عمري ... إله الكون أوصاني.

رضاؤك سر توفيقي ... وحبك ومض إيماني.

وصدق دعاؤك انفرجت ... به كربي و أحزاني.

ودادك لا يشاطرني ... به أحد من البشر.

فأنت النبض في قلبي ... وأنت النور في بصري.

وأنت اللحن في شفتي ... بوجهك ينجلي كدري.

______________________________

اليك أعوذ يا أمي ... غدا أرتاح من سفري.

ويبدأ عهدي الثاني... ويزهو الغصن بالزهر.

Tuesday, December 22, 2009

Hari Asyura' ( 10 Muharram )

Disunatkan berpuasa.

1) Puasa Muharram merupakan puasa yang paling utama setelah puasa ramadhan.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah (puasa) di bulan Allah (bulan) Muharram, dan shalat yang paling utama setelah shalat wajib (lima waktu) adalah shalat malam“.

2) Puasa pada bulan Muharam yang sangat dianjurkan adalah pada hari yang kesepuluh, iaitu yang lebih dikenal dengan istilah Asyura'.

Dari Abdullah bin Abbas radhiallahu anhu, ia berkata,

مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَومَ فَضْلِهِ عَلَى غَيْرِهِ إِلاَّ هَذَا اليَوْمِ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَهذَا الشَّهْرُ يَعْنِي شَهْرُ رَمَضَانَ

“Aku tidak pernah mendapati Rasulullah menjaga puasa suatu hari karena keutamaannya dibandingkan hari-hari yang lain kecuali hari ini yaitu hari ‘Asyura dan bulan ini iaitu bulan Ramadhan”.[Imam Al Bukhari dan Muslim].

وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: ”Puasa hari ‘Asyuura, saya memohon kepada Allah agar menjadikannya sebagai penebus (dosa) satu tahun sebelumnya.” (HR Muslim)


Puasa Hari Tasu’a (9 Muharram),hari ‘asyura (10 Muharram) dan 11 Muharram.

قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المَدِيْنَةَ فَرَأَى اليَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاء فَقَالَ:ماَ هَذَا؟ قَالُوْا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرَائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَهُ مُوْسَى. قَالَ: فَأَناَ أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ. فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

Nabi saw datang di Madinah lalu beliau melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura, maka beliau bertanya, “Ada apa ini? Para shahabat menjawab, “Ini adalah hari baik, sebab hari ini Allah menyelamatkan Bani Israel dari kejaran musuh-musuhnya, maka Nabi Musa berpuasa pada hari ini”.
Nabi bersabda, “Saya lebih berhak mengikuti Musa daripada kalian, maka beliau pun berpuasa dan memerintahkan (para shahabat) untuk berpuasa (HR al-Bukhari).

Tetapi Abu Musa al-Asy’ari meriwayatkan bahwa kaum Yahudi menjadikan hari Asyura ini sebagai hari Raya.

كَانَ يَوْمُ عَاشُورَاءَ تَعُدُّهُ الْيَهُودُ عِيدًا

Hari Asyura oleh kaum Yahudi dijadikan hari raya (al-Bukhari).

Disamping itu disunnahkan untuk berpuasa sehari sebelum Asyura' iaitu puasa Tasu’a pada tanggal 9 Muharram, sebagaimana sabda Nabi SAW yang termasuk dalam golongan sunnah hammiyah (sunnah yang berupa keinginan/cita2 Nabi tetapi beliau sendiri belum sempat melakukannya):

Ibnu Abbas RA menyebutkan, Rasulullah SAW melakukan puasa Asyura' dan beliau memerintahkan para sahabat untuk berpuasa. Para sahabat berkata,

“Ini adalah hari yang dimuliakan orang Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah saw. bersabda, “Tahun depan insya Allah kita juga akan berpuasa pada tanggal sembilan Muharam.” Namun, pada tahun berikutnya Rasulullah telah
wafat. (HR Muslim, Abu Daud).

Sebahagian ulama berpendapat tentang dianjurkannya puasa pada hari ke-9, 10, dan 11. Mereka berdalil dengan hadits yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Puasalah pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram) dan selisihlah Yahudi. Puasalah pada hari sebelumnya atau hari sesudahnya.

