“ Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya ..” ( Riwayat At-Tirmidzi)

Followers

Follower yang ke -100 Syed Azaharul

Sunday, February 28, 2010

Buat Duit Dengan Churpchurp.



Churpchurp.com yang merupakan antara projek seterusnya dari team nuffnang. Twitter ni adalah salah satu cabang blogging tapi bentuk makro blogging di mana hanya mesej pendek dipost sebagai makluman atau peringatan kepada kawan-kawan dalam jaringan twitter kita. Hanya 140 patah perkataan je dibenarkan dalam satu-satu post. Oleh kerana saban hari pengguna twitter ni meningkat, jadi syarikat pengiklanan menjadikannya sebagai salah satu medium pemasaran.

Langakah -1 :-

Daftar akaun twitter.Klik twitter.com.

( p/s: Tambah ramai kawan-kawan twitter anda kerana makin ramai follower anda di twitter, makin mudahlah nak dapat job dari churpchurp nanti. Untuk tambah kawan, boleh search di twitter anda nama yang anda nak jadikan kawan dan boleh juga add saya di http://twitter.com/razialong )

Langkah -2 :-

Daftar dengan churpchurp ni. Caranya ialah dengan klik churpchurp.com dan klik pada start here untuk kolumn “I am a Twitterer”

( p/s : Sepertimana ditunjukkan anak panah pada gambar di bawah. pastu akan keluar page untuk anda isi..So isilah sebaik mungkin berkaitan diri anda.)



Langkah -3 :-

login ke akaun churpchurp anda guna username dan password yang anda dah daftar tadi.
Paparan ini akan muncul.



( p/s :Page pertama yang keluar ialah page dashboard seperti gambar atas. Kalau anda tengok, kat bahagian earning memang akan 0.00 lah sebab tak mula apa2 lagi dan anda perlu kumpul earning sehingga RM100 baru boleh cashout.. Kat bahagian dashboard ni, anda boleh set iklan pilihan anda dan pending kerja “pending tweet” yang perlu anda siapkan untuk peroleh bayaran.)

Tentang JOB Tweet

1) Sebarang job yang anda terima akan masuk ke email .

2) Jika dilihat gambar di bawah,ada 1 tweet to write yang perlu ditulis dan post. So untuk tengok detail, klik atas 1 tweet tu atau tekan tab tweets.



3) Maka akan ditunjukkan disitu apa syarat yang perlu anda tulis sebelum diterima. Jangan lupa juga untuk tengok tarikh “Publish target” tu bila untuk pastikan kita tak terlepas tarikh tu. Kalau terlepas, mungkin tweet kita akan sia-sia tanpa bayaran :( . Kat bawah ni adalah syarat untuk post xpax blacberry.



4) So, anda tulislah apa sahaja anda rasa berkaitan apa yang disuruh tulis. BM atau BI tetap diterima asalkan ikut syarat!



5) Tapi selepas anda tekan submit, tweet anda masih perlukan approval dari pihak churpchurp tau. Biasanya dalam masa 24jam anda dah tahu tweet tu approved atau kene baiki.



Bayaran dari Churpchurp

Jika dah approve, nantikan jelah duit masuk ke akaun churpchurp anda ni. Biasanya selepas 3-7 hari lepas tweet kita di terima. Setiap tweet di terima, kita akan di bayar RM 1.07. Tak pastilah kalau pihak churpchurp akan bayar lepas lepas ni.



Artikel di petik dari laman : Wanmus.com

( Penghargaan : Terima kasih kepada blogger dan yang telah sudi untuk klik iklan nuffnang di blog ini..Kewangan di perolehi sehingga kini RM 70.00 )

Saturday, February 27, 2010

PERANAN DAN PERLUNYA RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W. DALAM MEMAHAMI ISLAM

Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah s.a.w. dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup RasuluLlah s.a.w. ini sama dengan membaca dan menala’ah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman purbakala.

Tujuan pokok dan kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami,
menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin (defakto) Islam semuanya teradun di dalam penghidupan RasuluLlah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu.

Tegasnya kajian riwayat hidup RasuluLlah SallaLlahu ‘a1aihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alabi Wasallam.

Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlah dibahagikan seperti berikut:

1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana hidup baginda sendiri. Ini adalah untuk menentukan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu bukan sebagai manusia pintar tetapi Ianya adalah pesuruh Allah Subhanahu Wa ta’ala yang menerima Wahyu dan taufiq dariNya.

