“ Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya ..” ( Riwayat At-Tirmidzi)

Followers

Follower yang ke -100 Syed Azaharul

Thursday, December 31, 2009

Kenanganku 2009

Peristiwa lalu,kini dan akan datang pasti berlaku buat kita selagi hayat ada..bahkan sehingga di akhirat nanti..peristiwa alam ghaib tentang alam syurga dan neraka pasti berlaku..tempat abadi buat selama-lamanya.

Peristiwa yang lalu menjadi kenangan abadi samada yang manis mahupun pahit..Sudah pasti kenangan manis menjadi penyeri di masa hadapan,manakala kenangan pahit menjadi pengajaran berguna dalam kehidupan..Begitula asam garam kehidupan...Oh,kenangan! mengimbau sejarah lalu...

Kenanganku sepanjang 2009 setelahku analisis masih dalam proses untuk mengenal diri.Masih banyak lagi kelemahanku yang perluku dapati di masa hadapan..Bermula dengan imtihanku fasal 1 sesi 2008 / 2009 pembuka cabaranku di awal tahun 2009..Gelora perasaan akibat gangguan naluri hati...sentiasa membelenggu diriku..tapi ku tapisi dengan pengisian rohani dengan ikuti kelas pengajian Al-quran dengan syeikhku Abdul Azim Syaaban dan mempelajari serta menjual kuih semprong warisan dari ust Rosni ( mantan housemateku )sedikit sebanyak telah mengubat hatiku.

Minatku pada membuat kuih semprong mencetus fanomena dalam diriku bahawa bila ada minat dan kenyakinan apa-apapun boleh terlaksana...Syukur alhamdulillah..Sekarang tahapku memasak masakan bolehla setaraf dengan masakan housemateku yang lain..hehe..
Mengajiku bersama syeikh telah banyak mendidikku bacaan dengan sebutan yang betul mengikut lahjah arab..mengenal hukum-hukum tajwid dan sifat-sifat huruf..kejayaan syeikhku menerbitkan 5 buah buku berkaitan ilmu quran dan tajwid dengan kerjasama housemateku Syafiq banyak membantu diriku dan kawan-kawanku yang mengaji dengan beliau.

Imtihan fasal 2 ku 2009 bermula seawal bulan 5,mengujiku dengan hafazan quran 3 juz,khitabah dan madah-madah lain.Peperiksaan yang menemukan aku bersama-sama dengan 4 sekawanku yang masih setia..Musa,Alias,Fadhil dan Zaki...(Tahun 2010 kita naik tahun 4 sama-sama ye)..Insyallah...bitaufiq wannajah...

Bestnya dapat balik tanahair..pada tahun ini buat kali ke-3 dapatku balik ke malaysia dengan tanpa rancangan awal..hanya dengan kalam ibu kalau along dapat tiket 27/6 baiklah untuk along balik...sedangkan kalam tu ibuku kata seminggu dari tarikh tu dalam keadaan kawn2 yang lain telah tempah dari sebelum exam..Egyptair flight returnku.

Bermula episodku bercuti di kgku yang dah bertukar daerah dari muar kepada ledang..dari pekan bukit gambir ke bandar baru bukit gambir..perubahan berlaku sedikit sebanyak menaikkan taraf hidup penduduk di kawasanku..antara keperluan dan kemahuan??..huhuhu...Mengajarlah jadi pilihanku..tanpaku sangka Sek.Men Arab Shamsudiniah sudi menerimaku untuk kali ke-2 mengajar di situ..Jazakallahu Khairan Jazak buat pengetua Ust Samsi,Ust Lokman serta seluruh guru dan pelajar2 yang sudi menerimaku seadanya..

Bersama ibu dan adik-adik serta pak usu aku,membawa detik2 kasih dan sayang,gurau dan tawa, nasihat dan peringatan, tarbiah dan saranan...Sayang along kat semua...tanpamu tak cerialah kehidupanku...tahniah buat ibu,menjadi guru besar dan ketua penyelaras darjah khas di sek.agama kundang ulu...Angahku berkhidmat pula di sek agama bkt banjar selain bakal menamatkan pengajian di maktab perguruan islam bangi hujung tahun ini..udaku yang dapat berkerja kontrak di sime darby, pasir gudang dan memiliki kereta waja auto..second je dpt murah kata mak..manakala adik bungsu perempuanku yang belajar di form 2, Maahad Pontian..menunggu keputusan SMRA bulan 2 tahun 2010..moga adik najah cemerlang ye...last..pak usuku yang dah ade sekolah..belajar jgk tu walau umur dah 40 tahun..org istimewa kekal syurga buatnya..Maaf kat along kalu marah2 usu yerk..syg usu..along aji gelaranku diberi oleh pak usu..hehe..

Tarikh 1/11/2009...banyak yang ku terima pada hari itu...ucapan,hadiah,kenalan,saranan dan lain2...syukran buat ibu yang bersusah payah beserta mak longku dan tok sitam n semua yang mmbntu..
Tarikh 4/11/2009 ku kembali ke bumi mesir bagi meneruskn pembelajaran....Doaku semoga Allah memberikanku kejayaan dalam mendpatkan segenggam ijazah di Universiti Al-Azhar..

Itula kenangan manisku manakala kenangan pahitku lak biarla hanya untukku je...yang baik tu datang ye dari Allah dan yang buruk tu jua datang ye dari Allah..tapi hakikatnya manusiala di beri pilihan...sumber telah ade...idola pn ade...Al-quran n Sunnah...Rasullullah s.a.w. ikutan spnjg zaman..wallahua'lam..

2 comments:

Idalara said...

manisnya kenangan rasa nak menitis airmata membaca kisah Razi(teringat baca novel salju sakinah dan ayat2 cinta)..alhamdulillah mudah2 berjaya mencapai segenggam ijazah..dan menjadi pendakwah satu hari nanti..insyaallah..sejuk rahim ibu yg mengandungkan anak2 seperti razi dan adik2.

Mohd Fakhrurrazi Bin Mohd Subari said...

syukran..smoga akak jua sentiasa meniti kenangan manis dalam kehidupan.

Jaamiah Al-Azhar As-Syarif


Copy this code to your website to display this banner!