Al Imam Asy-Syaukani dan Al Hafidz Ibnu Hajar mengatakan puasa ‘Asyura ada tiga tingkatan. Yang pertama puasa di hari ke 10 saja, tingkatan kedua puasa di hari ke 9 dan ke 10 dan tingkatan ketiga puasa di hari 9,10 dan 11.

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ فِي يَوْمِ عَاشُورَاءَ
إِنَّ هَذَا يَوْمٌ كَانَ يَصُومُهُ أَهْلُ الْجَاهِلِيَّةِ
فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَصُومَهُ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَتْرُكَهُ فَلْيَتْرُكْهُ
وَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ لَا يَصُومُهُ إِلَّا أَنْ يُوَافِقَ صِيَامَهُ


Abdullah bin Umar mendengar Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda mengenai hari ‘Asyuura: “Ini merupakan hari dimana kaum jahiliyyah biasa berpuasa. Maka barangsiapa yang suka silahkan ia berpuasa. Dan barangsiapa yang ingin meninggalkannya, maka tinggalkanlah.” Dan Abdullah tidak berpuasa padanya kecuali bertepatan Nabi shollallahu ’alaih wa sallam berpuasa padanya. (HR Muslim)


P/S : 9 / 10 / 11 Muharram 1431H bersamaan 26 / 27 / 28 Disember 2009M ( Hari Sabtu,Ahad dan Isnin ).

Bulan Muharram.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang'.
Bulan muharram adalah bulan pertama dalam kalender Hijriah.
Termasuk diantara bulan-bulan yang dimuliakan (al Asy- hurul Hurum).
Disebut sebagai “syahrullah” (Bulan Allah).
Terdapat satu hari yang dikenal dengan istilah Yaumul 'Asyura, iaitu pada tanggal sepuluh Muharram.
Bulan mengenang peristiwa Hijrah Rasulullah SAW.

Bulan ini termasuk salah satu dari empat bulan haram (suci), sebagai mana yang difirmankan oleh Allah:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ .. (التوبة:36

“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram,Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu”. (At-Taubah: 36).

Semua ahli tafsir sepakat bahwa empat bulan yang tersebut dalam ayat di atas adalah Zulqa’dah, Zul-Hijjah, Muharam dan Rajab.

Dari Abi Bakrah RA bahwa Nabi SAW bersabda:

السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلَاثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ ، وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

“Setahun ada dua belas bulan, empat darinya adalah bulan suci. Tiga darinya berturut-turut; Zulqa’dah, Zul-Hijjah, Muharam dan Rajab”. (HR. Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ahmad).

Monday, December 21, 2009

Menggapai Kejayaan.

Kejayaan dan kegagalan bakal dihadapi setelah melalui suatu ujian atau peperiksaan.Semestinya kejayaan itu membawa suatu kemanisan dan kebahagian manakala kegagalan membawa suatu kepahitan dan kekecewaan.

Kejayaan di dunia hanya sementara sahaja.Sampai masa kejayaan itu boleh bertukar kepada kegagalan melihat sejauh mana usaha,ikhtiar,doa dan tawakkal kita kepada Allah.Walaupun begitu,segala nikmat dan musibah,kejayaan dan kegagalan di atas ketentuan Allah jua.Sebagai Hamba Allah sewajibnya menyerahkan diri kepada Allah semata-mata dengan menggunakan nikmat yang diberikanNya di landasan yang diredhaiNya.Kejayaan di Akhirat jua yang kekal abadi di syurga Ilahi.

Kejayaan kita syukuri..Kegagalan kita terima dengan redha dan muhasabah diri.Apa yang pasti teruskan menggapai kejayaan selagi mampu dan selagi peluang masih diberi.

" YA ALLAH,BERIKAN KEJAYAAN KEPADAKU DALAM PEPERIKSAAN ANDAI KEJAYAAN ITU BAIK BUATKU,TETAPI ANDAI KEGAGALAN MENGIRINGIKU TABAHKAN HATIKU DALAM MENGHADAPI UJIANMU DAN TAMBAHKAN SEMANGATKU UNTUK TERUS MENGGAPAI KEJAYAAN ATAS REDHAMU ".