2.Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap lapangan hidup yang harmoni, dari itu juga dapat dijadikan sebagai dasar- dasar hidupnya.Andaikata manusia ingin mencari suatu contoh terbaik bersifat universal,mereka akan dapat semuanya di dalam kehidupan Muhammad SallaLlahu ‘alai hi Wasallam, maka tidák hairanlah mengapa Allah menjadikan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu sebagai contoh kepada umat manusia. Untuk demikian maka Allah telahpun menegaskan dalam Kitab SuciNya:

( لَقَدْ كانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ ( 21

Yang bermaksud;
Sesungguhnya pada (diri) RasuluLlah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu.
(Al-Ahzab 33 : 21)

3. Semoga kupasan tentang kehidupan Muhammad SallaL lahu ‘alaihi Wasallam boleh menolong manusia memahami dan mengecapi isi kandungan Al-Qur’an lantaran banyaknya ayat-ayat Al-Qur’an yang dihurai dan ditafsirkan oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.

4. Agar setiap Muslim dapat mengumpulkan seberapa banyak yang boleh perbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenar samada pengetahuan bersangkutan dengan ‘aqidah kepercayaan,hukum hakam’ dalam Islam atau tatasusilanya. Lebih tegas lagi penghidupan RasuluLlah SallaLlahu‘alaihi Wasallam adalah satu gambaran dengan dimensinya yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukum-hukam Islam.

5. Membolehkan para pendidik penda’wah Islam mencontohi dan mengajar, mengikut sistem pendidikan dan pengajaran yang sihat kerana Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sendiri adalah sebagai pendidik, penasihat, guru dan pertunjuk yang utama, tidak pernah membuang masa begitu sahaja malah sentiasa mencari dan menyiasat jalan jalan dan sistem—sistem pengajaran yang terbaik semasa baginda (SallaLlahu ‘alaihi Wasallam) berda’wah.

Antara faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ini mampu dan berupaya untuk sampai ke matlamat—matlamat tadi ialah kerana sejarahnya lengkap meliputi segenap bidang kehidupan sama ada segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan yang terdapat di kalangan manusia lain; samada ianya sebagai seorang individu yang bebas dengan faham pembawaannya atau sebagai seorang anggota masyarakat yang cergas dan terpengaruh oleh unsur—unsur yang terdapat di dalam masyarakatnya.

Sejarah Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam meng bidangkan kepada kita sejambak contoh utama bagi seorang pemuda yang waras; peribadinya yang dipercayai orang di
kalangan keluarga dan sahabat; seorang manusia yang menyeru umat manusia ke jalan Allah secara lemah—lembut dan bersopan-santun; seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah; seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar;seorang suami yang halus pergaulannya; seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan terhadap anak dan isteri; seorang ketua peperangan yang cergas, penuh dengan tektik strategi persediaannya dan seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah,keluarga dan sahabat handai (RadiyaLlahu‘anhum ajma’in).

Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ialah memahami semua sudut kemanusiaan.

rujukan : fiqh al - sirah , Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti

ٍSumber : Halaqah Online.


Tuesday, February 16, 2010

Bulan Rabi'ul Awal Bulan Kelahiran Rasullullah S.A.W.


Bulan Rabi'ul Awal merupakan bulan yang sangat mulia bagi kaum muslimin. Di bulan inilah terlahir seorang yang sangat dibanggakan dan dicintai oleh umat islam di seluruh dunia.

Pembawa wahyu Allah SWT untuk menyelamatkan umatnya dari kegelapan dunia menuju ke jalan yang terang benderang sebagai bekal untuk ke akherat nanti. Dialah Rasulullah "Muhammad SAW". Seorang yang sangat menyayangi umatnya hingga di akhir hayatnyapun mengucapkan "Umatku...umatku...". Dialah satu-satunya yang dapat memberi syafa'at kepada manusia di hari yang sangat berat itu.

