“ Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya ..” ( Riwayat At-Tirmidzi)

Followers

Follower yang ke -100 Syed Azaharul

Wednesday, November 17, 2010

Konsep Penentuan Awal Bulan Islam Dan Hari Kebesaran Islam Di Malaysia

Oleh : Bahagian Falak Syar'ie, Jabatan Mufti Negeri Selangor

1. PENDAHULUAN

Penentuan awal bulan Hijriah yang digunakan oleh umat Islam khasnya dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah adalah berdasarkan kepada pergerakan bulan dan bumi mengelilingi matahari.

Ia menjadi asas perhitungan awal bulan dan tahun yang mempunyai hubungkait yang rapat dengan ibadah puasa, hari raya dan hari raya korban.

Berdasarkan pedoman yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis dan juga pendapat ulama daripada kitab-kitab muktabar, lahir tiga amalan yang berbeza dalam menentukan awal bulan ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah dengan kaedah berikut:-

a) Rukyah ( melihat anak bulan ) semata-mata.

b) Hisab Falak semata-mata.

c) Rukyah dan Hisab dengan menggunakan criteria imkanur-rukyah iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan ( Hilal ).

Wujudnya perbezaan amalan dan cara di atas, adalah daripada perbezaan dalam memahami dan mentafsir maksud ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang berkaitan.Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan cara penentuan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan rukyah dan hisab berdasarkan kepada kriteria imkanur rukyah.

Tujuan penulisan ini adalah untuk menjelaskan kepada masyarakat mengenai cara penentuan awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah yang di amalkan di Malaysia dan asas-asas yang digunakan dalam melaksanakan kaedah tersebut.

2. DALIL-DALIL SYARAK MENGENAI PENENTUAN AWAL BULAN RAMADHAN, SYAWAL DAN ZULHIJJAH.

Nas Al-Quran dan Hadis banyak menerangkan panduan menentukan awal bulan atau waktu-waktu terutama dalam melaksanakan ibadat.

a) Firman Allah SW.T Surah Al-Baqarah ayat 189:

Maksudnya:

"Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit.Katakanlah bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan bagi ibadah haji......."

Hadis Rasulullah S.A.W. diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari:

Maksudnya:

"Berpuasalah kamu kerana melihat Hilal dan berbukalah kamu kerana kamu melihat Hilal.Bila Hilal tertutup atasmu, maka sempurnakanlah bilangan bulan Syaaban tiga puluh".

Pendapat Ulama' Daripada Kitab-kitab Muktabar.

Daripada Kitab Bidayatul Mujtahid dari Juzuk pertama
( muka surat 242-243 ).

Maksudnya:

"Bila Hilal ditutupi awan, maka ia kembali kepada Hisab yang berdasarkan bulan dan matahari, itulah mazhabnya Muttarraf Bin Suhair, beliau termasuk ulama' besar tabi'in dan Ibnu Suraj bercerita daripada Imam Syafie bahawa Imam Syafie berkata; orang yang mazhabnya itu mengambil pedoman dengan bintang-bintang dan kedudukan bulan kemudian jelas baginya menurut dalil tersebut, bahawa bulan telah boleh dilihat tetapi tertutup oleh awan, maka orang tersebut boleh melaksanakan puasa dan cukuplah baginya".

Berdasarkan dalil-dalil Al-quran, Hadis dan pendapat ulama' serta kajian astronomi moden, penyelesaian jalan tengah dengan cara rukyah dan hisab adalah menjadi pilihan untuk diamalkan di Malaysia kerana ia lebih hampir kepada kehendak syarak.

3. FAKTOR PERSELISIHAN

3.1) Punca-punca perselisihan berlaku dari segelintir rakyat Malaysia yang dikenali dengan kumpulan Islah.Golongan tersebut tidak menerima pengisytiharan rasmi Hari Raya Korban Kerajaan Malaysia yang telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia pada tahun 2000 dan 2001 Miladiah yang lalu.Golongan tersebut menyambut Hari Raya Korban berdasarkan pengisytiharan Wukuf di Padang Arafah oleh Kerajaan Arab Saudi.

3.2) Perselisihanjuga berlaku kerana terdapat kekeliruan pendapat pada 9 Zulhijjah (Hari Wukuf), sunat berpuasa pada hari tersebut dan ganjaran pahalanya sama dengan setahun beribadah. Kebanyakan rakyat malaysia terkeliru dan tidak mengetahui kaedah dan syarat-syarat penetapan awal bulan Zulhijjah yang digunakan oleh Kerajaan Arab Saudi.



4. RASIONAL DARI SUDUT MATLAK ( TEMPAT TERBIT ) DI MALAYSIA.

4.1) Kerajaan Arab Saudi menggunakan matlak dengan kaedah rukyah semata-mata, terbuka kepada semua rakyatnya.Sesiapa yang melihat Hilal Zulhijjah boleh melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab atau berkuasa dengan saksi.

Kerajaan Malaysia menetapkan awal bulan Zulhijjah dengan menggunakan kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria imkanur rukyah dengan mengambil kira matlak negara-negara MABIMS.Pada 29 Zulkaedah semua tempat cerapan rasmi sebanyak 26 tempat di seluruh Malaysia akan dicerap oleh Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan dengan menggunakan peralatan moden seperti teleskop digital dan teodolit.

4.2) Terdapat perbezaan matlak yang jauh diantara Malaysia dan Arab Saudi. Perbezaan waktu antara kedua-dua negara ialah lima jam. Oleh itu ketika Hilal dilihat di Arab Saudi, kedudukan hilal tersebut berada pada kedudukan 1.25° lebih tinggi di Matla' Malaysia.

4.3) Bagi rakyat negara Malaysia yang bermazhab Syafie, mereka perlu memahami bahawa setiap negara di dunia ini mempunyai matla' atau kawasan lingkungannya sendiri. Oleh itu Malaysia tidak harus mengikut keputusan cerapan hilal yang dilaksanakan oleh Arab Saudi.



5. HUKUM PUASA DAN MAKLUMAT YANG BERKAITAN

Umumnya, masyarakt Islam mengetahui adanya puasa sunat pada hari Arafah. Puasa ini sunat dilakukan oleh mereka yang tidak mengerjakan haji. Pelakunya dijanjikan dengan ganjaran yang besar sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.

Daripada Abi Qatadah yang berbunyi :-

Maksudnya:

Daripada Abi Qatadah bahawa Nabi S.A.W. ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Banginda menjawab : Ia menghapuskan dosa yang dikerjakan pada tahun yang lalu dan tahun yang akan datang.

(Riwayat Muslim)

Sekiranya diteliti, hadis di atas dan dalil yang lain menerangkan kelebihan mereka yang berpuasa pada hari Arafah. Namun demikian, kita perlu mengetahui pada waktu bilakah umat Islam di Malaysia dan Arab Saudi dan juga perbezaan matla'. Kita perlu memilih sama ada berpuasa pada hari Arafah sebenar di Arab Saudi atau mengikut takwin sebenar kita di Malaysia. Hukum berpuasa pada salah satu hari tersebut tetap sah.

Faktor kedudukan geografi dan kesesuaian negara Malaysia menentukan setiap awal bulan Islam dengan menggunakan kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kreteria Imkanur rukyah adalah satu perkara yang perlu diambil perhatian. Konsep penentukan awal bulan Islam adalah berdasarkan kaedah jangkaan kenampakan anak bulan atau Imkanur rukyah yang mengikut syarat berikut :-

Ketika matahari terbenam.

a) Ketinggian (altitud) bulan tidak kurang daripada 2°

Dan

b) Jarak lengkok matahari tidak kurang 3°

Atau

c) Ketika matahari terbenam umur bulan tidak kurang daripada 8 jam.

6. ASAS PERTIMBANGAN KEPUTUSAN PERLU DI KEKALKAN.

6.1) Kaedah penetapan Hari Raya Korban mengikut kaedah Hisab dan Rukyah berdasarkan imkanurrukyah sama seperti penetapan awal bulan Ramadhan dan Syawal adalah lebih sesuai untuk diamalkan di Malaysia.

6.2) Bedasarkan keputusan Majlis Raja-Raja Malaysia dan persetujuan Mufti seluruh negeri-negeri di Malaysia bagi penetapan awal Zulhijjah seperti penetapan awal Ramadhan dan awal Syawal dengan melihat anak bulan di tempat rasmi seluruh Malaysia.

6.3) Perbezaan zon masa di antara Malaysia dan Arab Saudi adalah jauh selama (5) lima jam berdasarkan GMT Malaysia (8) lapan jam manakala Arab Saudi (3) tiga jam.

7. PENUTUP

Amalan Umat Islam di Malaysia menetapkan awal Zulhijjah dikekalkan dengan rukyah dan Hisab berdasarkan kriteria imkanur rukyah adalah bertujuan untuk di selaraskan dengan keputusan negara jiran tetangga iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).