Saturday, December 19, 2009

NIAT DAN HIJRAH




حديث الأول

Dari Amirul mu’minin Abu Hafs iaitu Umar bin Al-khaththab bin Nufail bin Abdul ‘Uzza bin Riah bin Abdullah bin Qurth bin Razah bin ‘Adi bin Ka’ab bin Luai bin Ghalib al-Qurasyi al-’Adawi r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيه

“Sesungguhnya segala amalan itu tidak lain tergantung pada niat; dan sesungguhnya tiap-tiap orang tidak lain (akan memperoleh balasan dari) apa yang diniatkannya. Barangsiapa hijrahnya menuju (keridhaan) Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya itu ke arah (keridhaan) Allah dan rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya karena (harta atau kemegahan) dunia yang dia harapkan, atau karena seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu ke arah yang ditujunya.”
(Muttafaq (disepakati) atas keshahihannya Hadis ini)

حديث الثاني
‏ ‏
Dari Abu Abdur Rahman, iaitu Abdullah bin Umar bin al-Khaththab radhiallahu ‘anhuma, katanya: Saya mendengar Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

‏ ”انطلق ثلاثة نفر ممن كان قبلكم حتى آواهم المبيت إلى غار فدخلوه، فانحدرت صخرة من الجبل فسدت عليهم الغار، فقالوا‏:‏ إنه لا ينجيكم من هذه الصخرة إلا أن تدعوا الله بصالح أعمالكم‏.‏

قال رجل منهم‏:‏ اللهم كان لي أبوان شيخان كبيران، وكنت لا أغبق قبلهما أهلاً ولا مالاً‏.‏ فنأى بى طلب الشجر يوماً فلم أرح عليهما حتى ناما فحلبت لهما غبوقهما فوجدتهما نائمين فكرهت أن أوقظهما وأن أغبق قبلهما أهلاً أو مالاً، فلبثت- والقدح على يدى- أنتظر استيقاظهما حتى برق الفجر والصبية يتضاغون عند قدمى- فاستيقظا فشربا غبوقهما‏.‏ اللهم إن كنت فعلت ذلك ابتغاء وجهك ففرج عنا ما نحن فيه من هذه الصخرة، فانفرجت شيئاً لا يستطيعون الخروج منه‏.

‏ قال الآخر‏:‏ اللهم إنه كانت لي ابنة عم كانت أحب الناس إلىّ ‏”‏ وفى رواية‏:‏ ‏”‏كنت أحبها كأشد ما يحب الرجال النساء، فأردتها على نفسها فامتنعت منى حتى ألمّت بها سنة من السنين فجاءتنى فأعطيتها عشرين ومائة دينار على أن تخلى بينى وبين نفسها ففعلت، حتى إذا قدرت عليها‏”‏ وفى رواية‏:‏ ‏”‏فلما قعدت بين رجليها، قالت‏:‏ اتق الله ولا تفض الخاتم إلا بحقه، فانصرفت عنها وهى أحب الناس إلى وتركت الذهب الذى أعطيتها، اللهم إن كنت فعلت ذلك ابتغاء وجهك فافرج عنا ما نحن فيه، فانفرجت الصخرة غير أنهم لا يستطيعون الخروج منها‏. ‏

وقال الثالث‏:‏ اللهم استأجرت أجراء وأعطيتهم أجرهم غير رجل واحد ترك الذى له وذهب، فثمرت أجره حتى كثرت منه الأموال، فجاءنى بعد حين فقال‏:‏ يا عبد الله أدّ إلى أجرى، فقلت‏:‏ كل ما ترى من أجرك‏:‏ من الإبل والبقر والغنم والرقيق‏.‏ فقال‏:‏ يا عبد الله لا تستهزئ بى‏!‏ فقلت‏:‏ لا أستهزئ بك، فأخذه كله فاستاقه فلم يترك منه شيئاً، اللهم إن كنتُ فعلت ذلك ابتغاء وجهك فافرج عنا ما نحن فيه، فانفرجت الصخرة فخرجوا يمشون‏”‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏‏.


