“ Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya ..” ( Riwayat At-Tirmidzi)

Followers

Follower yang ke -100 Syed Azaharul

Sunday, January 31, 2010

Syukur dan Tawakkal

Peperiksaan di Universiti Al-Azhar fasal 1 sesi 2009/2010 bakal melabuhkan tirainya pada minggu ini.Dikategorikan sebagai peperiksaan musim sejuk yang saban tahun di rasai oleh setiap penuntut ilmu di Universiti Tertua alam ini.

Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian ke hadrat ilahi berakhirlah sudah peperiksaanku pada fasal 1 ini.Peperiksaan yang menjadi jaminan samada lulus ataupun gagal.Tempat menguji sejauh mana kemampuan dalam menguasai pembelajaran.Sudah pasti menjadi salah satu penentu aras dalam kehidupan di masa hadapan yang mana perjalanan dunia yang memerlukan sijil dan kelulusan untuk mengisi ruang pentadbiran duniawi.

Walaupun begitu,sedia dimaklumi bahawa rezeki,jodoh pertemuan,ajal maut semuanya adalah di atas ketentuan ilahi..Apa yang perlu dan mesti kita lakukan sebagai Hamba Allah..melakukan sebaik mungkin apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang di larang..berusaha,berikhtiar,berdoa dan bertawakkal kepada-Nya.

Selagi kita hidup di dunia ini selagi itulah peluang masih terbuka melalui pertunjuk ilahi.Marilah kita merebut peluang yang diberi oleh Allah s.w.t sebelum ianya pergi..Hidup sebelum Mati..Muda sebelum Tua..Sihat sebelum Sakit..Kaya sebelum Miskin..Luas sebelum sempit.

Sebaik-baik penyerahan hanya kepada Allah s.w.t.dengan bersangka baik di atas qadha dan qadar seterusnya menjadikan redha di atas ketentuan-Nya.Katakanlah..Bismillahi tawakkaltu a'llahi..la hau la wala quw wata illa billahi..Dengan Nama Allah..Aku bertawakkal kepada Allah..Tiada Daya dan Upaya melainkan Allah segala kekuatan.

Semoga Allah s.w.t memberi daku kekuatan dan ketabahan dalam meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu dan mendalaminya..Semoga kejayaan mengiringiku dan sahabat-sahabatku yang sama-sama belajar di bumi Anbiya' Ardul Kinanah..Buat yang mendoakan kejayaanku jazakallahu hairan jaza'..semoga dirimu jua sentiasa di rahmati Allah dunia dan Akhirat.

Saturday, January 30, 2010

Mari Renungkan dan Amalankan Bersama













Thursday, January 28, 2010

Hindari empat sifat pendorong perlakuan dosa, maksiat

Oleh Wan Aminurrashid Wan Abd Hamid.

TIDAK dinafikan bahawa manusia yang menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini tidak terlepas daripada dosa, sama ada dosa kecil atau besar. Sebab itulah kita lihat pelbagai perlakuan kejahatan dan maksiat yang menjadi larangan Allah SWT terus menerus berlaku di sekeliling kita.

Walaupun menurut al-Quran, sifat semula jadi manusia sememangnya lemah dan mudah tunduk kepada keinginan hawa nafsu, ia bukanlah alasan untuk membolehkan manusia berbuat dosa. Orang beriman wajib mematuhi segala perintah Allah dan Rasul-Nya, sentiasa berjuang melawan hawa nafsu serta berusaha menghindari segala perbuatan dosa dan maksiat.

Al-Quran banyak menjelaskan bahawa orang yang melakukan perbuatan dosa dan maksiat sentiasa dalam kemurkaan Allah dan akan ditimpa azab seksa Allah di akhirat nanti. Ini wajar kerana orang beriman tidak sepatutnya melakukan segala perlakuan yang menjadi larangan Allah SWT.

Menurut Imam al-Ghazali, berlakunya perbuatan dosa kerana didorong oleh empat faktor iaitu:

# Sifat Rububiyyah (sifat ketuhanan)

Apabila seseorang itu mengambil atau memakai sifat-sifat Tuhan seperti takabbur, sukakan pujian dan sanjungan. Pada hal sifat-sifat itu hanya layak bagi Allah SWT.

# Sifat Syaitaniyyah (sifat syaitan)

Apabila wujud dalam diri seseorang sifat seperti hasad dengki, tipu helah dan sebagainya, kerana sifat ini boleh mendorong kepada perbuatan mungkar, maksiat dan seumpamanya. Nabi Adam AS dikeluarkan dari syurga disebabkan tipu helah iblis atau syaitan.

# Sifat Bahimiyyah (sifat kehaiwanan)

Seperti tamak haloba, memperturutkan hawa nafsu perut, menimbun harta kekayaan untuk kepuasan nafsu semata-mata dan sebagainya.

# Sifat-sifat Subu'iyyah (sifat kebuasan)

Seperti marah, dendam, membunuh, memukul, mencaci maki orang dan seumpamanya.

Semua sifat berkenaan adalah punca dan pendorong ke arah perlakuan dosa dan maksiat. Apabila ia dibiarkan bermaharajalela, maka akan rosak binasalah manusia. Dosa itu ibarat racun dalam tubuh manusia yang akan meresap ke seluruh tubuh badan dan boleh membawa maut jika tidak diubati dengan segera.

Demikian halnya dengan dosa, jika tidak segera bertaubat kepada Allah, pasti ia akan merebak dan membahayakan keimanan serta keselamatan, bahkan akan menerima azab Allah di akhirat.

Perlu diinsafi bahawa perkara dosa bukanlah suatu hal yang boleh dipandang ringan. Sebaliknya memerlukan kita sentiasa berwaspada dalam setiap tindak-tanduk kita, sama ada dari segi perbuatan mahupun percakapan. Jangan sampai apa yang dilakukan menjadi dosa dan maksiat yang akan menempah azab Allah di akhirat.

Seluruh masa kehidupan dunia yang singkat ini sebenarnya kesempatan emas bagi manusia untuk berbuat kebaikan sebanyak mungkin sebelum ajal menjemput. Janganlah seseorang berasa aman kerana terlepas hukuman di dunia lantaran berbuat dosa, kerana hukuman itu tetap menanti dan akan diterimanya di akhirat.

Banyakkan istighfar dan bertaubat kepada Allah, persiapkan bekalan berupa amal salih kerana hanya amal dapat menyelamatkan manusia di padang mahsyar nanti.