Keputusan ini perlu dikelalkan untuk tujuan keharmonian bagi sesebuah negara dan tidak perlu mengikut pengisytiharan wukuf Arafah oleh kerajaan Arab Saudi. Hukum ibadah puasa yang dilakukan tiada terjejas dan ia melibatkan perkara sunat yang perlu kepada pemahaman terhadap ibadat tersebut. Semoga dengan risalah kecil ini akan memberi pendedahan kepada masyarakat agar tidak timbul kekeliruan tentang amalan yang digunakan di Malaysia pada masa sekarang dan yang akan datang. Wallahua'lam.

Disediakan oleh:
Bahagian Falak Syarie,
Jabatan Mufti Negeri Selangor.

HUKUM BERKAITAN AIDIL ADHA

Solat Sunat Aidil Adha:

Menunaikan solat sunat Aidil Adha adalah sunat muakkad berdasarkan perbuatan nabi Muhammad SAW danFirman Allah S.W.T yang berbunyi :

فصل لربك وانحر

Maksudnya:"Maka laksanakanlah solat kerana tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri dengan Allah)".

Disyariatkan kepada kita untuk menunaikan solat sunat AidilAdha secara berjamaah ataupun berseorangan samaada yang bermukim mahupun yang bermusafir, merdeka atau pun hamba, lelaki ataupun perempuan ataupun khunsa. Tetapi solat Aidil Adha secara berjamaah itu lebih afdhal daripada solat bersendirian melainkan keatas orang yang melakukan ibadah haji.

WAKTU
Waktu menunaikan solat sunat Aidil Adha adalah diantara matahari terbit sehinggalah tergelincirnya matahari. Lebih afdal sekiranya solat sunat Aidil Adha tersebut dilaksanakan dengan segera selepas terbitnya matahari untuk memanjangkan waktu sembelihan korban.

CARA-CARA PELAKSANAAN :

Rakaat pertama :
1) Dimulai dengan takbiratul ihram, membaca doa iftitah kemudian takbir selepasnya sebanyak 7 kali takbir yang diselangi dengan bacaan “Subhanallahwalhamdulillahwalailahaillallahwallahuakbar".

2) Disunatkan juga untuk membaca surah“ق”ataupun surah “الأعلى”selepas bacaan surah الفاتحة pada rakaat pertama tersebut.

Rakaat kedua :
1) Selepas takbir intiqalat pada rakaat yang kedua, hendaklah disusuli dengan takbir sebanyak 5 kali dan baca antara takbir adalah sama seperti pada rakaat pertama.
2) Disunatkan membaca surah“ اقترب ”ataupun“الغاشية ”selepas bacaan surah الفاتحة .
Disunatkan keatas kita melakukan 2 khutbah selepas solat Aidil Adha yang membahaskan mengenai hokum korban (Udhiyyah).

Sunat-Sunat Aidil Adha:
1) Menghidupkan malam hari raya dengan zikir, doa, solat, bacaan Quran dan sebagainya berdasarkan Hadith nabi Muhammad S.A.W yang berbunyi :

من أحيا ليلة العبد, أحيا الله قلبه يوم تموت القلوب

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengidupkanmalamhariraya, Allah S.W.T akan menghidupkan hatinya pada hari matinya hati orang yang lain”.
Menghidupkan malam hari raya juga terhasil dengan melaksanakan solat Isya’ dan solat subuh secara berjamaah.
2) Disunatkan mandi malam raya bermula sepertiga malam.
3) Memakai baju yang paling cantik walaupun bukan bewarna putih.
4) Memakai wangi-wangian.
5) Keluar dari rumah untuk menuju ke masjid menggunakan jalan yang lebih jauh daripada jalan pulang ke rumah ( kerana pahala untuk pergi menunaikan ibadah lebih banyak berbanding pulang dari melakukan ibadah).
6) Tidak makan sesuatu sebelum menunaikan solat sunat Aidil Adha.
7) Sunat melaungkan takbir bermula waktu subuh hari Arafah sehingga terbenamnya matahari pada hari tasyrik yang terakhir (13 Zulhijjah).
Takbir Hari Raya Haji Terbahagi Kepada Dua :
1) مرسل :
Takbir ini hanya dilakukan selain daripada selepas solat, samaada di rumah ataupun dipasar ataupun dijalanraya ataupun dimana-mana sahaja. Ia bermula daripada terbenamnya matahari 9 Zulhijjah sehingga takbiratulihram solat sunat Aidil Adha.Takbir ini boleh dilakukan dalam apa pun keadaan samaada berdiri, duduk, berbaring, ataupun berjalan.

2) المقيد :
Takbir ini hanya dilakukan selepas selesai menunaikan solat iaitu sebelum melakukan wirid dan zikir yang lain. Ia hanya dikhususkan kepada hari raya adha. Takbir ini dilakukan selepas solat fardhu atau pun solat sunat atau pun qada ataupun solat jenazah. Bermula daripada waktu subuh hari Arafah sehingga hari tasyrik terakhir (13 Zulhijjah). Tetapi bagi orang yang melaksanakan ibadah haji ,waktu takbir mereka bermula selepas zohor hari raya yang pertama (10 Zulhijjah).


Disunatkan bagi lelaki melaungkan takbir dengan kuat untuk mezahirkan syiar hari raya. Adapun selain daripada lelaki (perempuan ) tidak boleh menguatkan lafaz takbir melainkan lafaz tersebut disisi mahram mereka kerana diqiaskan kepada masalah suara perempuan didalam solat.

Lafaz takbir yang disunatkan adalah seperti berikut:
الله أكبرالله أكبر الله أكبر
لا إله إلا الله والله أكبر, ألله أكبر ولله الحمد
Dan ditambah lafaz yang lain oleh Imam Syafie dalam kitab"الأم " berdasarkan kepada perbuatan Nabi yang pernah menyebut lafaz ini di Mina:



ألله أكبر كبيرا ً, والحمد لله كثيرا ً, وسبحان الله بكرة وأصيلا ً
لا إله إلا الله, ولا نعبد إلا إياه, مخلصين له الدين ولو كره الكافرون
لا إله إلا الله وحده, صدق وعده, ونصر عبده,وأعز جنده وهزم اللأحزاب وحده
لا إله إلا الله, والله أكبر
Rujukan:
الجواهر النقية-
الإقناع-
حاشية البيجوري-
مواهب الديان شرح فتح الرحمان-
حاشية الشرقاوي-
شرح الياقوت النفيس-

Disediakan oleh :
MOHAMAD SARKAWI BIN MOHAMAD SALLEH
Felo MANHAL PMRAM

http://pmram-manhal.blogspot.com/2010/11/hukum-berkaitan-aidil-adha.html

Tuesday, November 2, 2010

Kekang nafsu 'gelap'

Oleh : Ust.Zaharuddin Abd Rahman

BAGAIMANA cara menghentikan ketagihan terhadap nafsu dalam diri termasuk nafsu amarah, seks serta yang membawa kepada kemungkaran buat selama-selamanya dan bagaimana pula untuk dapatkan taubat sebenar-benarnya.

Sifat nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa, di mana kegagalan mengawal nafsu syahwat bagi majoriti manusia adalah satu lumrah.

Bagaimanapun, dalam kehidupan ada segelintir yang mampu mengekang nafsu mereka hasil ‘mujahadah’ atau usaha kuat untuk menghindari, sekali gus menghentikannya. Namun, ada kalanya mereka yang mampu mengawal juga tertewas.

Allah SWT menyebut perihal kegagalan manusia dalam mengekang nafsu, sebagai contoh dalam surah Al-Baqarah, ayat 187 yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu.”

Melalui ayat ini, sebahagian umat Islam gagal mengikat nafsu syahwat kelaminnya hingga ‘bersama’ isterinya di siang Ramadan.

Dengan segala kelemahan manusia, Allah SWT membenarkan suami isteri untuk bersama di malam hari Ramadan, namun masih ada juga yang ‘terlepas’ melakukannya di siang hari, oleh itu Islam menetapkan cara dendanya.

Kifarah adalah satu bentuk denda dan apabila seseorang melakukan dosa, taubat adalah jalannya.

Allah SWT menegaskan bahawasanya: “Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi Rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf, 53)

Persoalan yang timbul ialah, bagaimana mengekang nafsu yang ada dalam diri.
Ringkasnya, saya ingin mengingatkan individu yang menulis soalan ini bahawa mengekang dan melawan kehendak nafsu syahwat sememangnya bukan mudah.

Itulah sifat ‘peperiksaan’ yang diberi oleh Allah SWT bagi ‘menapis’ dan mengenal pasti hamba-Nya yang bersungguh-sungguh, ikhlas dan beriman serta yang kurang dan tidak beriman. Bagi yang berjaya, ganjarannya sudah tentu sangat hebat, yakni di Syurga Allah SWT.

