“ Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya ..” ( Riwayat At-Tirmidzi)

Followers

Follower yang ke -100 Syed Azaharul

Tuesday, February 2, 2010

Kenali Ahli Sunnah Wal Jama'ah

oleh Yulian Purnama.

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam telah menyatakan:

“Telah berpecah kaum Yahudi menjadi tujuh puluh satu golongan ; dan telah berpecah kaum Nashara menjadi tujuh puluh dua golongan; sedang umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan, semuanya akan masuk neraka kecuali satu. Maka kami-pun bertanya, siapakah yang satu itu ya Rasulullah? ; Beliau menjawab: iaitu orang-orang yang berada pada jalanku dan jalannya para sahabatku di hari ini” [HR. Tirmidzi].

Namun lihatlah, Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam mengkhabarkan bahawa ada 1 golongan yang selamat dari perpecahan iaitu orang-orang yang beragama dengan menempuh jalan Islam sebagaimana jalan Islam yang ditempuh oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam dan para sahabatnya pada masa itu. Dari sinilah muncul istilah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Maka dalam kitab Ushul Aqidah Ahli Sunnah, Syaikh Soleh Al Fauzan hafizhahullah menjelaskan bahawa Ahli Sunnah Wal Jama’ah dapat dikenal dengan dua keadaan:

1.Ahli Sunnah berpegang teguh terhadap sunnah Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam, berbeza dengan golongan lain yang beragama dengan berdasar pada akal, perasaan, hawa nafsu, taqlid buta atau ikut-ikutan saja.

2.Ahli Sunnah mencintai Al Jama’ah, iaitu persatuan ummat di atas kebenaran serta membenci perpecahan dan semangat kekelompokan (hizbiyyah). Berbeza dengan golongan lain yang gemar berkelompok-kelompok, membawa bendera-bendera hizbiyyah dan bangga dengan label-label kelompoknya.

Ringkasnya, Ahli Sunnah Wal Jama’ah adalah orang-orang yang mengikuti sunnah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam dan para sahabatnya, dan dalam memahami dan mengikuti sunnah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam tersebut mereka meneladani praktik dan pemahaman para sahabat, tabi’in dan orang yang mengikuti mereka. Dan makna ini sesuai dengan apa yang disebutkan oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam tentang satu golongan yang selamat pada hadits di atas: ”iaitu orang-orang yang berada pada jalanku dan jalannya para sahabatku dihari ini”.

Secara ringkas,Imam Ahmad menjelaskan tentang pemahaman Ahli Sunnah Wal Jama’ah diantaranya adalah:

* Beriman kepada takdir Allah,
* Beriman bahwa Al Qur’an adalah Kalamullah (perkataan Allah), bukan makhluk dan bukan perkataan makhluk,
* Beriman tentang adanya mizan (timbangan) di hari Kiamat, yang akan menimbang amal manusia,
* Beriman bahwa Allah ‘Azza Wa Jalla akan berbicara dengan hamba-Nya di hari Kiamat,
* Beriman tentang adanya azab kubur dan adanya pertanyaan malaikat di dalam kubur,
* Beriman tentang adanya syafa’at Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bagi ummat beliau
* Beriman bahawa Dajjal akan muncul,
* Beriman bahawa iman seseorang itu tidak hanya keyakinan namun juga mencakupi perkataan dan perbuatan, dan keimanan naik dan turun,
* Beriman bahwa orang yang meninggalkan solat dapat terjerumus dalam kekufuran,
* Patuh dan taat pada penguasa yang muslim, baik soleh mahupun fajir (banyak bermaksiat). Selama ia masih menjalankan solat dan kepatuhan hanya pada hal yang tidak melanggar syariat saja,
* Tidak memberontak kepada penguasa muslim,
* Beriman bahawa tidak boleh menetapkan seorang muslim pasti masuk surga atau pasti masuk neraka,
* Beriman bahawa seorang muslim yang mati dalam keadaan melakukan dosa tetap disolatkan, baik dosanya kecil atau besar.

Semoga Allah Ta’ala sentiasa menunjukkan kita kepada jalan yang lurus, iaitu jalan yang ditempuh oleh orang-orang yang diberikan nikmat, bukan jalannya orang-orang yang dimurkai dan orang-orang tersesat.

No comments:

Jaamiah Al-Azhar As-Syarif


Copy this code to your website to display this banner!