Allah berfirman bermaksud: “Ingatlah hari Kami himpunkan orang yang bertakwa untuk menghadap Allah ar-Rahman dengan berpasukan-pasukan. Dan Kami akan menghalau orang yang bersalah ke neraka jahanam dalam keadaan dahaga. Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengikat perjanjian dengan iman dan amal salih di sisi Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya” (Maryam :85-87).

Wednesday, January 27, 2010

Muslimah Serikandi Islam

Siti Asiah



Sumayyah



Rabiatul Adawiyah




Monday, January 25, 2010

Doa mudah bagi perkara sukar

Doa agar dijumpakan barang yang hilang:-

Baca Surah Dhuha

اللهمَّ يا جَامِعُ النَّاسَ لِيَوْمٍ لا رَيْبَ فِيْهِ , اِجْمَعْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ ضَالَّتِيْ


Doa dalam sujud Saidina Ali Zainal Abidin untuk hilangkan kesedihan,keresahan dan kebimbangan:-

عَبْدُكَ بِفِنَائِكَ , مِسْكِيْنُكَ بِفِنَائِكَ ، فَقِيْرُكَ بِفِنَائِكَ

Doa untuk redakan kemarahan diri yang amat sangat:-

Baca nama Allah(الرؤوف) sebanyak 10x
Kemudian berselawat ke atas Nabi 10x

Doa agar tidak mengantuk walaupun tidur sedikit:-

Baca surah Al Insyirah 3x atau 7x ketika hendak tidur

Doa takut kena marah dengan sesiapa pun:-


يا خَفِيَّ الأَلْطَافِ نَجِّنَا مِمَّا نَخَافُ
دَخَلْتُ عَلَيْكَ بِلا اله الا الله ..وَأَلْجَمْتُ فَاْكَ بِلاَحَوْلَ ولا قوةَ اِلاَّ بِالله

Doa ditunaikan hajat kita pada seseorang:-

اللهمَّ مَلِّكْنِيْ قَلْبَ مَنْ أَحْوَجْتَنِيْ إِلَيْهِ

ٍSumber : Ust Fuad.

Sunday, January 24, 2010

Menanti di Alam Barzakh

Hayati butiran kata yang dilagukan oleh Kumpulan Far East.



Kematian merupakan sesuatu yang tidak perlu ditakuti, karena kematian itu merupakan jalan kembali kepada Tuhan yang menciptakan kita semua. Dahulu kita berada di sisi Allah kemudian kita diturunkan atau dilahirkan di muka bumi ini menjalani kehidupan sementara, kemudian kita mengakhirinya dengan kematian, yang sebenarnya kita kembali ke sisi Allah lagi.

Dengan kata lain, kita dipanggil oleh Yang Maha Kuasa agar kembali kepada-Nya. Karena itu, kita sering mengatakan kepada orang yang meninggal dunia itu "berpulang ke rahmatullah" atau kita mengucapkan Innalillahi wainna ilaihi raji'un, yang artinya "sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepada-Nyalah kita kembali".-Khutbah.

Bersangka baik lah terhadap kematian. Bahawasanya orang yang gelisah (akan azab akhirat) di dunia, allah akan memberikan ketenangan di akhirat.Manakala orang yang tenang pula (tidak melakukan perkara fardhu) di dunia, allah akan memberikan azab di akhirat..-ainaamilo.

Walau sebesar manapun dosa...bertaubatlah, janganlah sesekali putus asa dengan Rahmat dan keampunan Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun,Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..-chuzairiah.

Semoga hati kita sentiasa bersedia menempuh alam barzakh suatu alam setelah kematian dari alam dunia..Kepada Allah jua tempat memohon keredhaan dan maghfirah.

Saturday, January 23, 2010

Kisah Pengislaman Di Sebalik Kematian.

Khalid Marklin (nama Islamnya) adalah seorang sarjana bangsa Amerika. Untuk memeluk ke dalam agama Islam, ia melalui jalan yang berbelit-belit dan sukar, serta melalui proses pemikiran yang jernih dan hati yang benar.Dalam menempuh perjalanannya, ia banyak menganalisa pemikiran para tokoh-tokoh falsafah seperti Jane Jack Rousseua, Voltaire dan Bernard Schu. Namun pemikiran para tokoh-tokoh falsafah itu tidaklah menenangkan jiwanya dan menemukan jawapan dari seribu satu pertanyaan yang berkecamuk dalam pemikirannya selama ini.

Tentang perjalanannya menyambut hidayah Allah itu ia bercerita:

“Di masa kecilku aku tidak mengenal sedikitpun tentang Islam, aku tumbuh dan berkembang dalam keluarga yang beragama Kristian Katolik yang terdiri dari ayahku, ibuku dan seorang saudara perempuanku. Sebelum aku menjelang dewasa, ibuku meninggal dunia dengan meninggalkan aku dalam keadaan haus kasih sayang seorang ibu.
Kematian ibuku yang terlalu cepat meninggalkan diriku itu sangat meninggalkan kesan dalam fikiranku.”

“Seribu satu pertanyaan yang datang, pertanyaan itu di antaranya; apa ertinya kehidupan dan apa ertinya kematian, kemudian kemanakah perginya orang yang mati itu? Apakah erti akhirat? Bagaimanakah hisab itu dilaksanakan? Di mana letaknya syurga dan neraka? Di manakah Allah berada? Siapakah Bonda Maryam itu? dan siapakah sebenarnya Al-Masih (Nabi Isa) itu? ”

“Untuk mengetahui jawapan dari semuanya itu, maka mulailah aku berjinak-jinak dengan gereja, aku pergi ke gereja setiap hari Ahad bersama ayahku. Di gereja aku mendapat jawapan dari semua pertanyaan itu, namun jawapan yang diberikan itu tambah membingungkanku. Aku cuba juga bertahan untuk tetap pergi ke gereja namun hasilnya hanya mengecewakanku, jawapan yang diberikan tetap tidak memuaskan.Lalu aku memutuskan tidak mahu lagi mengunjungi gereja, kerana apa yang dilakukan oleh gereja sudah jelas bagiku. Pengetahuanku tidak bertambah, kerana apa yang dilakukan oleh gereja hanya itu saja berulang kali."

“Di negara Afrika yang kecil inilah aku sempat berkenalan dengan beberapa orang teman yang beragama Islam. Dari pembicaraan antara aku dengan teman-temanku itu, aku mulai menemukan kecondongan diriku dan aku sangat tertarik apabila pembicaraan kami itu berkisar tentang masalah agama."