Justeru, kita tidak perlu mengeluh dan hairan dengan ketagihan nafsu, kedegilannya, kesukaran menanganinya dan mengawalnya.

Sebaliknya, yang perlu dilakukan adalah mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu untuk bertindak.

Caranya, kenali sumber serta punca yang mampu membiakkan ‘kekuatan’ terhadap nafsu itu, dan sebaik dikenal pasti, potong dan hapuskan ia.

Selain itu, kita perlu tahu cara, suasana, tempat dan berdamping dengan individu yang dapat menarik diri kita kepada kebaikan dan lupakan syahwat.

Kesimpulannya, proses ini memang memerlukan ‘pantang larang’ yang merujuk kepada perkara yang tidak boleh dibuat dan ‘kemestian’ yang merujuk kepada perkara yang perlu dibuat.

Ia proses ‘Sunnatullah’ untuk segala jenis penyembuhan, sama ada hati dan iman berbentuk spiritual dan juga tubuh fizikal.

Ini sama seperti menangani penyakit kencing manis daripada sudut konsepnya, di mana mereka perlu menghadapi cabaran mengawal nafsu makan yang tinggi dan terhalang daripada menikmati juadah lazat.

Jadi jelas di sini, pantang larang ini perlu dilakukan secara terpaksa itulah satu mujahadah (usaha).

Oleh itu, cuba fikirkan, bagaimana pantang larang ini akhirnya mampu dipupuk serta diikuti dan itulah satu jalan permulaan untuk mengawal nafsu dalam diri.

Ini sama bagi mengekang nafsu syahwat seks ‘gelap’, di mana setiap umat Islam perlu meyakini bahawa setiap perbuatan itu kelak pasti diazab oleh Allah SWT dengan mengingatkan bahawa adanya azab neraka, azab kubur, mati dalam kehinaan (suul khatimah) atau dalam kemaksiatan, tidak memperoleh Rahmat Allah atau tiada peruntukan syafaat daripada Rasulullah SAW.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal ghaib, namun bukan itu saja, ada banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti, ia mungkin membawa kepada perceraian, pasangan zina mengandung anak luar nikah yang akhirnya boleh membawa kepada pembunuhan terhadap anak luar nikah berkenaan bagi menutup aib, kejian masyarakat atau dijangkiti penyakit kelamin seperti AIDS.

Disebabkan itu, tanam semua implikasi berbentuk spiritual itu dalam minda dengan harapan ‘nyalaan’ nafsu itu tadi dapat ditangani.

Sehubungan itu, tentu proses pertama untuk mengekang nafsu syahwat seks ‘gelap’ adalah dengan meningkatkan ilmu dan keyakinan terhadap kedua-dua ilmu, ghaib dan fizikal, iaitu kesan buruknya.

Insya-Allah, ia akan mampu menjadi pendinding awal sebelum berlakunya dosa dorongan syahwat nafsu itu.

Orang berilmu juga ramai yang menyeleweng?
Tidak dinafikan, ramai juga yang sudah punyai ilmu tetapi masih ‘jatuh’ dan terlanjur melakukan maksiat sama ada secara serius atau tidak, besar atau kecil.

Tatkala itu, datanglah fungsi taubat yang disebut oleh Allah SWT di atas.

Berbekalkan kefahaman dan asas yang sudah ada, usaha mengukuh dan menyuburkan kembali keimanan lebih mudah daripada individu yang tiada asas dan pasak kukuh.

Kerana itu, binalah pasak dalam diri mengenai iman dan ilmu dengan segera terlebih dulu kerana tanpanya, perubahan kepada kebaikan akan terbantut di suku perjalanan.

Sebagai kesimpulan, sebagai tambahan kepada penjelasan di atas, ada perlu mengetahui perkara yang perlu serta tidak perlu dilakukan seperti:

# Fikirkan sasaran kehidupan dan berusaha melaksanakannya. Jauhkan pemikiran berkenaan seks dan penuhkan masa dengan berusaha mencapai sasaran itu.
# Wujudkan keyakinan bahawa Allah SWT melihat apa yang dilakukan di ketika ramai mahupun kala sendirian.
# Sedarkan diri bahawa malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang dilakukan.
# Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
# Putuskan hubungan ‘songsang’ dan ‘gelap’ sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperoleh melalui Internet atau fizikal, melalui laman sembang, e-mel, web dan sebagainya. Jika berseorangan di depan komputer boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, elak berseorangan di depan komputer.

Jika berbual mesra dan makan tengah hari bersama rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elak melakukannya dan makan sendirian atau bersama jantina yang sama.

# Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
# Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan keagamaan kerana dengannya, ia membuka ruang mendapat rakan yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat dapat dibendung.
# Ziarah kubur secara kerap supaya syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
# Kalau komputer dan Internet kerap menjadi punca peningkatan syahwat, banyakkan mendengar bacaan al-Quran di depan komputer. Insya-Allah, dengannya rasa malu akan timbul. Namun jika syahwat masih ‘menggila,’ segera berhenti dan lihatlah awan, langit, pokok dan laut dan ingatkan kebesaran Allah.
# Memastikan harta diperoleh daripada sumber halal kerana sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. Ia ibarat mutasi virus yang lebih berbahaya kepada kesihatan.
# Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisiplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin ketika sujud di dalam solat supaya diberi kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.
# Segera beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat berat sebagaimana dinyatakan dalam Surah Al-Imran, bahawasanya: “... dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertakwa.”

Artikel dari : Hmetro.com.my

Sunday, October 31, 2010

Lima Tanda Hati Keras Membatu

Oleh : Uda Firdaus Abd Rahim

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah lah.a. berkata,

"Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud,

"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya,

"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat.

"Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126).

http://idhamlim.blogspot.com/2010/10/lima-tanda-hati-keras-membatu.html

11 Tips Menghindari Marah

Oleh : nina mazrina

“Saya seorang yang pemarah”… Bila saya terbaca artikal ini… saya rasa diri saya terlalu kerdil…saya sedar terlalu banyak kekurangan dalam diri saya… kadangkala terfikir juga… entah bagaimana rupa saya ketika marah…huhuhu…tentu hodoh kan!!!…

IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”.

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

http://idhamlim.blogspot.com/2010/10/11-tips-menghindari-marah.html

Saturday, October 16, 2010

Teka-teki bersama jiran sebelah...

Ada sebuah teka-teki, bunyinya begini:

Kalau tuan bijak bestari
Apakan bendanya tolong jawabkan,
Dapurnya riuh, setiap hari,
Asapnya berkepul di rumah jiran?

Jawapan : Sila cari dalam catatan di bawah.

Sidang pembaca yang dimuliakan,
Dalam menghayati hak-hak jiran, Islam membahagikan jiran itu kepada tiga bahagian
Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak.

Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran yang muslim yang berkerabat, maka baginya hak jiran, hak muslim dan hak kerabatnya.

Adapun jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran muslim, di mana haknya ialah hak jiran dan sebagai orang muslim.

Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik atau kafir ".

Sebagai jiran yang baik, seseorang itu pasti pernah memberikan sedikit makanan yang dimasak di rumahnya kepada jiran yang tinggal bersebelahan dengannya.

Contohnya ketika majlis kenduri kesyukuran, doa selamat, yasinan tahlilan dan sebagainya kerana di waktu itu makanan yang dihidangkan biasanya lebih istimewa daripada makanan pada hari-hari biasa. Selain itu, sudah tentu aroma daripada masakan dalam kuantiti yang banyak itu tidak mampu "dipadam" kesannya begitu sahaja.

Jadi, sebagai manusia yang mempunyai perasaan, tidak ada salahnya jikalau kita memberikan sedikit makanan itu kepada jiran supaya dia pun berkongsi kegembiraan, berkongsi nikmat rezeki dalam bentuk makanan dan minuman yang Allah kurniakan kepada kita.

Dunia ini, langit dan buminya, dengan segala isinya semuanya milik Allah subhanahu wa ta'ala. Allah Yang Maha Agung tidak pernah kedekut dengan apa yang dimiliki-Nya. Sentiasa memberi curahan kasih-sayang kepada makhluk-Nya tanpa mengira muslim atau kafir, manusia atau haiwan. Semua diberi kepada kita dengan percuma, diberikannya matahari dan bulan, diberikan lautan dan daratan, diberikan haiwan dan tumbuhan dan banyak lagi. Tidakkah kita sebagai hamba-Nya bersyukur dengan kurniaan rezeki yang diperolehi lantas kita kongsikan dengan jiran yang berada di sebelah-menyebelah ?