Lahirnya Rasulullah SAW di hari isnin tanggal dua belas Rabi'ul Awal bukanlah suatu kebetulan atau tanpa hikmah dan faedah tertentu. Akan tetapi di situ terdapat hikmah tersendiri yang jika seorang muslim menyakininya, nescaya akan menambah kecintaannya kepada beliau.Hikmah tersebut adalah:

Pertama : Sebuah Hadis di sebutkan bahwa "Allah SWT menciptakan pepohonan di hari isnin ". Hadis ini merupakan peringatan yang sangat mulia bagi umat Islam iaitu Bahwa: " Allah menciptakan bahan makanan, Rezeki, buah-buahan dan kebaikan-kebaikan yang dengan itu anak Adam berkembang biak dan bertahan hidup serta membuat hatinya senang melihatnya, adalah agar mereka lega dan tenang untuk mendapatkan sesuatu yang membuatnya hidup sesuai dengan hikmah Allah SWT.

Maka dengan lahirnya Rasulullah SAW di hari itu, itu adalah sebagai keceriaan dan kebahagian untuk semua (Qurratui 'uyun), dan tidak diragukan lagi bahwa hari isnin adalah hari yang penuh barakah dan menjadi barakah karena kelahiran seorang Rasul yang mulia. Beliau telah ditanya tentang hari ini kemudian menjawab: "Hari itu adalah hari dimana aku dilahirkan".

Kedua : Lahirnya Rasulullah SAW dibulan Rabi' merupakan isyarat yang sangat jelas bagi orang yang cerdas dan mengerti tentang asal mula kalimat Rabi' ,iaitu bahwa dalam kalimat tersebut terdapat makna optimis atas datangnya sang pembawa khabar gembira bagi umatnya.

Maka kelahiran Nabi Muhammad SAW di bulan ini adalah sebagai isyarat yang sangat nyata dari sang pencipta agar kita mengagungkan dan memujinya karena ketinggian martabat Rasul SAW. Dimana beliau adalah sebagai pembawa khabar gembira bagi semua yang ada di alam semesta, serta rahmat bagi mereka dari berbagai kehancuran dan ketakutan di dunia dan di akherat. Sebahagian dari Rahmat Allah SWT yang paling agung iaitu anugerah Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk memberikan hidayah bagi umat islam menuju jalan yang lurus. Sebagai mana dalam firman Allah SWT :

(وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ ) [ الشورى : 52]

"Sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus".

Ketiga
: Tidakkah kita melihat bahwa Musim Arrabi' adalah musim yang paling stabil dan paling bagus, karena di situ tidak ada dingin yang sangat mengganggu dan tidak juga panas yang memberi gelisah, di siang dan malamnya tidak terlalu lama. Akan tetapi semua seimbang dan stabil. Dia adalah musim yang terbebas dari penyakit-penyakit seperti di musim gugur, panas, dan dingin. Akan tetapi manusia menjadi segar dan ghairah di musim ini, sehingga malamnya menjadi waktu yang sangat tepat untuk bertahajud, dan siangnya untuk berpuasa. Hal tersebut menyerupai keadaan syari'at islam yang tengah-tengah serta memudahkan bagi umatnya.

Keempat : Allah SWT telah berkehendak untuk menjadikan mulia berbagai tempat dan waktu dengan adanya Nabi, bukannya menjadikan mulia Nabi dengan adanya tempat dan waktu. Maka tempat dan waktu itulah yang mendapatkan kemuliaan serta keutamaan dan keistimewaan yang sangat besar dengan kedatangannya Nabiullah Muhammad SAW.

Memang benar, karena jikalau Rasulullah SAW dilahirkan di bulan Ramadhan contohnya atau di bulan-bulan haram lainnya atau di bulan Sya'ban,nescaya orang akan menyangka bahwa Nabi menjadi mulia dikarenakan beliau di lahirkan di bulan-bulan tersebut, karena keistimewaan dan keunggulannya dari bulan-bulan lainnya. Akan tetapi Allah yang Maha Adil telah berkehendak untuk melahirkan baginda Rasul SAW di bulan Rabi'ul Awal, agar bulan ini menjadi mulia dan tampak bersinar terang. Dalam sebuah Sya'ir dikatakan:

وتضوعت بك مسكا بك الغبراء
بك بشر الله السماء فزينت
ومساؤه بمحمد وضاء
يوم يتيه على الزمان

"Karenamu wahai Muhammad, Allah SWT memberi khabar gembira kepada langit hingga diapun berhias.Dan karenamulah, debu-debu kotor menjadi berbau minyak misik".
"Hari dimana dalam keadaan bingung di sebuah zaman, siangnya menjadi terang, di karenakan datangnya Muhammad".