“Ada tiga orang dari golongan orang-orang sebelummu sama berangkat berpergian, sehingga terpaksalah untuk menempati sebuah gua untuk bermalam, kemudian merekapun memasukinya. Tiba-tiba jatuhlah sebuah batu besar dari gunung lalu menutup gua itu. Mereka berkata bahawasanya tidak ada yang dapat menyelamatkan mereka semua dari batu besar ini melainkan jikalau berdoa kepada Allah Ta’ala dengan menyebutkan perbuatanmu yang baik-baik.

Lelaki pertama berkata: “Ya Allah. Saya mempunyai dua orang tua yang sudah lanjut usianya dan saya tidak pernah memberi minum kepada siapapun sebelum keduanya itu, baik kepada keluarga ataupun hamba sahaya. Kemudian pada suatu hari amat jauhlah saya mencari kayu – yang dimaksud daun-daunan untuk makanan ternak. Saya belum lagi pulang sehinggalah mereka ibu bapa saya tertidur. Selanjutnya saya pun terus memerah minuman untuk keduanya itu dan keduanya saya temui telah tidur. Saya enggan untuk membangunkan mereka ataupun memberikan minuman kepada seseorang sebelum keduanya, baik pada keluarga atau hamba sahaya. Seterusnya saya tetap dalam keadaan menantikan mereka bangun dan gelas itu tetap pula di tangan saya, sehingga fajar, Anak-anak menangis kerana kelaparan dan mereka ini ada dekat kedua kaki saya. Selanjutnya setelah kedua ibu bapa saya bangun lalu mereka minum minumannya. Ya Allah, jikalau saya mengerjakan yang sedemikian itu dengan niat benar-benar mengharapkan keredhaanMu, maka lapanglah kesukaran yang sedang kami hadapi dari batu besar yang menutup ini.” Batu besar itu tiba-tiba membuka sedikit, tetapi mereka belum lagi dapat keluar dari gua.

Lelaki kedua pula berkata: “Ya Allah, sesungguhnya saya mempunyai seorang anak bapa saudara yang wanita – jadi sepupu wanita – yang merupakan orang yang tercinta bagiku dari sekalian manusia – dalam sebuah riwayat disebutkan: Saya mencintainya sebagai kecintaan orang-orang lelaki yang amat sangat kepada wanita – kemudian saya menginginkan dirinya, tetapi ia menolak kehendakku itu, sehingga pada suatu tahun ia memperolehi kesukaran. lapun mendatangi tempatku, lalu saya memberikan seratus dua puluh dinar padanya dengan syarat ia suka menyendiri antara tubuhnya dan antara tubuhku -maksudnya suka dikumpuli dalam seketiduran. Ia berjanji sedemikian itu. Setelah saya dapat menguasai dirinya – dalam sebuah riwayat lain disebutkan: Setelah saya dapat duduk di antara kedua kakinya – sepupuku itu lalu berkata: “Takutlah engkau pada Allah dan jangan membuka cincin – maksudnya cincin di sini adalah kemaluan, maka maksudnya ialah jangan melenyapkan kegadisanku ini – melainkan dengan haknya – yakni dengan perkahwinan yang sah -, lalu saya pun meninggalkannya, sedangkan ia adalah yang amat tercinta bagiku dari seluruh manusia dan emas yang saya berikan itu saya biarkan dimilikinya. Ya Allah, jikalau saya mengerjakan yang sedemikian dengan niat untuk mengharapkan keredhaanMu, maka lapangkanlah kesukaran yang sedang kita hadapi ini.” Batu besar itu kemudian membuka lagi, hanya saja mereka masih juga belum dapat keluar dari dalamnya.