“Barulah aku mengetahui bahawa kematian di dalam pengertian Islam adalah merupakan perpindahan dalam alam yang fana ini menuju alam yang kekal abadi, dan di sanalah nanti tempat manusia mempertanggungjawabkan segala amal perbuatan yang dilakukannya selama ini, serta akan menerima balasan dari semuanya itu. Bagi yang amal kebaikannya lebih banyak akan dimasukkan ke dalam syurga sedangkan bagi mereka yang berdosa akan dimasukkan ke dalam neraka.”

“Bahawa sesungguhnya Allah SWT menciptakan kita tujuannya adalah supaya kita memakmurkan bumi dan menyembah hanya kepada-Nya sebagaimana yang dijelaskan dalam firman-Nya yang maksudnya: “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdi kepada-Ku.” “Sebab itulah aku tahu, bahawa sesungguhnya Islam adalah agama yang mengEsakan Allah. Di dalam ajaran Islam juga diterangkan bahawa tidak ada yang sanggup mewujudkan semuanya ini kecuali hanya Allah sendiri selaku Zat Maha Pencipta, memerintahkan dan mencukupi seluruh keperluan alam. Di tangan-Nyalah segala perbendaharaan langit dan bumi juga makhluk-makhluk yang berada di antara keduanya. Dia tidak mempunyai anak dan tidak memerlukan isteri, tidak ada sesuatu apa pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

“Tentang Siti Maryam Islam juga menjelaskan bahawa dia adalah manusia yang jujur, sedangkan anaknya Nabi Isa as. adalah seorang Nabi dari Nabi-nabi Allah dan seorang Rasul dari Rasul-rasul-Nya yang diciptakan dengan kekuasaan Allah SWT.”

Dari kisah di atas maka dapatlah kita ambil kesimpulan di sini, bahawa sesungguhnya kematian ibunya di satu segi telah membuatkan ia merasa sedih, namun di segi lain ia telah memperoleh nikmat Islam. Kini ia telah keluar dari segala kebingungan menuju keredhaan Tuhan.

( Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Dengan mengingati mati cukuplah bagi seseorang untuk tidak menyukai dunia, dan menyukai akhirat.” )

Sumber : DarulNuman.

Friday, January 22, 2010

Kemangkatan Sultanku Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

AL-FATIHAH.



Biodata Almarhum Sultan Johor.



Perkabungan.



Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh baginda sultan.

Thursday, January 21, 2010

Al-Quran,Nahu,Sarf dan Balaghah.

Ada sahabat kita mengatakan :

" Baca AL-QURAN dengan Ulama'
Baca NAHU dengan Mata ,
Baca SARF dengan Telinga ,
Baca BALAGHAH dengan Jiwa " .

Ertinya: Al-Quran itu mesti dibaca dengan ulama ilmu Qiroat, barulah betul bacaan kita, barulah betul panjang pendeknya, barulah kenal waqaf dan ibtida'nya, barulah sempurna dengungnya, barulah tepat tebal nipis hurufnya...

...dan Nahu itu mesti dibaca dengan melihat kalimah-kalimahnya, adakah dia isim mufrad, muthanna, atau jama', atau isim ghoiru munsorif, atau al-amsilatul khomsah, atau isim maqsur atau yang lainnya.Barulah mudah ditentukan alamat i'rabnya...

...dan Sarf itu mesti dibaca dengan deria pendengaran yang tajam lagi peka, supaya berhasil menangkap bunyi-bunyi baris pada setiap huruf dalam kalimah-kalimah, sama ada fathah atau dhommah atau kasroh atau sukun, supaya mampu membezakan mana satu isim fa'il ghairu thulathi dan mana satu isim maf'ul ghoiru thulati dan begitulah...

....dan Balaghah itu mesti dibaca dengan hati kerana gambaran atau objek itu terbahagi kepada dua macam.

Pertama, jenis yang boleh dilihat dengan deria penglihatan yang berada di kepala setiap insan daripada kita. Itulah yang dinamakan objek konkrit iaitu yang boleh dicapai dengan salah satu deria yang lima (sentuh, rasa, lihat, dengar & hidu ). Contohnya, matahari, bulan, awan, sungai, unta, singa, mutiara dan lain-lain.

Kedua, jenis yang hanya boleh dicapai dengan mata hati sahaja. Itulah yang dipanggil objek abstrak. Contohnya kehidupan, kematian, keilmuan, keikhlasan, kebencian dan sebagainya.

Bacalah firman Allah Ta'ala dalam
Juz 26, Surah ke- 51 'Az-Zariyat', ayat 21 :
"And also in your ownselves .Will you not then see ? "

dan perhatikan
Juz 29 , Surah ke-67 'Al-Mulk' , ayat 23 :
" Say: "It is He Who has created you , and endowed you with hearing ( ears ) and seeing (eyes) , and hearts . Little thanks you give ".

Allah Ta'ala telah memerintahkan kita supaya melihat tanda-tanda keagunganNya yang terdapat pada kejadian manusia iaitu diri kita sendiri. Tujuannya adalah untuk menjadikan kita ini insaf dan sedar bahawa kita hanyalah makhluk Allah dan Allah itulah tuhan sekalian alam ini, yang layak disembah bukan pula yang lain. Dan supaya kita sedar dari mana kita datang, untuk apa kita datang, ke mana kita akan pulang seterusnya berusaha untuk mencapai matlamat haqiqi dan tujuan tunggal kehidupan kita di atas muka bumi ini ....

Allah Ta'ala bukan sekadar memerintahkan kita merenung bahkan membekalkan untuk kita segala perkakasan yang sesuai dengan matlamat itu, lalu dipinjamkan kepada kita mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan hati untuk mentafsir dan berfikir.

Mata yang letaknya di wajah kita berfungsi sebagai skrin zahir atau layar haqiqi. Segala objek yang dilihat oleh mata di alam nyata, akan ditangkap oleh skrin mata iaitu retina lalu dihantar isyarat ke otak untuk dianalisa. Adapun mata hati, maka ia pula berperanan sebagai skrin batin atau layar majazi.

Kata ahli hikmah:

"Pandangan mata selalu menipu ,
pandangan akal selalu tersalah ,
pandangan nafsu selalu melulu ,
pandangan hati itu yang haqiqi, kalau hati itu bersih".

Sila layari : Penaluqhawi.

Wednesday, January 20, 2010

Jodoh adalah ketentuan Ilahi.