Sumber


Bagaimana hukum merayakan Hari Kasih Sayang / Valentine Day ?

Setiap sesuatu perkara yang di lakukan ada hukum-hakamnya.Samada yang telah ditetapkan mahupun melalui perbahasan para ulama'.Hukum-hakam tersebut samada berbentuk wajib ( fardhu ain : wajib semua umat islam melaksanakannya ) atau ( fardhu kifayah : memadai seorang muslim melaksanakannya ),sunat,harus,makruh dan haram.Setiap apa yang di tentukan Allah s.w.t ada hikmahnya.

Kita mengetahui tarikh 14 Februari dikaitkan dengan Hari Kekasih atau di sebut Valentine Day.Adakah boleh sebagai umat islam meraikannya?Bagaimana hukum meraikannya?

Sebahagian besar ulama Islam melarang umat Islam untuk ikut merayakan Valentine. Islam tidak mengenal hari kasih sayang yang serupa dengan Valentine Day. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis Nabi Muhammad: "Cintailah manusia seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (H.R. Bukhari).

Islam sangat menjunjung tinggi akan erti kasih sayang terhadap umat manusia. Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap sudaranya lewat tiga hari" (HR. Muslim).

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum meraikannya boleh jatuh murtad andai diraikan mirip agama kristian berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:
``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan kepada buah hati mereka,teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.' Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut. Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-

Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam masalah ‘Valentine Day’.

1. PRINSIP / DASAR
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan ’supercalis’ bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi ‘acara keagamaan’ yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

2. SUMBER ASASI
Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.

Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

3. TUJUAN
Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

4. OPERASIONAL
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.
Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)

Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

sumber

Saturday, February 13, 2010

Penjelasan Doa Harian

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:


Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!


Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.

Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.

Umpamanya:

a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:


Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)

b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:


...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)

c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:


...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...
(Surah Al-Mukmin ayat 60)


d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:


Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)


e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:


Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...
(Surah Al-Isra' ayat 110)


f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:


Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...
(Surah Yunus ayat 10)


Sila layari blog : Doa Harian.

Thursday, February 11, 2010

Mengimbau Usia

Usia suatu kata yang seerti umur.Menuju kepada keadaan sifat yang bernyawa.Menjadi suatu pertanyaan berapa umur anda?Bila kelahiran anda?Sudah tentu kita mengetahui perjalanan hidup diri sejak dari bayi sehingga usia yang diberi oleh Allah s.w.t. untuk merasai hidup alam dunia ini.Sering kali diraikan ulang tahun kelahiran sebagai tanda usia kita kian bertambah..umur meningkat..Apakah kita ketahui bahawasanya umur bertambah itu sebagai petunjuk berkurangnya usia untuk kita berada di alam ini.

Andai kata catatan di Luh Mahfuz menyatakan hayat seseorang hamba itu sehingga umur 63 tahun..Berapakah baki yang tinggal andai dia meraikan ulang tahun yg ke-20 pada tahun ini?Sudah tentu berkurang bukan?Begitulah insan bernama manusia tidak akan kekal selamanya di alam fana ini.Catatan merekodkan hanya semampu usia 120 tahun di kala ini ada Allah s.w.t.lanjutkan usia..Tetapi sedarkah kita apa yang termampu kita lakukan di usia sedemikian?

Sedangkan kita perhatikan,penyakit berjangkit tidak kenal usia.Bayi,budak,muda mudi,dewasa dan tua tidak terlepas dari penyakit yang membawa kesakitan diri.Apakah kita ingin kesakitan?Tentu kita tahu akan keperitannya.Tetapi ingatlah bahawa kesakitan dan kepayahan itulah pembawa penghapusan dosa.Bukankah dunia ini tanaman untuk akhirat?Bukankah dunia ini sementara sahaja?..Andai di siang hari kita melihat langit terang menerangi alam..apabila malam...sudah tentu kegelapan yang kita dapati.Sementara bukan??

