- Merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran islam.
- Sejenis kalendar Qumari (berasaskan bulan) bagi menentukan masa ibadat.dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.
- Bulan Muharam adalah bulan pertama dalam sistem takwim Hijrah.
- Takwim Hijrah mula dipraktikkan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w pada tahun ke-17 Hijrah.
- Hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khattab Radiyallahu `anhu sebagai pencipta takwim hijrah.
Sejarah:-
- Sebelum kedatangan Islam dan semasa hayat Rasulullah s.a.w. takwim yang digunakan ialah sistem takwim Qamari yang merujuk unit tahun kepada peristiwa besar seperti Tahun Gajah merujuk kepada tahun peristiwa tentera bergajah menyerang Kaabah.
- Keadaan ini berterusan sehinggalah selepas berlakunya peristiwa hijrah al-Rasul saw ke Madinah al-Munawwarah, dalam bentuk tidak diberikan tarikh-tarikh dalam bentuk bilangan dalam setiap tahun
- Maka 10 tahun selepas hijrahnya Nabi saw ke Madinah sehinggalah kewafatan baginda diberikan nama-nama seperti berikut:-
1. Tahun pertama (hijrah) dikenali sebagai al-Izn (الإذن)
2. Tahun kedua (hijrah) dikenali sebagai al-Amr (الأمر)
3. Tahun ketiga dikenali sebagai al-Tamhish (التمحيص)
4. Tahun keempat dikenali sebagai al-Turfiah (الترفئة)
5. Tahun kelima dikenali sebagai al-Zalzal (الزلزال)
6. Tahun keenam dikenali sebagai al-Isti’nas (الاستئناس)
7. Tahun ketujuh sebagai al-Istighlab (الاستغلاب)
8. Tahun kelapan sebagai al-Istiwa’ (الاستواء)
9. Tahun kesembilan sebagai al-Bara-ah (البراءة)
10. Tahun kesepuluh sebagai al-Wada’ (الوداع)
- Keadaan ini berterusan sehinggalah dizaman pemerintahan ‘Umar Ibn al-Khattab r.a. timbullah keperluan bagi sebuah negara Islam yang luas empayarnya untuk memiliki kalendar yang khusus.
- Berlaku peristiwa semasa beliau menjadi khalifah yang kedua, seorang gabenor, Abu Musa menerima
- Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada beliau, ada yang mencadangkan kelahiran Rasulullah, ada pula mencadangkan kebangkitannya menjadi Rasul dan ada pula yang mencadangkan tahun kewafatan baginda.
- Sayidina Umar telah menerima cadangan yang menjadikan tahun Rasulullah s.a.w. berhijrah sebagai tahun pertama takwim Hijrah.
Penggunaan:-
- Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap.
- Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan ( hilal) kelihatan ketika matahari terbenam.
- Jika hilāl tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30.
- Pencerapan atau rukyah tersebut haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya dihadapan pemimpin.
- Amalan tradisi ini masih diikuti di negara-negara lain seperti Pakistan dan Jordan.
- Di Mesir, bulan bermula ketika matahari terbenam pada hari pertama yang bulan terbenam sekurang-kurangnya
Kesimpulan :-
- Perlu diambil perhatian hijrah bukanlah berlaku pada hari pertama dalam bulan muharram ini, sebaliknya hijrah bermula di penghujung bulan Safar dan Nabi saw sampai di Madinah pada 12 Rabi’ulawwal.
- Bulan Muharram adalah tempoh keazaman untuk melakukan hijrah, dimana bai’ah (janji taat setia) berlaku di dalam bulan Zulhijjah dan ia dikira sebagai muqaddimah hijrah, dan anak bulan yang berikutnya selepas Zulhijjah ialah anak bulan Muharram dan ketika itulah bermulanya azam untuk melakukan hijrah.
- Inilah kesesuaian dan munasabah menjadikan Muharram itu sebagai titik permulaan hijrah dan pengiraan kalendar Islam.
No comments:
Post a Comment