Apakah anda akan ditakdirkan akan berkahwin atau ditakdirkan tidak akan berkahwin TERNYATA sudah tidak sepatutnya dipertikaikan lagi kerana ianya SUDAH DITETAPKAN dan hal tersebut tidak berubah.

Jadi mengapa bimbang dan risau ? Orang yang beriman kepada Takdir maka tiada kebimbangan dan kerisauan di dalam jiwa mereka kerana menyakini segala sesuatu sudah pun ditetapkan.

Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dari Abu Darda r.a dari Nabi s.a.w bersabda, ‘Tidak sekali-kali masuk ke dalam syurga (Allah), orang yang mendustakan takdir (Allah).’ (lihat: Silsilah hadis Sahihah, nombor 675).

Apa yang perlu anda risaukan ialah bagaimana harus berusaha, jalan yang perlu dipilih agar memenuhi PERINTAH ALLAH itu sahaja.

Siapakah Pasangan Anda ?



Berdasarkan carta jodoh di atas ANDA akan mendapati bahawa JODOH kita sebenarnya sudah DITAKDIRKAN iaitu bermaksud ianya sudah ditetapkan oleh ALLAH SWT semenjak azali lagi.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya: Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: "Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya." (Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)

Tidak kira apakah jalan yang anda gunakan untuk berkahwin maka ianya sudah pun ditetapkan oleh yang demikian mengapakah kita harus menggunakan JALAN yang HARAM sedangkan dengan JALAN yang HALAL pun kita boleh mendapatkannya ?

Janganlah mencelakakan diri kita dengan memilih jalan yang haram dan berdosa kerana kelak kita akan menanggung akibatnya di akhirat.

Memilih jodoh yang baik



Berdasarkan carta di atas, maka anda diharapkan dapat memahami bahawa Kehendak Allah yang disukai dan diredhai-Nya (Iradah/Kehendak Syar'iyah) dapat diketahui oleh kita dengan ILMU berdasarkan Kitab dan Sunnah.

Manakala Kehendak Allah yang menyebabkan berlakunya segala sesuatu, yang mengizinkan terjadi tiap-tiap perkara (disebut Iradah/ kehendak Kauniyah) tidaklah bermakna ianya disukai dan diredhai oleh Allah SWT.

Hakikatnya hanya Allah yang mengetahui, boleh jadi setelah dikaji "di dalam makmal" maka didapati seorang wanita itu baik untuk kita atau sebaliknya namun setelah berkahwin dan hidup bersama maka dia kemudiannya berubah hati dan menjadi jahat serta menyeleweng.

Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”

(HR. Tirmidzi)

Di petik dari blog : Ustaz Emran.

Tuesday, January 19, 2010

Pendapatan Nuffnang

Pihak blogger akan dibayar apabila mereka menyiarkan iklan berbayar daripada pihak pengiklan kami.

Secara umumnya terdapat 2 jenis iklan berbayar daripada pihak pengiklan, iaitu :-

1) kempen CPC (kos per klik).
2) kempen CPM (kos per impression) dan Kempen MCPM (kos per impression bermeter)

1) Kempen CPC

Dilancarkan atas permintaan pengiklan. Ia akan dipaparkan ke dalam semua blog didaftar bawah rangkaian Nuffnang yang telah memilih opsyen 'Papar Iklan Global CPC' di dalam Pilihan Iklan halaman Pengurus Blog mereka. Kempen CPC hanya akan dipapar pada blog yang tidak terlibat dengan mana-mana kempen CPM yang berjalan pada masa itu. Blogger akan dibayar berdasarkan bilangan klik unik yang dijana oleh pengunjung unik blog masing-masing. Kempen CPC akan tamat setelah ia mencapai bilangan maksimum klik dan akan mengemaskini bayaran untuk setiap blogger terlibat yang telah menjanakan klik unik ke atas kempen CPC itu di dalam blog mereka. Jika terdapat blog yang telah memaparkan iklan kempen CPC tetapi tidak menjana sebarang klik, maka tiada bayaran akan diagihkan kepada pemilik blog tersebut.

2) Kempen CPM

Pengiklan kami akan memilih senarai blog yang mereka ingin paparkan iklan mereka kerana kadar bayaran lebih tinggi berbanding bayaran bagi kempen CPC. Keputusan mereka mungkin bergantung kepada beberapa faktor seperti demografi pembaca blog, lokasi-lokasi unit iklan di dalam blog, status keahlian blogger Nuffnang dan kewujudan unit iklan di dalam blog. Jika anda terpilih, anda akan menerima e-mel notifikasi mengenai kempen iklan atau boleh dijumpa dalam halaman Pendapatan, di bawah bahagian Pendapatan Terumpuk.

Oleh kerana pihak pengiklan mementingkan sasaran penonton untuk melihat kempen iklan mereka, hanya blog yang mempunyai pembaca blog yang sesuai akan dipilih. Jika pembaca blog anda jatuh di dalam kategori yang berkaitan, anda pasti akan dipilih masuk ke dalam senarai mereka.

Kewujudan unit iklan memainkan peranan penting bagi pihak blogger untuk dipilih ke dalam kempen. Semua pihak pengiklan kami membahagikan bajet mereka ke dalam 3 unit iklan kami (Leaderboard, Skyscraper dan Large Rectangle) apabila mereka berurusan dengan kami. Jumlah bajet yang diberi adalah terhad dan tidak dapat diberikan kepada jumlah blog yang banyak bagi setiap jenis unit. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 jenis unit iklan, ini dapat meningkatkan peluang anda untuk dipilih.

Status keahlian juga memainkan peranan dalam pengiklanan kempen kerana pihak pengiklan kami mengutamakan blog Glitterati untuk iklan mereka kerana ia merupakan sebahagian daripada program ganjaran terhadap blogger setia kami. Ahli biasa akan tetap dipilih untuk kempen iklan tetapi dalam bilangan yang lebih rendah berbanding ahli Glitterati.

Sumber

( p/s: Terima kasih diucapkan kepada 'bloggers' dan yang sudi meng"klik" iklan nuffnang di blog Ad-dai'.Jazakallahu Khairan Jazak.Setakat ini blog Ad-dai' telah memperolehi RM 30.75 sehingga 16/1/2010.)

