Doa ini ditujukan kepada 2 mempelai yang baru sah di ijabkabulkan menjadi sepasang suami isteri.Anda boleh saksikan dalam filem Ketika Cinta Bertasbih 1 menyaksikan Azam bersalaman dengan Furqan di iringi doa pada majlis perkahwinan Furqan dan Anna Athofunnisa'.Siapa belum menonton filem ini di harap sudi menontonnya..Banyak pengajaran yang boleh di ambil..Terutama kepada yang mahu bercinta dan menemui jodoh atas landasan ilahi.
Jom kita layan lagu ini yang di nyanyikan oleh Maher Zain..Di tujukan buat sahabat-sahabat dan teman-teman yang selamat bergelar suami mahupun isteri.Doakan semoga diri ini bakal menempuh alam perkahwinan jua bagi menurut tuntutan islam sebagaimana Rasullullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Wahai golongan pemuda sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu hendaklah ia berkahwin kerana ianya boleh menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mempunyai kemampuan hendaklah ia berpuasa kerana puasa memjadi pelindung kepadanya”.
[HR Al-Bukhari]
Sabda Rasullullah s.aw. lagi :
“Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi”.
[HR Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab, dinilai “Hasan” dalam Sahih Al-Jami’]
Semoga kita di berkati Allah dunia dan akhirat.
Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, seorang pelajar terlebih dahulu hendaklah mengkaji keadaan atau zuruf yang sesuai. Sebagai pelajar adalah perlu mengambil kira masa dan tempat belajar, agar ianya tidak mengganggu proses pembelajaran dan ‘tahsilul ilmi’ yang bermanfaat. Serta jangan menjadikannya suatu alasan untuk melarikan diri dari tanggungjawab Jangan kerananya kita berada di dalam masyarakat yang hidup liar dan bebas kerana sudah pasti perkahwinan merupakan suatu wasilah untuk menyelamatkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat.
Mereka yang telah melaksanakan sunnah ini hendaklah bersabar dalam menghadapi karenah pasangan masing-masing. Bagi yang hidup berjauhan pula, bersabarlah atas perpisahan yang sementara ini, jangan kerana suami/isteri kita mengabai dan meninggalkan pelajaran. Manakala seorang pendakwah pula hendaklah lebih gigih lagi dalam kerja dakwahnya, jangan menjadi orang yang gugur (al-mutasaqit) dari
Allah swt telah mengingatkan kita melalui firmannya yang bermaksud:
{Wahai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isteri mu dan anak-anak mu ada yang menjadi musuh bagi mu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka, dan jika kamu maafkan, tidak memarahi dan mengampunkan (mereka) sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya harta mu dan anak-anak mu hanyalah cubaan fitnah bagimu dan di sisi Allah pahala yang besar.} [At-Taghabun: 14-15].
Akhirnya sentiasalah kita berdoa dengan doa yang di ajar oleh Allah:
ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما.
Dan doa yang di ajar oleh Abdullah Bin Mas ‘ud ra kepada para syabab:
أللهم أرزقني امراة إذا نظرتُ إليها سرَّتني، وإذا أمرتُها طاعتني،
وإذاغِبت عنها حفظت غيبي في نفسها ومالي.
Maksudnya: “Wahai Tuhan, rezekilah kepadaku isteri yang apabila aku memandang kepadanya akan menggembirakanku, apabila aku menyuruhnya (melakukan sesuatu) dia akan taat kepadaku, apabila aku tidak ada dia akan menjaga kehormatan dirinya dan hartaku”.
[Sumber: Majalah “Suara Madinah” 1415H-1994].
( Cetusan: Target nak kahwin 2011 ketika umur dah 27 tahun..hmm..apa pun sedaya upaya untuk dapatkan degree dahulu lepas tu kerja baru kahwin..terasa tenang sikit..tak lah beban sangat nanti..ye tak?hehe..)
3 comments:
selamat menghadapi hari bahagia incek razi.. walaupun lambat tahun depan. saya bagi wish awal lah.. huhuhu..
lagu best gak..
hehe.kita sama umur.target pun lebih kurang.insyaallah.
yep..setuju dengan anda..papehal pun habiskan belajar, then kerja dulu baru kawin. :)
Post a Comment