Adat memberikan makanan kepada jiran tetangga bukan hanya kebiasaan bangsa Melayu sahaja,bahkan ia merupakan kebiasaan masyarakat seluruh dunia yang mempunyai hati dan perasaan. Ada sebuah kata pepatah Arab Mesir berkisar tentang jiran yang suka memasak makanan dengan banyak tapi kedekut:
دخانك عماني وطعامك ما جاني
yang berbunyi: dukhonak 'amaani wa to'aamak ma gaani
atau dalam bahasa bakunya:

دُخَانُكَ أَعْمَانِيْ وَطَعَامُكَ مَا جَاءَنِيْ
ertinya: Asap engkau memedihkan(membutakan) mataku tapi makanan engkau tak pernah sampai kepadaku.

Ini merupakan kata-kata sindiran yang lembut terhadap jiran yang kedekut lagi tiada berhati perut. Dalam Ilmu Balaghah, kata-kata ini termasuk dalam bab Al-Kinayah.

Keindahan gaya bahasa kinayah dalam ayat ini jelas terdapat pada :walaupun seseorang itu tiada lagi mampu menahan emosinya yang menyebabkan dia mudah memaki-hamun orang lain, kita dapati bahawa Bahasa Arab tetap berhasil menundukkan dia supaya mengutamakan adab dengan tidak menggunakan kata-kata kesat lagi tiada sedap didengar oleh telinga, di mana dia terpaksa menggunakan bahasa lembut pada sebutan, tetapi makna sindirannya tetap pedas lagi memedihkan.

Balaghah telah membuat orang itu beradab dalam tutur katanya. Bayangkan sekiranya dia berkata begini:
"Hoi, Kurang a**m punya jiran, tak g**a betul. Lagi-lagi hantar asap pemedih mata saja, makanannya enggak pernah sampai. Memangnya kau ni keturunan pasukan anti-tunjukperasaan kah? Dasar k*d**ut nak m****s. C*****!!"......
Ya, pasti akan tercetus api perang antara dua berjiran jika dia memaki-hamun begitu. Tak eloklah begitu, ya.

Adapun ُjiran yang duduk di maqam sabar,
maka dia sentiasa menjaga lidahnya daripada menyebabkan hati tetangganya itu luka tercalar.
Ya, dia tahu diri.
Dan dia tahu dan yakin, bahawa kalau rezeki itu sudah tertulis untuknya daripada Allah ta'ala,
pasti "rejeki " itu sampai ke "alamatnya"
dan tiada siapa yang boleh menghalangnya, menyekatnya atau mengurangkan kuantitinya.
Dan dia tahu dan yakin bahawa kalau rezeki itu bukan tertulis untuknya, nescaya dia tak akan mendapatnya sekalipun dia penat bertungkus -lumus dan berusaha untuk mencapainya.

Ada 2 bait syair Arab tentang keluhan dan luahan hati si fulan terhadap jirannya yang kedekut dengan makanan. Bahasanya lembut dan halus sekali. Biasalah orang sastera. Begini bunyinya...
وَجِيْرَةٍ لاَ تَرَى فِى النَّاسِ مِثْلَهُمُ
إِذَا يَكُوْنُ لَهُمْ عِيْدٌ وَإِفْطَارُ
إِنْ يُوْقِدُوْا يُوْسِعُوْنَا مِنْ دُخَانِهِمُ
وَلَيْسَ يَبْلُغُنُا مَا تُنْضِجُ النَّارُ
ertinya:
Dan itulah jiran-jiran yang tidak pernah kau lihat spesis manusia seperti mereka,
ketika menyambut hari raya atau berlangsungnya majlis berbuka,
Jika mereka menyalakan api(memasak), mereka "lumurkan" kepada kami asap dan jelaga,
namun apa yang dimasakkan oleh api(makanan), tak pernah "kunjung tiba" ......

Aduhai, sedih sekali mengenang nasib orang yang tinggal dengan jiran yang bakhil lagi takabbur ini....Ya.Allah, jauhkanlah kami daripada sifat tercela...Amiin.


Jawapan teka-teki " DAPURNYA RIUH SETIAP HARI, ASAPNYA BERKEPUL DI RUMAH JIRAN":
=Orang kikir dan bakhil yang tak pernah memberi sedikit makanan pun kepada jirannya, masak bukan main sedap, enggak tanggung-tanggung enaknya, tapi mas,yang dihantar cuma asapnya aja,!

Artikel asal di http://sasteraarab.blogspot.com/

Thursday, October 7, 2010

Pesanan Buat Kita



p/s : Terima kasih kepada kawan2 blogger di atas kunjungan dan memberi komen terhadap blogku.Semoga Allah merahmatimu selalu.

Wednesday, August 4, 2010

Apa guna membaca Al-Quran?

Tersebut kisah seorang datuk dan cucunya tinggal di tepi sungai. Mereka adalah beragamaIslam. Setiap pagi datuknya membaca al-Quran dengan suaranya yang merdu mengalunkan ayat-ayat indah Al-Quran dan menyuruhnya cucunya mengaji Al-Quran..

Didesak rasa ingin tahu,si cucu bertanya, “Mengapa Datuk selalu membaca Al-Quran? Menjadi rutin, setiap pagi?” Menurut si cucu, sukar untuk memahami kandungan ayat-ayat Al-Quran tersebut,walaupun setelah membaca terjemahannya. “Mengapa memaksakan diri membaca sesuatu yang tidak kita mengerti?”

Mendengar pertanyaan tersebut, si datuk terdiam. Dia tidak menjawab sebaliknya si datuk menyuruh cucunya mengambil air di sungai berdekatan rumah mereka menggunakan bakul bekas arang. Bakul tersebut hitam legam maklumlah bekas tempat arang.

Walaupun tidak faham dan tidak berpuas hati kerana datuknya tidak menjawab soalannya tadi, si cucu mengikut apa yang disuruh oleh datuknya iaitu mengambil air di sungai menggunakan bakul. Tetapi setiap kali air diceduk menggunakan bakul biasalah air akan keluar dari lubangbakul yang diperbuat dari rotan tersebut.

Si cucu memberitahukan hal tersebut kepada datuknya, mustahil untuk mengambil air menggunakan bakul rotan tersebut. Tetapi datuknya menyuruhnya mencuba lagi. Dengan patuh, sang cucu kembali ke sungai dan menceduk air dengan bakul tersebut. Dapat diceduk tetapi air dengan cepat keluar balik. Cucu tersebut berfikir,si cucu memutuskan untuk berlari sambil membawa bakul berisi air tersebut. Mungkin saja setibanya di rumah masih ada air yang tersisa di bakulnya.

Namun begitu bakul tersebut tinggal kosong ketika si cucu sampai rumahnya. Airnya sudah keluar sepanjang perjalanannya. Tidak menerima kegagalan, sang datuk tetap menyuruh si cucu untuk kembali ke sungai dan mengambil air dengan bakul rotan tersebut.

Berkali-kali cucunya berlari dari sungai menuju rumahnya sambil membawa bakul berisi air tersebut. Dia cuba berlari dengan lebih laju, namun hasilnya tetap sama: air sungai tersebut tak pernah sampai ke rumahnya, ke hadapan datuknya. Termengah-mengah, si cucu akhirnya berkata pada datuknya bahawa benar-benar mustahil mengambil air dengan bakul rotan tersebut.

Mendengar pernyataan cucunya, datuknya tersenyum. Ia mengajak cucunya duduk dekat. Lalu berkata,”Begitulah cucuku. Maaf membuatmu penat. Memang tidak ada air yang sampai kesini. Tapi lihatlah, adakah perubahan yang dapat kau lihat pada bakul tersebut?”

Si cucu memperhatikan bakul yang dibawanya tadi untuk pertama kali. Benarlah, ia memang tidak menyedari sebelumnya karena terlalu memikirkan cara bagaimana membawa air dengan bakul tersebut, tapi bakul yang tadinya hitam legam kerana arang tersebut sekarang sudah bersih, berwarna asli seperti rotan asalnya.

“Seperti itulah membaca Al-Quran,” ucap si datuk. “Mungkin masa ini kita belum faham ertinya, belum mengerti pengajarannya. Tapi tanpa kita sedari, ayat-ayat yang selalu kita lantunkan tersebut membuat hati kita bersih dari noda-noda kehidupan, dari buruknya sifat-sifat makhluk fana yang mungkin bersemayam dalam hati kita. Amalkanlah membaca Al-Quran cucuku, sebagai alat pembersih hati.”

Si cucu masih terduduk lelah dengan nafas sedikit termengah-mengah, namun ia mengangguk faham. Rasa ingin tahunya dapat jawapan yang memuaskan hatinya, ia mendapat sesuatu yang berharga hari itu.

Ya Allah bimbinglah hambaMU ini untuk selalu membaca Firman-firman- Mu setiap hari, timbulkanlah rasa rindu di hati ini untuk selalu mengkaji kitab-Mu. Aamiin.

Jom layannn ---> www.isuhangat. net

Monday, August 2, 2010

Pesanan ibu buat puterinya yang bakal berkahwin.

Pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.


Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

p/s : Semoga Allah temukan isteri buatku yang mempunyai 10 sifat di atas..Amin.

Friday, April 23, 2010

24 April 2010

" SELAMAT HARI LAHIR BUAT DIRIKU KE - 26."

SEMOGA ALLAH MERAHMATIKU DAN MEREDHAIKU.
MENERIMA SEGALA AMAL BAIKKU
MELINDUNGIKU DAN MEMELIHARAKU DARI SEGALA UJIAN.
KEPADA ALLAH KU SERAHKAN SEGALA PENGHARAPAN.

TERIMA KASIH DUHAI BONDA
HADIAH TIDAK TERHINGGA
MENGINGATKANKU DAN MENASIHATIKU
MENDIDIKKU TANPA JEMU
SEMOGA BONDA TABAH DAN CEKAL DALAM HIDUP

DUHAI ADIK-ADIKKU
DIRIMU KIAN DEWASA
TINGKAT USIA ABANGMU MENINGKAT JUA USIAMU
MOGA DIRIMU MATANG DALAM ARUS DUNIA

SAHABAT DAN KAWAN
TEMAN SEPERJUANGAN
MOGA BERSAMA MENITI KEJAYAAN
PAHIT MANIS DI RASAI BERSAMA

TERIMA KASIH ATAS UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR,DOA DAN HADIAH BUAT DIRIKU.

SEMOGA ALLAH MERAHMATI USIA KITA.
SENTIASA BERADA DALAM IMAN DAN ISLAM.

Thursday, April 8, 2010

CALON BADAN PENGURUS PMRAM 2010

Tuesday, April 6, 2010

Info Terkini dari BKAN JOHOR ( BKPJM )

1) Kursus Pra Perkahwinan



2) Majlis Perasmian Rumah Johor Rabaah
oleh Sultan Johor,Sultan Ibrahim Ibn Almarhum Sultan Iskandar.



Majlis Perasmian APJ4

Tarikh : 17 April 2010
Masa : 12 tengahari
Tempat : Asrama Pelajar Johor Rabaah
Pakaian : Lelaki - Kemeja, tali leher, seluar gelap, kasut gelap, kot atau blazer. Perempuan - pakaian gelap, tudung cerah.

Gotong-royong Majlis Perasmian APJ4

Tarikh : 15 & 16 April 2010
Masa : 8 pagi

Taklimat Protokol & Etika Perasmian APJ4

Tarikh : 16 April 2010
Tempat : Dewan APJ4
Masa : 7 malam

Blog Rasmi BKPJM : www.aljauhar.blogspot.com

Sunday, April 4, 2010

عالم علامة الدكتور علي جمعة مفتي الجمهورية

Syeikh Ali Goma'a adalah Mufti Besar Republik Arab Mesir. Beliau merupakan penguasa Sunni kedua tertinggi di Mesir selepas Syeikh Tantawi ( dulu ) , Syeikh Ahmad Toyyid , ahli bait Rasullullah S.A.W. ( sekarang ) dan adalah salah seorang daripada ulama terkemuka di dunia. Sebelum dilantik menjadi Mufti, beliau adalah seorang profesor undang-undang di Universiti Al Azhar. Syeikh Ali bertanggungjawab mengendalikan Dar Al-Ifta' Al-Masriyyah, iaitu sebuah lembaga kajian hukum Islam yang terkemuka, di bawah Jabatan Kehakiman Mesir, yang mana bertanggungjawab untuk meluluskan peraturan-peraturan rasmi agama. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau sila lawati AliGomaa.net.

Khutbah (1) dari Syeikh Ali Goma'a.





Khutbah (2) dari Syeikh Ali Goma'a.



Sumber : http://doaharian.blogspot.com/

Saturday, April 3, 2010

April Fool: Antara Barat dan Keparat

“Kawan saya ni memang hidup cara Barat. Biar pun baik hatinya, tapi akhirnya bercerai juga dengan isteri. Apa nasihat yang patut diberi kepada orang macam ni, ustaz?” tanya salah seorang hadirin dalam program ceramah saya.

“Hidup cara Barat itu tidak menjadi punca masalah, jika yang dimaksudkan itu ialah bercakap bahasa Inggeris, makan makanan Eropah atau berpakaian mengikut format orang sana,” saya cuba menyuluh perspektif.

Di Barat sendiri, jumlah mereka yang memeluk Islam cukup tinggi. Jika Islam bertentangan dengan Barat, tentu sulit untuk orang Barat menerima Islam.

“Maka apa yang diperlukan oleh sahabat tuan itu, ialah meninggalkan dosa-dosa yang dianggap Barat, serta menyuntik kesedaran tentang persoalan hidup ini untuk apa. Sebagaimana yang kita bincangkan sebentar tadi,” saya menyudahkan jawapan.

Seorang Barat yang memeluk Islam, akan terus bercakap bahasa Barat, makan makanan Barat, beribu bapakan orang Barat, beradik beradikkan manusia Barat, dan terus menjadi Muslim yang tulen di Negara Barat. Apa yang ditinggalkan hanyalah bahasa carut dalam kerosakan budaya Barat, makanan haram dalam hidangan Barat, dan mengenepikan perbezaan aqidah ibu bapa dan adik beradik dalam hubungan sosial. Itu sahaja.

Seseorang boleh menjadi moden tanpa perlu menjadi Barat. Seseorang itu juga boleh menjadi Barat tanpa perlu menjadi Keparat!

BARAT DAN KEPARAT

Ya, jika ahli politik seperti Ataturk keliru di antara proses modernisasi (modernization) dengan proses pembaratan (westernization), kita pula ramai yang keliru di antara Barat dengan Keparat.

Ramai yang cuba untuk meniru kehidupan Barat berubah menjadi Keparat. Malah kerana ‘yang mengikut’ selalunya lebih teruk dari ‘yang diikut’, kita menjadi lebih Keparat dari Barat. Entah kenapa, benda yang elok-elok dari Barat tidak hendak diikut. Yang busuk-busuk dan keparat itu juga yang didambakan.

Malah yang Kristian pun ramai juga yang keliru antara Kristian dan Barat. Kristian adalah agama yang lahir di Timur, tetapi ada pula yang bertaqlid dengan agama Kristian supaya ‘menjadi Barat’, malah memperalatkan agama Kristian untuk menjustifikasikan perbuatan keparat sesetengah mereka.

Kelemahan jati diri bangsa kita yang mengkeparatkan diri untuk kelihatan Barat, menyebabkan saya hilang upaya untuk mengulas tentang budaya April Fool. Tidak perlulah dibahas-bahaskan sangat latar belakang sejarahnya, mana yang betul, mana yang salah. Huraian tentang sejarah April Fool itu sendiri pun banyak yang fool.

Jelasnya ia fool!

Terungkap pada sabda Nabi SAW:



“Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Wednesday, March 31, 2010

General Information About Clicking on Nuffnang Ads

Dear Nuffnangers,

As you might already know, there are 2 different types of campaigns from Nuffnang: Metered (mCPM) Campaigns , which pay according to the number of visitors who see the ads; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.

It has come to our attention that certain groups have been committing click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog's owner. Do note that this act is an abuse of our Terms & Conditions under Section 6.

Banner ads are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, and not for the intention of earning extra money. Should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as we'll only be able to sell ad spaces on blogs with no click fraud record.

Our system is capable of tracking these illegal actions which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for committing this offence. However, as the number of bloggers who commit this selfish act has been growing in an alarming rate within our community, we're forced to be more vigilant and will take necessary action to ensure our other members of the community who do not engage in such act to suffer in the long run.

If you are aware of any of your friends or anyone who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly advise them to refrain from doing so, as bloggers who are caught engaging in click fraud activities will be punished severely, either by suspension or termination.

Thank you for your attention.

Seperti yang anda mungkin sudah tahu, ada 2 jenis kempen dari Nuffnang: meteran (MCPM) Kempen, yang membayar sesuai dengan jumlah pengunjung yang melihat iklan, dan Kos-Per-Klik (BPK) kempen, yang membayar blogger berdasarkan pada jumlah klik yang dihasilkan pada iklan.

Ia telah memperhatikan kami bahawa kumpulan-kumpulan tertentu telah melakukan penipuan klik, yang ditakrifkan sebagai mengklik iklan BPK sengaja hanya untuk menghasilkan pendapatan bagi pemilik sebuah blog. Apakah perhatian bahawa tindakan ini merupakan penyalahgunaan Keperluan & Syarat di bawah Bahagian 6.

Iklan Banner hanya seharusnya jika diklik pada penonton tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen iklan, dan bukan untuk tujuan mendapatkan wang tambahan. Jika situasi ini memburuk, frekuensi promosi iklan boleh dikurangkan secara signifikan kerana kami hanya akan dapat menjual ruang iklan di blog tanpa nota penipuan klik.