Lelaki yang ketiga lalu berkata: “Ya Allah, saya mengupah beberapa kaum buruh dan semuanya telah kuberikan upahnya masing-masing, kecuali seorang lelaki. Ia meninggalkan upahnya dan terus pergi. Upahnya itu saya perkembangkan sehingga bertambah banyaklah hartanya tadi. Sesudah beberapa waktu, pada suatu hari ia mendatangi saya, kemudian berkata: Hai hamba Allah, tunaikanlah sekarang upahku yang dulu itu. Saya berkata: Semua yang engkau lihat ini adalah berasal dari hasil upahmu itu, baik yang berupa unta, lembu dan kambing dan juga hamba sahaya. Ia berkata: Hai hamba Allah, janganlah engkau memperolok-olokkan aku. Saya menjawab: Saya tidak memperolok-olokkan engkau. Kemudian orang itu pun mengambil segala yang dimilikinya. Semua diberi dan tidak seekorpun yang ditinggalkan. Ya Allah, jikalau saya mengerjakan yang sedemikian ini dengan niat mengharapkan keredhaanMu, maka lapangkanlah kita dari kesukaran yang sedang kita hadapi ini.” Batu besar itu lalu membuka lagi dan mereka pun keluar dari gua itu. (Muttafaq ‘alaih)

KESIMPULAN:

NIAT

1. Niat semakna dengan maksud dan keinginan hati.

2. Niat menurut para ulama mengandung beberapa maksud,iaitu:-

a. untuk membezakan antara satu ibadah dengan ibadah yang lain, seperti antara solat fardhu dengan solat sunat.

b. Untuk membezakan antara ibadah dengan adat kebiasaan, seperti antara puasa ibadah dengan puasa diet.

c. Untuk membezakan yang dituju dalam ibadah, apakah yang dituju Allah semata atau selain-Nya semata, atau Allah tapi dengan selain-Nya.

HIJRAH

1. Hijrah secara bahasa artinya meninggalkan.

2. Secara syar’i, hijrah ada tiga perkara:

i. Hijrah terhadap tempat, seperti hijrah dari negeri kafir ke negeri Islam.

ii. Hijrah terhadap amal, seperti hijrah dari kemaksiatan menuju ketaatan.

iii. Hijrah terhadap pelaku perbuatan, seperti meninggalkan teman yang buruk lalu mendekati dan bergaul dengan teman yang baik lagi soleh.

Wednesday, December 16, 2009

Do'a Akhir dan Awal Tahun Baru Hijriah

Do'a Akhir Tahun Hijriah



( Di baca 3 kali sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah).
(17 Disember 2009 bersamaan 30 Zulhijjah 1430H).

Fadhilat:-

Barangsiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku suatu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".

Do'a Awal Tahun Hijriah



( Di baca 3 kali sesudah Maghrib pada malam satu Muharram).
(17 Disember 2009 bersamaan 01 Muharram 1431H).

Fadhilat:-

Barangsiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Intipati Doa:-

1)Mohon diberi taufiq dan hidayah Allah.

2)Mohon diberi ketabahan hati dan ketegasan diri bagi mengawal nafsu dan memandunya ke arah keredhaan Ilahi.

3)Mohon diberi kekuatan Iman dalam diri bagi melaksanakan ketaatan seperti yang dikehendaki Allah.

Tuesday, December 8, 2009

Khas buat dirimu....

Sunday, December 6, 2009

Ingatan selamanya.


Bonda dan Perguruan .


Bonda,ibu,mak suatu nama merujuk orang yang telah mengandungkan,membesarkan kita tanpa jemu dari kecil sehingga akhir hayatnya..Begitu murni pergorbananmu..Terkenang daku cerita ibu berkaitan masa kecilku..kata ibu:" masa nak lahirkan along mak sakit keseluruhan badan susah mak nak ketika itu,tapi setelah along lahir senangnya mak nak jaga..senang nak bawa along tak bnyak karenah".tersenyum aku mendengarnya..Tpi kini..( adakah Aku membahagiakn ibu?? ).

Sejarah mengajar kita suatu pengalaman.Terdidik dengan perguruan telah ku dapati dari zaman sek menengah lagi..ibuku la jurulatih dlm mendalamiku dunia perguruan..Bermula dari seorang murid kepada berpuluh-puluh sehinggala beratus-ratus..Bermula dengan mengajar seni khat,nasyid,kelas quran sehinggala mengajar di sek rendah,agama dan menengah..Semuanya bermula dengan tarbiah ibuku...Terima kasih ibuku di atas kepercayaanmu memandu anakmu dlm dunia ni.