Kenal Pasti Diri Dan Tingkatkan Usaha


Seseorang itu perlu mengenali dirinya,siapakah dia dalam keluarga, sebagai bapa? isteri? ibu? anak? sepupu? datuk? mertua dan sebagainya. Dari semasa ke semasa perlu menyoal diri, sudahkah berfungsi sewajarnya? Sudahkah menjalankan tanggungjawab? Adakah beraksi sebagai penyumbang atau beban kepada keluarga? Sebanyak mana sumbangan dan pengorbanan telah dilakukan demi kepentingan keluarga. Banyak lagi aspek-aspek lain yang perlu dipersoalkan.

Kunci penting, bagi hubungan yang kukuh sentiasa wujud di kalangan anggota keluarga, ialah rasa tanggungjawab dan kasih sayang. Kalau tanggungjawab semata-mata ia akan menjadi kering dan tandus. Kalau semata-mata kasih sayang, ia boleh berubah. Maka dari itu perlu hubungan itu diwujudkan dengan rasa tanggungjawab dan penuh rasa kasih sayang. Dengan campuran ini semoga kehidupan keluarga menjadi taman indah yang didiami oleh insan-insan yang berupaya menilai dan menjaga keindahan dan keharmonian taman.

Hubungan yang baik hanya akan wujud jika sekiranya satu konsep pegangan atau aqidah yang kuat terhadap Allah terbukti dengan mengambil berat segala perintah-Nya. Dalam rumahtangga tidak ada pengawal peribadi yang mengawal seseorang sebagaimana kawalan di jalan raya. Kepatuhan kepada Allah sahaja yang dapat mengawal tindak tanduk manusia. Di sini jelas kepada kita agama memainkan peranan penting dalam kehidupan insan. Tanpa agama manusia akan sengsara walaupun mereka hidup dalam mahligai emas dan perak. Ia adalah perkara utama yang mesti diberi perhatian dalam membangun kehidupan sesebuah keluarga.

Ciri-ciri penting

Beberapa ciri penting adalah mustahak untuk menjadi pegangan setiap individu di dalam kehidupan berkeluarga yang mesti diberi perhatian setiap masa:

1. Sedari diri bahawa anda salah seorang ahli keluarga yang ada peranan, kewajipan dan tidak boleh melepaskan diri daripadanya.

2. Sentiasa baharui azam untuk meningkatkan pengetahuan agama, syaksiah, ilmu pengetahuan ke arah melahirkan insan berkualiti.

3. Suburkan sifat-sifat mahmudah dan kurangkan sifat-sifat mazmumah dalam amalan hidup sehari-hari.

4. Hidupkan sembahyang berjemaah, banyakkan membaca al-Quran dan hidupkan salam di kalangan keluarga.

Kredit


Monday, January 18, 2010

MENGEMBALIKAN BARANG HILANG

Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang

Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din


Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.

Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

(1) Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

(2) Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.

(3) Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;

a. Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

b. Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

c. Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

d. Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

e. Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

f. Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

g. Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.

h. Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

(3) Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.

(4) Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.

[Sila Klik di Sini Untuk Versi PDF berserta dengan Surah Yaasin]

Sunday, January 17, 2010

INSAFILAH WAHAI DIRI

Mari hayati video klip ini.

Tiada Siapa Berhak Mengaku Ikhlas

IKHLAS adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya.

Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.

Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,

"Ambillah, saya ikhlas…"

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.

"Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak.."

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas." "Yang Benar."

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri.

Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

Erti Ikhlas

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nya kerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya

Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan
satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah,
tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya
satu.

Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.

Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.

Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:

- awal
- pertengahan
- akhir

Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:

"Inilah masanya nak jadi popular" "Aku akan jadi terkenal…" "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket."

Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata: "Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."

Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata: "Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis."

Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

Sumber : Tazkirah

Saturday, January 16, 2010

BULAN SAFAR

BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.

Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.

Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.

Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.

Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:

"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''

Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik. [Sumber: Pelita Brunei]


WARNA KEGEMARAN




Friday, January 15, 2010

ORANG-ORANG MUKMIM YANG BERJAYA

Hayati Surah Al-Mukminun dari ayat 1 hingga 11 dan terjemahannya.



[1]
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[2]
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[3]
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[4]
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[5]
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
[6]
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[7]
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[8]
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[9]
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[10]
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
[11]
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.


Thursday, January 14, 2010

FORMULA TINGKAT TRAFFIC DI BLOG DENGAN MUDAH.

Perkara yang harus anda lakukan adalah mengikuti langkah-langkah berikut:-

1. Tulis posting artikel seperti posting saya ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

1. Bisnis Online
2. Panduan belajar Wordpress
3. Asli Softare
4. Lirik Musik Indo
5. Asing Music Lyrics
6. Free Templates
7. Jogja-Blogger
8. Tutorial Blogging | Internet Bisnis Online
9. pVidia Blog
10. Stop Dreaming Start Action (Jonru)
11. Bisnis di Internet
12. Blogging-Surfer
13. Tintalughahwi
14. Igauan
15. Ad-dai'

PERATURAN

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut,maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62

YA LEBIH DARI 6 JUTA BACKLINK !!!

Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka anda akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang anda tidak akan pernah membayangkan sebelumnya.Jika ada pengunjung ke blog anda dari Link List yang disebutkan di atas maka anda akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web / blog anda juga.

Ingat! Aturan permainan,link blog anda harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil anda dapat Maksimum backlink. Jangan salahkan saya jika anda tidak mengikuti formula ini dengan betul dan link anda tiba-tiba berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah (No.15).

OK..SELAMAT MENCUBA..SEMOGA SAMA-SAMA BERJAYA.

artikel asal : MAEL


( p/s: Terima kasih diucapkan kepada 'bloggers' dan yang sudi meng"klik" iklan nuffnang di blog Ad-dai'.Jazakallahu Khairan Jazak.Setakat ini blog Ad-dai' telah memperolehi RM 22.25 sehingga 9/1/2010.)


Wednesday, January 13, 2010

TERASA YAKIN BILA MEMASAK.

Setiap tahun umur kita pasti bertambah,pengalaman jua bakal mendewasakan kita.Apa yang saya ingin kongsikan adalah berkaitan masakan.Dunia masakan telah saya pelajari sejak zaman persekolahan lagi..itu pun atas ajaran dan saranan mak..seronok juga dapat memasak selain dapat pujian dari mak dan ayah..hehe..tapi setakat masakan yang ringan-ringan je..mee goreng dan nasi goreng.