Sistem kami mampu menjejaki tindakan menyalahi undang-undang yang didokumentasikan dan jika perlu, akan digunakan sebagai bukti untuk keperluan undang-undang. Di masa lalu, Nuffnang telah diskors dan dilarang pelbagai individu dan kumpulan untuk melakukan pelanggaran ini. Namun, karena jumlah blogger yang melakukan tindakan egois telah berkembang dalam tahap yang membimbangkan dalam masyarakat kita, kita dituntut lebih waspada dan akan mengambil tindakan yang diperlukan untuk memastikan ahli lain kita komuniti yang tidak terlibat dalam seperti bertindak untuk menderita dalam jangka panjang.

Jika anda mengetahui adanya teman-teman anda atau siapa pun yang telah terlibat dalam tindakan seperti itu, kami sangat menghargai jika anda baik boleh cadangkan mereka untuk menahan diri dari melakukannya, sebagai blogger yang ditangkap terlibat dalam kegiatan pemalsuan klik akan dihukum berat, baik oleh penggantungan atau penamatan.

Terima kasih atas perhatian anda.


Cheers
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd

( Menerima maklumat ini di email )

Monday, March 29, 2010

Selamat Hari Lahir..Wahai Ibuku..

Marilah kita selami hati ibu...

Surat Seorang Ibu



Belaian Ibu



Doa Untuk Ibu



Mak..Selamat Hari Lahir yang ke-51..Pejam cilik,pejam cilik..kejap terasa masa berlalu..walaupun tgk muka mak nmpk awek muda..tpi usia mak dah msuk usia emas..Kejap kan mak?Banyak peristiwa pahit manis mak dah lalui..Anak2 mak pun dah besar panjang..Mak..seronok along bersama mak..selalu mak luangkan masa berbual2 dgn along..jdk bodygoud mak lak..hehehe..Selalu mak minta along tolong buatkn itu dan ini..tapi kebnykn along mengelakkan diri..huhuhu..xpatutkan mak..

Along minta maaf kat mak dah bnyk along buat mak sakit hati,terasa hati..tapi mak tetap cool..mak marah pun nak along berubah jdk org yg lbh baik..
Mak...terlalu besar jasa mak kat along..Along tau along bukan pandai dan pintar.. tpi mak berusaha berikan kenyakinan kat along..beri kata2 semangat kat along..mak tak putus asa memberi tumpuan kat along dlm pelajaran..bila along dpat keptusan baik..mak beri hadiah..makan special...seronok sgt2..hehe..
Walaupun along dah jauh di perantauan..mak msh snggup telefon along..mesej along...kerap kali ..tanya apa along buat...perihatin sgt mak kat along..dan anak2 mak yg lain..

Mak selalu kata buat kerja kita jgn buat kerja Allah..laksanakan tanggungjwb sbgai hamba Allah..selebihnya berserah pada Allah..itu la prinsip mak..
Selalu mak baca Al-quran mesti nangis..teringatlak masa along kecik2 dulu tak pandai2 baca quran pun nangis jgk kena rotan dgn mak..tpi dgn sbb mak rotan along la..along leh lancar baca bahkan leh ngjarkan kpd ank2 murid mak lak.

Mak..Along selalu jgk nangis kalu sebut pasal mak..sedang menaip ni pun along nangis jgk..Kenapa mak??Along bukan tu je..kalu tgk cerita2 sedih mesti keluar air mata..kadang2 dalam solat pun along nangis..mybe naluri along lebih pada mak kot..sebab tu mudah nangis..hehe.
Mak..Terima kasih bnyk2 yerk..doakan along tnpa jemu..tnpa mak tiadalah along di dunia ini..Moga mak sentiasa tabah hadapi ranjau kehidupan..Moga doa mak dimakbulkan Allah selalu..

" YA ALLAH AMPUNILAH DOSA IBUKU YANG TELAH MELAHIRKANKU DAN MEMBESARKANKU SEJAK DARI KECIL..JAUHILAH IBUKU DARI SEGALA MUSIBAH DAN KEMUDHARATAN..REDHALAH SEGALA AMAL BAIK IBUKU..TABAHKAN HATI IBUKU YA ALLAH...MENJADI IBU YANG MITHALI..PANJANGKAN USIA IBUKU DALAM IMAN DAN ISLAM..TETAPI ANDAI DIRIMU YA ALLAH MENGHENDAKI IBUKU..JADIKAN PEMERGIAN IBUKU SEBAIK-BAIK PEMERGIAN..TABAHKAN HATIKU DAN ADIK2KU UNTUK TERUSKAN KEHIDUPAN. "

Amin Ya Rabbal Ala min..

Sunday, March 28, 2010

Komik Mendidik.

Usaha Tangga Kejayaan



Wahai Pemuda



Luahan Hati



Jatuh dan Jatuh Lagi



Budaya Meminjam



Sumber dari : komik.dakwah.info

Saturday, March 27, 2010

Tokoh Falsafah Islam : Al-Razi.

Al-Razi merupakan seorang tokoh falsafah Islam yang banyak menimbulkan kontroversi dalam bidang ilmu falsafah. Sikap dan pemikirannya dikatakan cenderung kepada pemikiran dan teori ahli falsafah Yunani kuno seperti Plato. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan ahli falsafah muslim yang mengecamnya, mereka tidak setuju dengan sebahagian pendapatnya yang pro-platonisme.

Walau bagaimanapun, al-Razi tetap diletakkan dalam senarai ahli falsafah muslim yang terkemuka sehingga ke hari ini. Sumbangannya yang besar dalam bidang perubatan dan kimia sangat berharga kepada generasi selepasnya. Manakala dalam bidang falsafah, al-Razi memberi sumbangan besar dalam menghuraikan falsafah logik, metafizik, moral, dan kenabian dengan cara rasional dan harmoni. Oleh sebab itulah al-Razi terkenal sebagai seorang ahli falsafah yang rasional dan murni. Al-Razi atau nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi, lahir pada tahun 236H bersamaan 850M. Sesetengah pendapat mengatakan yang beliau lahir pada 1 Sya'ban 251H bersamaan 865M. Beliau anak kelahiran bum! Iran iaitu di Ray dekat Tehran merupakan seorang tokoh falsafah yang masyhur pada kurun ke-3 Hijrah.

Beliau pada zaman mudanya menjadi pemain gambus (rebab, rebana) sambil menyanyi, kemudian dia meninggalkan pekerjaan itu dan mempelajari bidang perubatan dan falsafah. Beliau belajar ilmu kedoktoran dengan Ali ibn Rabban al-Thabari (192 - 240H bersamaan 808-855M) dan belajar ilmu falsafah dengan al-Balkhi. Dalam masa yang sama beliau juga belajar matematik, astronomi, sastera, dan kimia.Semasa Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad menjadi Gabenor Ray, al-Razi diberi kepercayaan memimpin rumah sakit (hospital) selama enam tahun (290-296H bersamaan 902 - 908M). Pada masa ini juga al-Razi menulis buku al-Thibb al-Mansuri yang dipersembahkan kepada Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad. Kemudian al-Razi berpindah ke Baghdad atas permintaan Khalifah al-Muktafi (289 - 295H bersamaan 901 - 908M), yang berkuasa pada waktu itu.

Dalam menjalankan kerjaya kedoktoran, beliau dikenal sebagai seorang yang pemurah, sayang kepada pesakit-pesakitnya, dermawan kepada orang-orang miskin dan memberi rawatan kepada mereka secara percuma. Hitti menyifatkan al-Razi sebagai seorang doktor yang paling agung dalam kalangan doktor Muslim dan juga seorang penulis yang produktif.Kemasyhuran al-Razi sebagai doktor bukan sahaja di dunia timur, tetapi juga di barat; sehinggakan beliau telah digelar The Arabic Galen. Setelah Khalifah al-Muktafi wafat, al-Razi kembali ke Ray, dan meninggal dunia pada 5 Syaaban 313H (Oktober 925M).Para sarjana berpendapat bahawa al-Razi mengalami sakit mata dan kemudiannya buta pada penghujung hayat-nya. Al-Razi menderita akibat ketekunannya menulis dan membaca yang terlalu banyak.

Dalam dunia keilmuan, tradisi pro dan kontra tidak pernah luput sejak zaman dahulu bahkan sehinggalah ke hari ini. Demikianlah pada zaman al-Razi, beliau tidak terlepas daripada ditentang oleh para ilmuwan sezamannya.Penentang al-Razi yang dapat dikenal pasti oleh para sarjana dan ilmuwan Islam ialah Abu Qasim al-Balkhi. Beliau banyak menulis penolakan terhadap buku-buku al-Razi, terutama buku 'Ilm al'Ilahi. Begitu juga dengan Syuhaid ibn al-Husain al-Balkhi, beliau mempunyai banyak perbezaan dengannya al-Razi terutama tentang teori kesenangan. Teorinya tentang kesenangan itu dijelaskan dalam kitabnya Tafdhil Ladzdzat al-Na^s, yang ditulis kembali oleh Abu Sulaiman al-Mantiqi al-Sajistani dalam Siwan al-Hikmah.