Terkenang telatah dan keranah pelajar-pelajar membuatkan hati tersedar..Hidup tak leh keseorangan..Berkongsi kehidupan mendidik suatu semangat kemasyarakatan agar menjadi peramah. Salam ingatan buat murid-muridku dan guru-guru di sek keb.simpang 4 parit jamil,parit jawa dan sek agama Parit Bunga ( 2003 ), Sek keb. Sg Abong, sek agama payamas,tngkak dan sek agama Bandar Tangkak ( 2005 ) , Sek Keb Bukit Banjar,Sek Agama Hang Tuah,Sek Keb Kundang Ulu,Sek Keb Sg. Mati ( 2006 ),Sek Men.Agama Shamsudiniah ( 2008 dan 2009 ).

Friday, December 4, 2009

Bismillahi Rahmanir Rahim...

Alhamdulillah..bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah rahmatnya dapat kita bersua lagi..di alam maya ini.. dengan satu fikrah islami bagi mendekatkan tautan muhibbah,meleraikan jutaan perasaan dan memuhasabah diri di kala kesempatan masih diberikan ilahi dengan dua nikmat yang menjadi laluan selamat di dunia dan akhirat iaitu nikmat islam dan iman.

Salam Muhibbah buat semua yang mengenali diri ni..

Monday, January 26, 2009

MUTIARA HIKMAH

1) 4 Perkara Yang Tidak Diketahui Kadarnya

Hatim berkata : "4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan oleh 4 perkara

1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua
2) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang terkena bala
3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang sakit
4) hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah mati

2) 4 Perkara Yang Lebih Baik

1) Malu drp lelaki adalah baik tetapi drp perempuan lebih baik
2) Adil bagi setiap orang adalah baik tetapi drp pemerintah lebih baik
3) Taubat drp pemuda adalah baik tetapi drp orang tua lebih baik
4) Dermawan drp orang kaya adalah baik tetapi drp orang miskin lebih baik

3) Kalau Tidak Kerana...

1) Kalau tidak kerana orang saleh, akan hancurlah semua orang jahat
2) Kalau tidak kerana ulama' nescaya akan jadilah semua manusia itu seperti binatang
3) Kalau tidak kerana pemerintah yang baik, akan berpecahlah manusia kepada kehancuran

4) Orang Yang Paling Kuat

"Orang yang paling kuat ialah orang yang dapat bangun waktu Subuh"

5) Akibat Selalu Kenyang...

"Sesiapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya, siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan sesiapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya"

6) Buah Akal, Iman Dan Fizikal

"Buah akal ialah ilmu pengetahuan, buah jiwa ialah ilmu pengetahuan dan buah fizikal ialah kemajuan. Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga anggota itu melahirkan buah dalam kehidupan"

7) Rugi Meninggi Diri

"Gunung yang tinggi tidak boleh menakung air tetapi lembah yang rendah boleh menjadi tasik yang saujana memandang luasnya". Ertinya, orang yang meninggi diri, orang tidak akan jatuh hati kepadanya. Sebaliknya orang yang merendah diri dapat mengambil hati orang tanpa bersusah payah.

8) Pahala Percuma

"Apakah kamu rasa kecil dan malu dihina ? Apakah kamu tidak tahu orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu bersusah payah"

9) Bermusuh Dengan Sibijak

"Bemusuhan dengan seorang yang bijak lebih merbahya daripada bersahabat dengan 100 orang yang bodoh" - peribahasa Arab

10) Semulia Manusia

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan

11) Kepuasan

"Anda tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi anda boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih" - Ibnu Maqaffa

12) Akhlak Yang Buruk

"Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah" - Wahab Munabih

13) Keadilan

"Keadilan itu syurga bagi orang dizalimi dan neraka bagi penzalim" - Saidina Umar bin Al-Khatab

14) Keadilan Raja

"Keadilan pada diri seorang raja umpama sebentuk mutiara. Meskipun empunya telah mati, mutiara itu tetap bercahaya"

Jaamiah Al-Azhar As-Syarif


Copy this code to your website to display this banner!