“ Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya ..” ( Riwayat At-Tirmidzi)

Followers

Follower yang ke -100 Syed Azaharul

Sunday, January 31, 2010

Syukur dan Tawakkal

Peperiksaan di Universiti Al-Azhar fasal 1 sesi 2009/2010 bakal melabuhkan tirainya pada minggu ini.Dikategorikan sebagai peperiksaan musim sejuk yang saban tahun di rasai oleh setiap penuntut ilmu di Universiti Tertua alam ini.

Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian ke hadrat ilahi berakhirlah sudah peperiksaanku pada fasal 1 ini.Peperiksaan yang menjadi jaminan samada lulus ataupun gagal.Tempat menguji sejauh mana kemampuan dalam menguasai pembelajaran.Sudah pasti menjadi salah satu penentu aras dalam kehidupan di masa hadapan yang mana perjalanan dunia yang memerlukan sijil dan kelulusan untuk mengisi ruang pentadbiran duniawi.

Walaupun begitu,sedia dimaklumi bahawa rezeki,jodoh pertemuan,ajal maut semuanya adalah di atas ketentuan ilahi..Apa yang perlu dan mesti kita lakukan sebagai Hamba Allah..melakukan sebaik mungkin apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang di larang..berusaha,berikhtiar,berdoa dan bertawakkal kepada-Nya.

Selagi kita hidup di dunia ini selagi itulah peluang masih terbuka melalui pertunjuk ilahi.Marilah kita merebut peluang yang diberi oleh Allah s.w.t sebelum ianya pergi..Hidup sebelum Mati..Muda sebelum Tua..Sihat sebelum Sakit..Kaya sebelum Miskin..Luas sebelum sempit.

Sebaik-baik penyerahan hanya kepada Allah s.w.t.dengan bersangka baik di atas qadha dan qadar seterusnya menjadikan redha di atas ketentuan-Nya.Katakanlah..Bismillahi tawakkaltu a'llahi..la hau la wala quw wata illa billahi..Dengan Nama Allah..Aku bertawakkal kepada Allah..Tiada Daya dan Upaya melainkan Allah segala kekuatan.

Semoga Allah s.w.t memberi daku kekuatan dan ketabahan dalam meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu dan mendalaminya..Semoga kejayaan mengiringiku dan sahabat-sahabatku yang sama-sama belajar di bumi Anbiya' Ardul Kinanah..Buat yang mendoakan kejayaanku jazakallahu hairan jaza'..semoga dirimu jua sentiasa di rahmati Allah dunia dan Akhirat.

No comments:

Jaamiah Al-Azhar As-Syarif


Copy this code to your website to display this banner!