Al-Razi merupakan antara tokoh yang produktif dalam lapangan penulisan. Hal ini terbukti dengan banyak hasil karya beliau ditemui termasuk yang telah hilang. Tidak kurang daripada 200 buah karangan termasuk buku, makalah, dan surat-surat telah dihasilkan oleh al-Razi dicatatkan para pengkaji. Karya-karya beliau banyak membincangkan persoalan falsafah, perubatan, sains, ketuhanan, al-Quran, ilmu kalam, bahasa Arab, fiqh dan usul fiqh, geometri, dan sejarah.Kemasyhuran al-Razi bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada dunia Islam malah ketokohan dan kepakaran beliau turut diakui oleh dunia barat. Hal ini terbukti dengan banyak karya-karya beliau telah menjadi rujukan dan panduan dunia barat terutamanya dalam bidang perubatan. Sehingga kini karya-karya al-Razi masih diguna.

Kitab al-Hawi (Liber Contines) merupakan sebuah ensiklopedia amalan perubatan terapeutik yang dihasilkan olehnya menjadi rujukan dunia Eropah. Minat yang mendalam dunia Eropah kepada karya agung yang seberat 10kg ini terbukti dengan penerbitannya beberapa kali sejak abad ke-12M lagi sehingga abad ke-17M.Penemuan al-Razi berkenaan sakit campak cacar tulen (smallpox) dan campak biasa (measal) turut menjadi bahan rujukan perubatan di dunia Barat malah turut diulangi penerbitannya beberapa kali sehingga abad ke-18M. Kedua-dua karya ini juga merupakan sumber kurikulum tradisional di kalangan para pengamal perubatan Islam.

Kitab al-Mansur (Liber medicinalis ad al Mansorem) juga karya agung al-Razi dalam dunia perubatan. Al-Razi telah menghasilkan buku ini ketika beliau di Khurasan di bawah pemerintahan Gabenor al-Mansur Ibnu Ishaq. Dalam buku ini terkandung 10 penemuan berkaitan tentang amalan sent dan sains perubatan. Buku ini dianggap satu karya beliau yang tulen dan mencerminkan kematangan dan kepakaran beliau dalam amalan perubatan moden. Dalam buku ini juga beliau menekankan betapa pentingnya cara pemeriksaan yang teliti sebelum membuat sesuatu kesimpulan tentang sesuatu penyakit. Satu falsafah yang terpenting dalam karya al-Razi ini ialah kebenaran dalam ilmu perubatan merupakan suatu yang amat sukar diperoleh dan walaupun banyak tersedia rujukan namun kurang juga nilainya sekiranya dibandingkan dengan amalan seorang doktor yang sentiasa menggunakan kuasa pemikiran dan logiknya.Al-Razi menentang sekeras-kerasnya amalan penipuan dan penyelewengan dalam amalan perubatan. Padanya penyakit jasmani tidak boleh dipisahkan dengan penyakit rohani. Oleh sebab itu, dalam merawatnya kedua-dua pendekatan iaitu rohani dan jasmani terus digemblengkan.

Al-Razi turut memberi sumbangan yang besar dalam bidang kimia dengan terhasilnya Kitab al-Asrar (The Book of Secrets). Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan merupakan sumber utama maklumat bahan kimia sehingga abad ke-14M. Antara lain kejayaan al-Razi dalam dunia perubatan ialah penemuan rawatan kepada penyakit cacar dan pengasingan alkohol dalam penghasilan antiseptik.

Sumbangan al-Razi dalam bidang falsafah tidak kurang hebatnya, dengan terhasilnya banyak karya tentang falsafah sudah cukup untuk membuktikan minat yang mendalam al-Razi dalam bidang falsafah. Karya beliau dalam bidang falsafah yang berjudul Al'Thib al-Ruhani merupakan karya teragung beliau dalam bidang falsafah. Karya ini berkisar tentang cara pengubatan penyakit jiwa dan pengubatan fizik yang menyembuhkan tubuh badan. Antara karya utama yang membincangkan persoalan falsafah ialah al-Sirah al'Falsafiyyah, Amarah al-lqbal aI'Dawlah, Kitab al-Ladzdzah, Kitab al-llmi al-Ilahi, Maqalah fi ma baid al'Thabiiyah, dan al-Syukuk 'ala Proclus.

Alt Sami al-Nasysyar telah mengesan sebanyak 97 buah buku yang telah dihasilkan oleh al-Razi yang merangkumi bidang-bidang al-Quran (tafsir) lima buah, Ilmu kalam 40 buah, Falsafah 26 buah, Bahasa Arab tujuh buah, Fiqh dan Usul Fiqh lima buah, Perubatan tujuh buah, Geometri lima buah, dan Sejarah dua buah. Brockelman seorang pengkaji biografi orientalis pula membahagikan penulisan tokoh ini kepada 13 bidang dengan hanya menemui 38 buah karya sahaja, antaranya History dua buah, Fiqh tiga buah, Quran tiga buah, Dogmatics 13 buah, Philosophy lapan buah, Astrology satu buah, Cheiromancy satu buah, Rhetoric satu buah, Encyclopedia satu buah, Medicine satu buah, Physionomy dua buah, Alchemy satu buah, dan Mineralogy satu buah.

Sumber : Islam GRID.

Friday, March 26, 2010

Bulan Rabi'ul Akhir

Pengertian

Jika Rabiulawwal bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiulakhir pula ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga.

Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum musim sejuk tiba. Selain dari Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.

Perlu diketahui bahawa itu adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya nama itu sudah wujud sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi dan setelah Rasulullah mendapati nama-nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah s.a.w mengekalkannya. Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu sendiri tidak ada perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman.

Cuaca, iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain sedangkan taqwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.

Kesimpulannya, Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Akhir

1. Peperangan - ada beberapa peperangan yang dicatat berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w yang berlaku di bulan Rabiulakhir diantaranya Peperangan Najran, Pengusiran kaum Yahudi Bani Nadir, Peperangan Al-Ghabah / Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.

2. Pengepungan Damsyik - pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan seterusnya membawa kepada pembukaan Damsyik.

3. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a meninggal dunia dan Saidina Umar Al-Khattab r.a di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua.

4. Peperangan Jamal - tahun fitnah dimana Saidatina Aisyah r.ha terheret dalam kancah peperangan menentang Khalifah Ali r.a.

5. Ramai sahabat-sahabat yang gugur syahid diantaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.

6. Imam Ghazali r.h meninggal dunia.

7. Ada pendapat yang mengatakan 27 Rabiulakhir adalah tarikh Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w (tarikh difardhukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diguna pakai di Malaysia ialah 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w.

Fadhilat

Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat di bulan Rabiulakhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.

Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita tak buat atau tak berkesempatan buat. Maka pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.

Disamping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.

Diantara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah saw sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat qabliah dan ba`diah, puasa Isnin / Khamis, sedekah, membaca Al-Qur`an dan lain-lain lagi.

Sumber : Al-Azim.com.

Thursday, March 25, 2010

Syeikh Ahmad Tayyib Syeikh al-Azhar Baru



Dr. Ahmad Toyyib merupakan Rektor Universiti Al-Azhar adalah Syeikhul Azhar yang ke-43 dilantik menggantikan Al-Marhum Syeikh Dr.Mohammad Sayyid Tantawi yang meninggal dunia di Arab Saudi.Pelantikan dibuat oleh Presiden Mesir Muhammad Husni Mubarak pada 19 Mac 2010.

Dr.Ahmad Toyyib berusia 66 tahun, dilahirkan di wilayah Luxor merupakan graduan Universiti Al-Azhar, Kuliah Usuluddin Kaherah pada tahun 1966. Beliau dilantik sebagai mufti negara Mesir pada tahun 2002 dan 2003 kemudian sebagai Rektor Universiti Al-Azhar hingga kini.Beliau merupakan pemegang Ijazah Ph.D bidang Akidah dan Falsafah daripada Universiti Al-Azhar sejak tahun 1977.

.....................................................................................

Mubarak names Ahmed elTayyip Grand Imam of alAzhar

Friday, 19 March 2010

Cairo- Egyptian President Hosni Mubarak issued Friday a presidential decree appointing Ahmed el-Tayyip as the Grand Imam of al-Azhar.

Ahmed el-Tayyip was serving as al-Azhar University President. Late Grand Imam of al-Azhar Mohamed Sayyed Tantawi breathed his last earlier this month in Riyadh.