Sedarilah wahai diri..Kelahiran memberi seribu makna andai kita fahami dan hayati..Langit tak sentiasa cerah..Mendung tidak bererti hujan..
Walaupun begitu,kelahiran memberi kemanisan dalam hidup seseorang..bahkan kepada seisi keluarga tanda kesyukuran di atas nikmat yang diberi..Syukur diri di panjang usia dalam keadaan sihat dan aman..Syukur ibu dan ayah dikurniakan anak,pewaris keturunan,pembela keluarga dan penghibur rumah tangga.

Salam kelahiran buat semua yang menyambut kelahiran specially buat '1/11'.Semoga bahagia dunia dan akhirat.Tercapai cita-cita dan impian.Moga hidup diberkati Allah s.w.t.Perlulah juga kita mengetahui tentang kelahiran dalam bulan islam..sebagai barakah buat diri.Bagi mengetahui tarikh lahir anda dalam bulan islam bolehlah letakkan Day,Month and year di laman ini.Sila klik.

http://www.islam.com/islamicdates.asp


Doa Hari Lahir

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya, sebaik-baik amal pada penutupannya, sebaik-baik hari-hari kami adalah saat bertemu dengan-Mu.

Aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan kuburan setelah berpisah dengan dunia, sebaik-baik tempat tinggal kami, luaskanlah liang lahat kami, dan rahmatilah saat kami menjadi rendah pada waktu menghadap-Mu saat hisab, tetapkanlah kaki-kaki kami di atas shirath, selamatkanlah kami dari kesusahan hari kiamat, putihkan wajah kami pada hari dimana wajah manusia ada yang putih dan ada yang hitam.

Aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tak terputus-putus, mata yang sejuk yang tidak terputus-putus, aku memohon kepada-Mu untuk dapat melihat wajahMu, dan kerinduan bertemu dengan-Mu. Aku memohon agar Engkau mensucikan kerusakan hati kami dengan taubat, dan menyatukan hati kami dalam keadaan takut kepada-Mu, dan memberi kami pemberian yang besar yang dapat memasukkan kami ke dalam surga, tempat yang aman..

Amin.

Barakallah fi umrina [semoga Allah memberkahi usia kita]

Doa di petik dari : tahajudcallmq

Wednesday, February 10, 2010

Sertai Catcheye


Catcheye is an online advertising platform that allows advertisers to deliver their advertisements in a highly effective manner. Our ad delivery platform guarantees that each ad is viewed by unique and voluntary viewers. In return, they will earn Catcheye reward points which can be exchanged for cash and/or other prizes. Viewers are also required to answer 3 simple questions related to the ad being displayed, hence strengthening their impression and understanding of the message being conveyed.


How Catcheye Works

o Advertisers upload ads;
o Advertisers formulate questions based on the ads;
o Advertisers decide how many unique users should view the ads;
o Advertisers can further specify the target audience by demographic segmentation;
o Catcheye may only display the ads to the intended target based on advertiser preferences.
o Users in Catcheye read the ads, answer the questions;
o Catcheye pays users with cash, and/or other rewards

http://www.catcheye.com.my/?r=59671

Cara nak register.

1. Klik pada ----------> CatchEye
2. Klik join catcheye now
3. Isi maklumat diri,IC dan alamat (penting sebab cek dihantar berdasarkan ini selepas cukup RM50)
4. Isi jawapan: soalan 1 jawapan A, soalan 2 jawapan B,soalan 3 jawapan A. (jika anda jawab salah pendaftaran tidak diterima)
5. Klik agree and proceed.

Kemudian.

1. Klik sign in
2. Lepas sign in klik reward panel
3. Lihat akaun anda ade RM1 (bonus) dan link awak.
4. Copy link anda dan gantikan link saya ini dengan link anda.
5. Postkan risalah ini.

( Menaja 10 orang di level 1,
kemudian mereka menaja 10 orang lagi sehinggalah 4 level,
anda akan peroleh RM11 jika sehari mereka klik untuk 1 iklan. )

Kredit by : Muhammad Shafiq Bin Hashim

( Penghargaan : Terima kasih kepada blogger dan yang telah sudi untuk klik iklan nuffnang di blog ini..Kewangan di perolehi sehingga kini RM 60.00 semenjak mendaftar akhir bulan 12 / 2009 ).

Saturday, February 6, 2010

Baraka Allahu Lakuma..Doa Buat Pengantin.

