
Imtihan syafawi adalah merupakan peperiksaan lisan dari madah-madah utama kuliah.Semester ini,madah Quran dijalankan untuk semua kuliah.Justeru itu,semua Mahasiswa dan Mahasiswi dari wafidin(bukan orang Mesir) dikehendaki menghafal 2 juzuk kecuali terdapat juga dari cawangan Universiti Al-Azhar di Iskandariah dikehendaki menghafal dari surah-surah pilihan.
Bagi pengajian Tahun 1,dikehendaki menghafal bermula ayat 1-252 dari surah Al-Baqarah(Juzuk 1-2).Tahun 2,bermula dari ayat 253 Surah Al-Baqarah sehingga ayat 22 surah An-nisa'(juzuk3-4).Tahun 3 pula,bermula dari ayat 23 surah An-Nisa' sehingga ayat 82 surah Al-Mai'dah(juzuk 5-6).Manakala Tahun 4,bermula ayat 83 surah Al-Mai'dah sehingga ayat 88 surah Al-A'raaf(juzuk 7-8).Walaupun begitu,bagi yang berjaya naik ke Tahun 2 dan seterusnya,dikehendaki mengulang hafalan dari Tahun yang sebelumnya.Ini bermakna Tahun 2 ,mesti menghafal 4 juzuk dari juzuk 1-4.Tahun 3,6 juzuk.Manakala Tahun 4,8 juzuk.
Imtihan Tahalluf pula merupakan peperiksaan bagi mereka yang membawa 2 atau 1 madah yang gagal dari Tahun sebelumnya.Peperiksaan ini hanya melibatkan mereka yang telah berada di pengajian Tahun 2,3 atau 4 dan mendapat keputusan dengan takdir manqulain(bawa 2 madah) atau manqul ( bawa 1 madah) ataupun bagi mereka yang mengalami I'adah atau Istisna' dengan membawa madah-madah Tahalluf.
Sebagai Maklumat,penuntut Mustajid atau Mustajidah adalah mereka yang baru kali pertama berada di pengajian Tahun 1,2,3 atau 4.Penuntut I'adah pula bermaksud mereka yang masih kekal di Tahun pengajian dengan gagal lebih dari 2 madah dan hanya perlu menduduki peperiksaan madah-madah yang gagal sahaja.Manakala penuntut Istisna' adalah mereka yang berada di pengajian Tahun 1,2,3 atau 4 kali ke 3.
Universiti Al-Azhar telah memberikan peluang kepada setiap Mahasiswa dan Mahasiswi dari wafidin untuk berada di pengajian Tahun 1 selama 3 tahun,pengajian Tahun 2 selama 3 Tahun,pengajian Tahun 3 selama 5 Tahun dan Pengajian Tahun 4 selama 5 Tahun.Walaupun begitu bagi Penuntut Tahun Akhir boleh berada di Tahun tersebut seumur hidup dengan disyaratkan madah-madah yang gagal tidak melebihi 5 subjek.
Manakala imtihan Tahriri pula merupakan peperiksaan bertulis yang menelan masa menjawab selama 2 atau 3 jam.Peperiksaan ini hanya dijalankan dalam bentuk soalan subjektif yang mengandungi sebanyak 4-5 soalan utama.Peperiksaan ini amat penting bagi setiap Penuntut Universiti ini disebabkan peperiksaan ini adalah penentu kejayaan atau kegagalan dalam madah-madah yang diambil.
Satu lagi imtihan yang dijalankan di Universiti ini peringkat B.A iaitu imtihan Tasfiah.Merupakan peperiksaan bagi Mahasiswa dan Mahasiswi Tahun Akhir yang gagal 2 atau 1 madah.Peperiksaan ini dijalankan penghujung sesi tahun tersebut.