Setiap perkara yang hendak dilakukan perlulah ada kenyakinan diri.Setelah berada di bumi mesir ini,sudah tentu tidak lari kena memasak.Al-maklum..duduk rumah sewa.Dalam setahun ke tiga tahun berada di mesir,kenyakinan untuk memasak tidaklah setebal mana..banyak bertanya housemate..yang paling berat nak masak apabila tetamu atau kawan-kawan ramai bertandang ke rumah.Maklumlah rumah saya tinggal,agak famous..Datuk Tahrir,Mufti Johor dan Datuk Noh Gadot,Mantan Mufti Johor pernah mendiami rumah yang saya tinggal sekarang..Rumah Johor Abdeen.

Alhamdulillah..Sekarang kenyakinan mulai menebal dalam diri..tidaklah risau sangat kalau kawan-kawan ramai datang..tiba giliran kena masak terasa tenang je jiwa..cuma kadang-kadang sifat malas menjelma diri..huhuhu..kenalah pandai-pandai mengatasinya..Jutaan terima kasih buat housemate2ku yang banyak memberi tunjuk ajar dalam memasak..kalau anda perhatikan pada list My Housemate: Qusyairi,Syafiq dan Azrin,semua otai dalam masakan..dah layak jadi chef..hehe.

Sesungguhnya setiap perkara itu bermula dengan niat..Niatlah kerana Allah..Pahala dapat keberkatan pun dapat..Semoga kenyakinan sentiasa wujud dalam diri..buatlah sesuatu tanpa jemu..gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya.Usaha tangga kejayaan.





Antara hasil masakanku..Cuba teka apa nama masakanku ini?.Selamat meneka.

Tuesday, January 12, 2010

SAYANGI NAMA.



Kehidupan di alam dunia dan akhirat tidak terlepas dari mempunyai nama.Nama merupakan suatu permulaan mengenal identiti sesuatu benda yang bernyawa ataupun sebaliknya.Nama jua menyebabkan kita cinta,sayang,suka,rindu..Dengan nama jua menyebabkan kita benci,sedih,duka,cemburu.

Setiap orang mesti mempunyai identiti atau profile..NAMA..mengikut kepada bangsa,agama dan keturunan.Dengan nama itulah dapat diketahui siapakah diri seseorang itu??..Sudah tentu nama memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seseorang sehinggakan pepatah ada menyatakan " Manusia meninggalkan nama Harimau meninggalkan belang ".

Apa ada pada nama??
Tanyalah diri kita adakah kita bangga dengan nama yang ada pada diri kita??Di kala diumumkan nama anda sebagai pemenang anugerah kecemerlangan pelajar..apa perasaan anda ketika itu?? sudah tentu orang lain pasti bertanya sapakah empunya nama??hebatkan dia?Tentu perasaan kita bercampur suka dan duka merasai kemanisan di atas pengorbanan dalam meniti kejayaan.

Sayangilah nama anda..namailah dengan nama yang baik kerana dengan nama yang baik itu menjadi suatu doa dalam kehidupan.Boleh lihat nama-nama pilihan di sini.



Isu yang melanda kini,tentang kalimah Allah.Kita sedia maklum nama Allah sinonim dengan Agama Islam..Kalimah yang kita sebut sehari-sehari sebagai umat islam di kala solat,melaungkan azan,berzikir,bertahmid dan lain-lain dalam ibadah seharian.
'Allah yang esa tiada tuhan melainkan Allah'.

sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Ikhlas.



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4]
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Natijah selanjutnya boleh layari di blog ini.

Semoga kalimah Allah sentiasa di bibir,di hati,di setiap pergerakan,di sepanjang ibadah kita.Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang beriman lagi beramal soleh.


Saturday, January 9, 2010

KALIMATULLAH.





Tajuk Pilihan :-

1) Penyelewengan Tauhid dan Kalimah Allah.

2) Penggunaan Nama Allah oleh Agama-Agama Lain.

3) Kalimah Allah Hanya Untuk Umat Islam.

4) Hak Nama Allah.

Firman Allah s.w.t.:-


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. [Aal Imraan 3:190-1]

Friday, January 8, 2010

DUIT DI INTERNET

Terdapat 3 kaedah / cara membuat duit di internet, iaitu :-

1. Perniagaan Internet
2. Program Internet
3. Pelaburan Internet

1) Perniagaan Internet

Perniagaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan perniagaan konvesional. Anda masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Apa yang berbeza hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya.

Perniagaan internet pula boleh dibahagikan kepada 2 bentuk. Iaitu , sama ada "perniagaan yang berasaskan perkhidmatan" ataupun "perniagaan yang berasaskan produk".

Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan

Antara contoh-contoh perniagaan internet yang berasakan perkhidmatan adalah seperti :-

* Perkhidmatan rekabentuk grafik (logo, banner, cover ebook)
* Perkhidmatan membina website
* Perkhidmatan memasang perisian.
* Perkhidmatan webhosting
* Perkhidmatan menulis & menterjemah artikel

Perniagaan Berasaskan Produk

Antara contoh perniagaan-perniagaan internet yang berasaskan produk adalah seperti:-

Produk Fizikal

* Menjual Tikar
* Menjual Alat Penjimatan Eletrik
* Menjual Buku
* Menjual Peta
* Menjual Model Kapal Terbang
* Menjual Menjual CD multimedia
* Menjual Cadar

Produk Digital

* Menjual Ebook
* Menjual Perisian-perisian
* Menjual MP3 ceramah-ceramah pembelajaran.
* Menjual Gambar-gambar/ grafik profesional
* Menjual video-video tutorial
* dan bermacam-macam lagi...

Perniagaan-perniagaan internet seperti ini adalah benar dan jarang sekali ada yang menipu. Jika ada yang menipu pun peratusannya agak kecil (Sama seperti perniagaan konvensional, ada juga peniaga-peniaga yang melakukan penipuan di dalam perniagaan mereka.). Peniaga internet menggunakan internet dengan sepenuhnya untuk memasarkan produk-produk mereka. Jadi! adakah mustahil untuk anda membuat duit di internet dengan melakukan perniagaan di internet? Sudah pastinya tidak mustahil sama sekali. Anda BOLEH buat duit di internet dengan menjalankan PERNIAGAAN Internet!

2) Program Internet

Program internet ini pula boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, antaranya:-

Program Pengiklanan

o Google Adsense
o Text-Links-Ads
o Bidvertiser
o Nuffnang
o Advertlets

Program pengiklanan yang menghubungkan antara "pihak penerbit iklan" dengan "pihak pembeli iklan". Jika anda ingin membuat duit di internet menerusi program pengiklanan ini, anda perlulah menjadi pihak "Penerbit Iklan", atau lebih dikenali sebagai "Publisher".