Sesuatu kejadian atau peristiwa samada baik atau buruk hendaklah di susuli dengan doa.Semoga dengan itu mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. juga sebagai salah satu tanda kesyukuran atas kurniaan ilahi.Musibah di tempuhi dengan kesabaran dan ketenangan sebagai suatu ujian menguji keimanan.Mudah-mudahan di situ suatu kifarah buat penghapus dosa yang dilakukan.

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

' Tuhan memberkati bagi anda dan memberkati kalian berdua dan menghimpun dalam kebaikan'

Doa ini ditujukan kepada 2 mempelai yang baru sah di ijabkabulkan menjadi sepasang suami isteri.Anda boleh saksikan dalam filem Ketika Cinta Bertasbih 1 menyaksikan Azam bersalaman dengan Furqan di iringi doa pada majlis perkahwinan Furqan dan Anna Athofunnisa'.Siapa belum menonton filem ini di harap sudi menontonnya..Banyak pengajaran yang boleh di ambil..Terutama kepada yang mahu bercinta dan menemui jodoh atas landasan ilahi.



Jom kita layan lagu ini yang di nyanyikan oleh Maher Zain..Di tujukan buat sahabat-sahabat dan teman-teman yang selamat bergelar suami mahupun isteri.Doakan semoga diri ini bakal menempuh alam perkahwinan jua bagi menurut tuntutan islam sebagaimana Rasullullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

Wahai golongan pemuda sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu hendaklah ia berkahwin kerana ianya boleh menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mempunyai kemampuan hendaklah ia berpuasa kerana puasa memjadi pelindung kepadanya”.


[HR Al-Bukhari]


Sabda Rasullullah s.aw. lagi :

Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi”.


[HR Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab, dinilai “Hasan” dalam Sahih Al-Jami’]


Semoga kita di berkati Allah dunia dan akhirat.


Nasihat untuk para pelajar:


Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, seorang pelajar terlebih dahulu hendaklah mengkaji keadaan atau zuruf yang sesuai. Sebagai pelajar adalah perlu mengambil kira masa dan tempat belajar, agar ianya tidak mengganggu proses pembelajaran dan ‘tahsilul ilmi’ yang bermanfaat. Serta jangan menjadikannya suatu alasan untuk melarikan diri dari tanggungjawab Jangan kerananya kita berada di dalam masyarakat yang hidup liar dan bebas kerana sudah pasti perkahwinan merupakan suatu wasilah untuk menyelamatkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat.


Mereka yang telah melaksanakan sunnah ini hendaklah bersabar dalam menghadapi karenah pasangan masing-masing. Bagi yang hidup berjauhan pula, bersabarlah atas perpisahan yang sementara ini, jangan kerana suami/isteri kita mengabai dan meninggalkan pelajaran. Manakala seorang pendakwah pula hendaklah lebih gigih lagi dalam kerja dakwahnya, jangan menjadi orang yang gugur (al-mutasaqit) dari medan dakwah kerana sayang untuk meninggalkan isteri.


Allah swt telah mengingatkan kita melalui firmannya yang bermaksud:


{Wahai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isteri mu dan anak-anak mu ada yang menjadi musuh bagi mu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka, dan jika kamu maafkan, tidak memarahi dan mengampunkan (mereka) sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya harta mu dan anak-anak mu hanyalah cubaan fitnah bagimu dan di sisi Allah pahala yang besar.} [At-Taghabun: 14-15].


Akhirnya sentiasalah kita berdoa dengan doa yang di ajar oleh Allah:


ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما.


Dan doa yang di ajar oleh Abdullah Bin Mas ‘ud ra kepada para syabab:


أللهم أرزقني امراة إذا نظرتُ إليها سرَّتني، وإذا أمرتُها طاعتني،

وإذاغِبت عنها حفظت غيبي في نفسها ومالي.


Maksudnya: “Wahai Tuhan, rezekilah kepadaku isteri yang apabila aku memandang kepadanya akan menggembirakanku, apabila aku menyuruhnya (melakukan sesuatu) dia akan taat kepadaku, apabila aku tidak ada dia akan menjaga kehormatan dirinya dan hartaku”.


[Sumber: Majalah “Suara Madinah” 1415H-1994].


Kredit : Abu Anas Madani.


( Cetusan: Target nak kahwin 2011 ketika umur dah 27 tahun..hmm..apa pun sedaya upaya untuk dapatkan degree dahulu lepas tu kerja baru kahwin..terasa tenang sikit..tak lah beban sangat nanti..ye tak?hehe..)