Al-Azhar institution, which includes a 10th century mosque, a university and several affiliated schools, is Sunni Islam's highest seat of learning. Its role is to propagate Islamic teachings and culture around the world.

"I want to express my deep appreciation of the trust bestowed on me by President Hosni Mubarak," Tayeb told the MENA news agency by telephone from his home town of Al-Qurna.

The grand imam of Al-Azhar has been appointed by presidential decree since 1961 and the institution receives most of its funding from the state, opening up the post to criticism of being too close to the government.

Tayeb is known for his tough stance against the Muslim Brotherhood, Egypt's largest and most organised opposition group, which remains officially banned despite popular support.

In 2006, he condemned a military-style parade by Brotherhood students at Al-Azhar University in which they wore black facemasks "like Hamas, Hezbollah and the Republican Guard in Iran," he said at the time.

Born in 1946, Tayeb joined an Al-Azhar affiliated school at the age of 10.

He has spent more than 40 years at the institution, receiving a PhD in religion and philosophy from al-Azhar university in 1977 before becoming a faculty member and then dean of the philosophy department.

Tayeb has been in charge of the al-Azhar university since 2003 and was Grand Mufti, Egypt's highest religious legal authority, from 2002 to 2003.

Sumber : Al-Ahkam.net

'Kenanganku Bersamamu' dalam KamiBlogger Biggest Contest

Contest KamiBlogger Biggest Contest merupakan penyertaan pertama saya dalam dunia blogging.Asalnya ini telah saya ketahui hujung bulan 2,tetapi ketika itu tidaklah berminat mengambil tahu berkemungkinan merasakan diri masih baru dalam bidang blog..lebih berminat menjadi pemerhati sahaja.

Saya datang kembali ke web fcucommunity setelah menerima undangan dari KakNgah untuk komen di entri beliau yang ada kaitan dengan contest ini.Minat mula datang apabila dapat memahami syarat-syarat dan langkah-langkah yang diberikan.Perasaan mula berkobar-kobar untuk menyertainya lebih-lebih lagi hanya melibatkan pengumpulan mata dengan menjawab soalan.Akhirnya saya mengalami keputusan menyertainya pada 7/3/2010.

Saya memulakan dengan menjawab soalan contest day 2 kerana merasakan soalan ini agak mudah.Alhmdulillah,berjaya mendapatkan 100% dengan sekali percubaan.Dengan berbekalkan kejayaan pertama,saya teruskan langkah menjawab contest day 1.Setelah bertungkus lumus memahami dan mencari jawapan akhirnya dengan 3 kali percubaan saya berjaya mendapatkan 100%.Alhamdulillah,syukur sangat-sangat..hehe..Sepanjang saya menjawab setiap soalan,contest day4 adalah mata yang paling rendah saya terima.Soalan-soalannya agak sukar untuk saya fahami berkemungkinan masih baru dalam mencari jawapan yang tepat dan percubaan hanya sekali sahaja.

Pelbagai soalan diberikan yang terbahagi kepada 3 bahagian utama..A,B dan C.Bahagian A merupakan Soalan Utama dalam 7-9 soalan dengan point sekitar 16-18 mata sehari dari 1-20/3 yang berkisar tentang website para penaja.Bahagian B pula,merupakan Soalan Bonus yang berkisar tentang fakta Malaysia,general knowledge,soalan-soalan dari para peserta dan Iq test.Manakala bahagian C,tugasan utama yang berkaitan tentang memberi cadangan,membuat soalan,tag,meletakkan banner di blog dan mengutarakan pandangan.

Banyak perkara baru yang saya terima antaranya dapat mengenali penganjur,dapat mengetahui tentang produk-produk yang dijual oleh para penaja,dapat kenali apa itu tag dan cara melaksanakannya,dapat tambah kenalan dan tidak kurang menarik ialah dapat mengajak kawan-kawan yang tidak sertai contest ini untuk menyertainya dalam perlaksanaan tugasan 6.Membuat entri di blog,memaklumkan di ym dan mengiklankan di facebook dan friendster.Akhirnya berjaya juga mendapat tempat ke-3 peserta vote tertinggi..hehehe..Alhamdulillah..Terima kasih kepada yang mengundi saya.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Bukan mudah sebenarnya untuk menarik minat orang lain sertai kuiz.Perasaan putus asa pasti muncul andaikata tanpa disertai dengan kesabaran yang tinggi dan cekal.Begitulah kehidupan perlukan usaha dan pengorbanan.Insyallah kejayaan akan terserlah jua akhirnya.Saya 'tabik' kepada Johan contest ini tanpa jemu berusaha untuk memastikan jawapan betul dan tepat serta kekal di ranking teratas.Begitu juga 4 peserta pesaingnya.Sudah nampak menyerlah sejak dari 15/3 lagi.Target saya hanya ingin kekal di ranking ke-6 apabila mendapati untuk dapat top 5 sukar dimiliki tetapi merasa 'cemas' apabila peserta yg mendapat tempat ke-7 contest ini sentiasa memberikan persaingan.Alhmdulillah tidak di sangka target tercapai jua hanya memisahkan 1 mata sahaja.Persaingan itu perlu untuk sentiasa memastikan diri membuat yang terbaik.

Akhir sekali,saya mngucapkan sekalung penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada penganjur yang telah menjalankan tanggungjawab dengan jayanya..Terima kasih kepada para penaja atas hadiah-hadiah yang diberikan..Tahniah kepada semua para pemenang..Syabas kepada para peserta terutama kepada yang ditag untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan..Terima kasih jua kepada yang sudi komen kat entri saya berkaitan contest ini dan soalan berkaitan sebatan..Semoga ukhuwah berkekalan.

"KEJAYAAN MILIK BERSAMA"

Wednesday, March 24, 2010

Hadiah Tempat Ke-6 Kamiblogger Biggest Contest

Sepasang Kasut Wanita bernilai RM59 tajaan Shopperlicious




( Kemungkinan salah satu kasut di atas )

1 pcs Busha Legging bernilai RM18 tajaan BabykidsLove




Satu
set produk fcumiracle bernilai RM75 tajaan fcumiracle

Pembersih muka all in one yang berkesan untuk mencerah & menghaluskan kulit dari gabungan 99 buah-buahan,sayur-sayuran,ulam-ulaman & herba terpilih dari 99 Kepulauan Langkawi... rasailah perubahan kulit anda walaupun pertama kali menggunakannya...anda pasti jatuh hati...

Ninety Nine Face sangat berkesan untuk:-

- Semua jenis kulit. - Mengecutkan jerawat dan memudarkan parut. - Menghaluskan dan melicinkan kulit. - Memudar dan menghilangkan jeragat. - Mencerah secara semulajadi dan sekatakan warna kulit. - Menegangkan kulit wajah dan awet muda. - Mengurangkan dan menghilangkan gatal-gatal kulit akibat resdung. - Mengecilkan pori-pori kulit muka. - Menjadikan kulit bersih dan berseri. - Mengurangkan minyak dan melembabkan wajah. - Membuang sel kulit mati.

HADIAH-HADIAH INI KHAS BUAT IBUKU SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRANNYA PADA 29/03 INI.

KEPUTUSAN PEMENANG KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST

TAHNIAH!!

Hadiah Khas 1
mzhany

Hadiah Khas 2
wwwkepelbagaiangubahan

Hadiah Khas 3
plethoraaien

Hadiah Penerima Komen Terbanyak Untuk Entri Contest
aslindaa

Hadiah Entri Paling Kreatif
fiverul

Hadiah Soalan Utama Terbaik
hanyatandas

Johan
happinessisreachable

Naib Johan
murnihati

Tempat Ketiga
ieyra


Tempat Keempat
paraparapets

Tempat Kelima
mieran_87

Tempat Keenam
razialong

Tempat Ketujuh
mabukloveacustic

Tempat Kelapan
kinsyakrn

Tempat Kesembilan
ceriterawanitakini

Tempat Kesepuluh
maisarahmazhar

Tempat Kesebelas
ienaeliena

Tempat Keduabelas
oneloveintwohearts

Tempat Ketigabelas
trexmakancicak

Tempat Keempatbelas
shop4islam

Tempat Kelimabelas
mwdah

Tempat Keenambelas
cicakgirls

Tempat Ketujuhbelas
missteletybes

Tempat Kelapanbelas
jom2shopping

Tempat Kesembilanbelas
mrsyuko

Tempat Keduapuluh
jajaon9shoppe

KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD

TERIMA KASIH KEPADA
PENGANJUR DAN PARA PENAJA
MENGADAKAN CONTEST INI
DENGAN JAYANYA

TAHNIAH KEPADA SEMUA PARA PEMENANG
SYABAS KEPADA YANG TELAH MENYERTAI

"KEJAYAAN MILIK BERSAMA"


Jaamiah Al-Azhar As-Syarif


Copy this code to your website to display this banner!