Sebagai seorang "publisher", anda dikehendaki untuk menyediakan sedikit ruang di website anda, untuk diletakkan iklan-iklan dari program-program pengiklanan yang anda sertai. Pihak penganjur program pengiklanan seperti google, text-links-ads, bidevrtiser dan sebagainya, akan membayar anda berdasarkan kaedah yang ditetapkan, iaitu sama ada mengikut bilangan klik , bilangan paparan atau pun mengikut kiraan hari berapa lama iklan tersebut di paparkan di website anda.

Duit yang digunakan untuk membayar anda itu pula, sebenarnya, bukanlah datang dari pihak penganjur, tetapi duit-duit tersebut, sebenarnya datang dari pihak-pihak pembeli iklan (pihak-pihak yang ingin mengiklankan website/produk mereka). Jadi, disini, jelas dapat di lihat dari mana sumber datangnya duit tersebut dan kemana ia disalurkan. (Dari poket pembeli iklan, ke penganjur program, dan seterusnya ke poket anda, kerana sudi memaparkan iklan mereka).

Program Affiliate

o Clickbank
o Commision Junction
o PayDotCom
o Amazon.com

Di dalam perniagaan konvensional, ada sesetengah pemilik perniagaan yang melantik jurujual-jurujual serta agen-agen untuk membantu mereka mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai. Agen-agen yang berjaya membuat jualan pula, akan diberikan sedikit komisyen hasil daripada harga jualan produk tersebut.

Di internet, jurujual-jurujual serta agen-agen ini, dipanggil "affiliate".

Manakala, program affiliate pula, ialah sebuah program yang disediakan oleh pemilik-pemilik website perniagaan, bagi melantik individu-individu seperti anda untuk menjadi agen mereka. Proses pendaftaran sebagai agen kepada sesebuah program affiliate ini biasanya adalah percuma. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk mendaftar sebagai agen mereka.

Setelah mendaftar sebagai agen di dalam sesebuah program affiliate, anda akan dibekalkan dengan satu URL yang mempunyai ID anda. Tugas anda, hanyalah mempromosikan URL tersebut. Apabila ada orang yang meng"klik" pada URL anda dan kemudiannya, membeli produk yang dijual di website tersebut, anda akan diberikan komisyen.

3) Pelaburan Internet

HYIP (High Yield Investment Program)

Inilah kaedah buat duit di internet yang di"HARAM"kan oleh majlis fatwa kebangsaan pada 12 April 2007. Suatu pelaburan yang dijalankan menerusi internet... atau nama sebenarnya, SKIM CEPAT KAYA ALAF BARU.

Nasihat saya kepada anda! Jika ada peluang-peluang buat duit yang ditawarkan kepada anda, lebih-lebih lagi jika mereka meminta wang dari anda (sama ada berbentuk yuran keahlian / wang pelaburan) dan kemudiannya, meminta anda MENCARI ORANG lain untuk membolehkan anda mendapatkan keuntungan yang besar dalam masa yang singkat. Berhati-hatilah...ops! maaf! Bukan berhati-hati.. tetapi larilah jauh-jauh sekuat-kuatnya.

Artikel dipetik di www.wangcyber.com oleh Mohd Suhaimy a.k.a.shuth

( p/s: Terima kasih diucapkan kepada 'bloggers' dan yang sudi meng"klik" iklan nuffnang di blog Ad-dai'.Jazakallahu Khairan Jazak.Setakat ini blog Ad-dai' telah memperolehi RM 15.25 dari 28/12/2009- 2/1/2010.)

.

Thursday, January 7, 2010

POSITIFKAN DIRI



Menjana sikap positif

Dalam hidup kita ini pasti ada sekali dua kita mencipta kejayaan sama ada kecil atau besar. Waktu kecil dulu mungkin kita pernah tewaskan rakan-rakan dalam suatu permainan dan kita berbangga dengannya. Mungkin juga kita pernah dulunya dipuji atas pencapaiaan, kualiti kerja atau kerajinan kita. Mungkin kita pernah menerima anugerah sebagai pemenang dalam apa jua pertandingan. Mulai hari ini cuba ingatkan kembali sebanyak mungkin kenangan manis ini dan senaraikan dalam diari anda. Setiap kali anda rasa tertekan, negatif, malas, bosan dan sebagainya maka bacalah diari anda ini dan hayati semula saat-saat tersebut. Gambarkan dengan jelas apa yang berlaku ketika itu. Rasakan apa yang anda rasakan ketika itu. Semangat anda akan membara sekiranya anda lakukannya bersungguh-sungguh. Semangat untuk kekal cemerlang ini akan menjana sikap yang positif.

Tidak kira betapa gagalnya anda rasa hidup ini namun pasti pernah sekurang-kurangnya sekali anda pernah dipuji atas kebaikan dan kejayaan silam.

Lakukan perkara berikut, sediakan satu buku kecil dan senaraikan semua kejayaan anda sejak dari dahulu hingga ke hari ini, sama ada kecil atau besar. Kemudian baca dan hayati apa yang anda tulis itu satu persatu, gambarkan keadaan ketika itu, rasakan perasaan anda ketika itu dan dengar apa yang anda dengar ketika itu. Lakukannya dengan penuh kesungguhan dan rasakan satu getaran perasaan yang positif yang mengalir dalam setiap urat nadi anda. Sentiasa kemas kini buku kecil anda ini dengan kejayaan-kejayaan baru. Ia adalah sumber tenaga dan kekuatan anda.

Anda mungkin tidak mengingati kesemuanya, tidak mengapa, ambil masa anda. Anda boleh tambah senarai kejayaan anda pada bila-bila masa sahaja.

Satu tabiat yang baik, mulai hari ini rakamkan setiap peristiwa penting dalam hidup anda sama ada melalui gambar atau rakaman video.

Setiap kali anda rasa tertekan, anda rasa tidak dihargai, anda rasa putus asa – lihat kembali buku kecil dan rakaman anda ini.

Saranan Diri Positif

Untuk kekal dalam sikap positif anda perlu saran diri anda dengan katajaya yang merangsang jiwa dan fikiran. Anda juga boleh gunakan petikan mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta hadith. Dengan melazimkan hidup anda berpandukan katajaya dan petikan-petikan ini maka ia memberi anda kekuatan untuk menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah.

Anda juga boleh cipta sendiri katajaya itu, misalnya:

“Kalau orang lain boleh.. Aku juga BOLEH!”
“Setiap kata-kata pasti akan dikota!”
“I’m the best!”
“I can do it!”