Tuesday, February 2, 2010

Kenali Ahli Sunnah Wal Jama'ah

oleh Yulian Purnama.

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam telah menyatakan:

“Telah berpecah kaum Yahudi menjadi tujuh puluh satu golongan ; dan telah berpecah kaum Nashara menjadi tujuh puluh dua golongan; sedang umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan, semuanya akan masuk neraka kecuali satu. Maka kami-pun bertanya, siapakah yang satu itu ya Rasulullah? ; Beliau menjawab: iaitu orang-orang yang berada pada jalanku dan jalannya para sahabatku di hari ini” [HR. Tirmidzi].

Namun lihatlah, Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam mengkhabarkan bahawa ada 1 golongan yang selamat dari perpecahan iaitu orang-orang yang beragama dengan menempuh jalan Islam sebagaimana jalan Islam yang ditempuh oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam dan para sahabatnya pada masa itu. Dari sinilah muncul istilah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Maka dalam kitab Ushul Aqidah Ahli Sunnah, Syaikh Soleh Al Fauzan hafizhahullah menjelaskan bahawa Ahli Sunnah Wal Jama’ah dapat dikenal dengan dua keadaan:

1.Ahli Sunnah berpegang teguh terhadap sunnah Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam, berbeza dengan golongan lain yang beragama dengan berdasar pada akal, perasaan, hawa nafsu, taqlid buta atau ikut-ikutan saja.

2.Ahli Sunnah mencintai Al Jama’ah, iaitu persatuan ummat di atas kebenaran serta membenci perpecahan dan semangat kekelompokan (hizbiyyah). Berbeza dengan golongan lain yang gemar berkelompok-kelompok, membawa bendera-bendera hizbiyyah dan bangga dengan label-label kelompoknya.

Ringkasnya, Ahli Sunnah Wal Jama’ah adalah orang-orang yang mengikuti sunnah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam dan para sahabatnya, dan dalam memahami dan mengikuti sunnah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam tersebut mereka meneladani praktik dan pemahaman para sahabat, tabi’in dan orang yang mengikuti mereka. Dan makna ini sesuai dengan apa yang disebutkan oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam tentang satu golongan yang selamat pada hadits di atas: ”iaitu orang-orang yang berada pada jalanku dan jalannya para sahabatku dihari ini”.

Secara ringkas,Imam Ahmad menjelaskan tentang pemahaman Ahli Sunnah Wal Jama’ah diantaranya adalah:

* Beriman kepada takdir Allah,
* Beriman bahwa Al Qur’an adalah Kalamullah (perkataan Allah), bukan makhluk dan bukan perkataan makhluk,
* Beriman tentang adanya mizan (timbangan) di hari Kiamat, yang akan menimbang amal manusia,
* Beriman bahwa Allah ‘Azza Wa Jalla akan berbicara dengan hamba-Nya di hari Kiamat,
* Beriman tentang adanya azab kubur dan adanya pertanyaan malaikat di dalam kubur,
* Beriman tentang adanya syafa’at Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bagi ummat beliau
* Beriman bahawa Dajjal akan muncul,
* Beriman bahawa iman seseorang itu tidak hanya keyakinan namun juga mencakupi perkataan dan perbuatan, dan keimanan naik dan turun,
* Beriman bahwa orang yang meninggalkan solat dapat terjerumus dalam kekufuran,
* Patuh dan taat pada penguasa yang muslim, baik soleh mahupun fajir (banyak bermaksiat). Selama ia masih menjalankan solat dan kepatuhan hanya pada hal yang tidak melanggar syariat saja,
* Tidak memberontak kepada penguasa muslim,
* Beriman bahawa tidak boleh menetapkan seorang muslim pasti masuk surga atau pasti masuk neraka,
* Beriman bahawa seorang muslim yang mati dalam keadaan melakukan dosa tetap disolatkan, baik dosanya kecil atau besar.

Semoga Allah Ta’ala sentiasa menunjukkan kita kepada jalan yang lurus, iaitu jalan yang ditempuh oleh orang-orang yang diberikan nikmat, bukan jalannya orang-orang yang dimurkai dan orang-orang tersesat.

Jaamiah Al-Azhar As-Syarif


Copy this code to your website to display this banner!