Jadikan kata-kata ini sebagai sebahagian dari hidup anda. Saran diri anda setiap hari dengan kata-kata ini hingga ia lazim dalam minda anda.

Soal Diri Dengan Soalan Positif

Dalam sehari anda menyoal beribu-ribu soalan kepada diri anda, daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada soalan-soalan yang membentuk masa depan anda. Anda mungkin bertanya soalan-soalan mudah seperti hari ini nak pakai baju apa? Nak makan di mana? Nak keluar dengan siapa? Nak balik pukul berapa? Dan sebagainya. Soalan-soalan ini tidak menjejaskan kehidupan dan peribadi anda. Tetapi ada ketikanya anda menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memberikan kesan terhadap hidup anda seperti, Nak ambil kursus apa? Nak belajar lama mana? Nak rebut peluang atau tidak? Dan sebagainya.

Orang berjaya menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memajukan dirinya seperti:

- Apa hikmah disebalik ujian Allah ini?
- Apa lagi yang boleh aku buat untuk jadi lebih baik?
- Apa yang belum aku selesaikan lagi?
- Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada aku?
- Apakah aku mahu menyerah hanya dengan kegagalan sementara ini?

Semua soalan ini menjadikan anda lebih positif terhadap apa yang berlaku. Soalan yang diajukan akan membina kekuatan dalaman anda. Semakin berkualiti soalan yang dibentuk semakin berkualitilah diri anda.

Perbezaan antara seorang insan dengan insan yang lain ialah soalan lazim yang secara konsisten terbit difikiran. Manusia lemah sering mengutuk dan memperkecilkan dirinya sendiri. Mereka mungkin berkata:

- Nak buat macam mana aku ni lemah.
- Engkau lain aku lain.
- Engkau bolehlah aku ni siapa.
- Dah memang nasib aku begini, terima ajer lah..
- Buat berkali-kali pun gagal juga baik tak payah..
- Dah tahu diri tu bodoh buat apa tunjuk pandai.

Soalan yang positif akan:

- Mengubah persepsi dan cara fikir kita
- Mengubah fokus kita
- Memberikan sumber kekuatan baru kepada kita.

Artikel di petik dari laman : Klik di sini.



P/S : ALFU MABRUK!!!..Tahniah di atas kejayaan adikku,Hafizatul Salwana binti Mohd Subari di atas kejayaan memperolehi pangkat Jaid Jiddan ( Amat Baik ) dalam peperiksaan Sijil Menengan Rendah Agama (SMRA) baru-baru ini.


SEMOGA KEJAYAANMU PEMANGKIN SEMANGAT BUAT ABANGMU.

Monday, January 4, 2010

SECEBIS INGATAN.

Doa buatmu :-


اللّهُمّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ. وَاعْفُ عَنْهُ

وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ. وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ. وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثّلْجِ وَالْبَرَدِ, وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ. وَأَبْدِلْهُ دَاراً خَيْراً مِنْ دَارِهِ. وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجَاً خَيْراً مِنْ زَوْجِهِ. وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَ مِنْ عَذَابِ النَّارِ


Ertinya : Ya Allah ampunilah baginya dan muliakanlah tempatnya dan lapangkanlah tempat masuknya (di dalam kubur) dan mandikanlah dia dengan air salji dan air dingin (embun) dan bersihkanlah dia daripada kesalahan (dosa) seperti dibersihkan kain putih daripada kekotoran dan gantikanlah tempat yang lebih baik daripada tempat tinggalnya dan ahli (keluarga) yang lebih baik daripada ahlinya dan sahabat yang lebih baik daripada sahabatnya dan masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungkan dia daripada seksa kubur dan seksa neraka.


AYAHANDA,ALLAHYARHAM UST.HJ.MOHD SUBARI BIN TAUHID.

( Kembali ke hadrat Ilahi pada 15 Syawal 1421 = 11/1/2001 hari Khamis )


Buatmu ayah..ingatan selalu dari anakmu..mendidik anakmu ilmu quran,ilmu tarannum dan berzanji..memanduku sehingga sampai ku dapat ke peringkat negeri..berzanji yang hanyaku lagukan dengan tarannum sikkah dirimu ubah ke tarannum rast...ku kagum denganmu ayah..alunan suaramu sedap di dengari..dirimu suka berbual-bual denganku..dirimu sangat gembira sehingga hadiahkan ku kain songket (samping) nilai rm 100 di atas kejayaanku mendapat pangkat 1 darjah khas ke 2 terbaik di sekolahku..tapi apakan daya Allah lebih sayangkanmu setelah 3 bulan dirimu mengalami sakit...dari dirimu berisi kepada kurus..terkenang lambaian terakhir sebelum dirimu pergi ke HUKM,Bangi..berita ketiadaanmu ketikaku sedang belajar di tingkatan 5 Ibnu Sina.,SMALQ.


Ayahandaku kembali ke hadrat Ilahi ketika usia 52 tahun dan masih berkhidmat ketika itu sebagai guru agama.


SAHABAT,ALLAHYARHAM MOHD HIDAYATUS SAUFI BIN KHALID.

(Kembali ke rahmatullah pada 17 Muharram 1431 = 3/1/2010 pada hari Ahad).


Buatmu sahabat..terkenang dirimu naik flight yang sama ketika kembali ke mesir pada 4/11/2009..bersamaku ke kuliah dari rumah abdeen di hujung bulan 12/2009 sebelum dirimu mengalami sakit..kepetahanmu berkata-kata..buat diriku kagum..kemenangan usulmu ketika bermesyuarat dalam program DBEB di rumah johor Raba'ah hujung bulan 11/2009...usul agar program ilmu falak di jadikan program mega..di ketika itu usulmu seri dengan usul kursus guaman..terasa dirikulah pemberi kemenangan buatmu..mengharapkan dirimu bakal peneraju program ilmu falak..tapi apakah daya..Allah lebih sayangkan dirimu...


Berita lanjut berkaitan Allahyarham di Laman Web Rasmi Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor DiMesir..klik di sini.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayahandaku dan sahabatku serta seluruh kaum muslimin yang telah kembali menghadap ilahi..AL-FATIHAH.

Saturday, January 2, 2010

ROHANI DAN JASMANI.

Bacaan Surah Al Mulk oleh Sheikh Mishari Al Afasy.



Sedutan Filem : Sang murobbi.



Jaamiah Al-Azhar As-Syarif


Copy this code to your website to display this banner!