Kejayaan dan kegagalan bakal dihadapi setelah melalui suatu ujian atau peperiksaan.Semestinya kejayaan itu membawa suatu kemanisan dan kebahagian manakala kegagalan membawa suatu kepahitan dan kekecewaan.
Kejayaan di dunia hanya sementara sahaja.Sampai masa kejayaan itu boleh bertukar kepada kegagalan melihat sejauh mana usaha,ikhtiar,doa dan tawakkal kita kepada Allah.Walaupun begitu,segala nikmat dan musibah,kejayaan dan kegagalan di atas ketentuan Allah jua.Sebagai Hamba Allah sewajibnya menyerahkan diri kepada Allah semata-mata dengan menggunakan nikmat yang diberikanNya di landasan yang diredhaiNya.Kejayaan di Akhirat jua yang kekal abadi di syurga Ilahi.
Kejayaan kita syukuri..Kegagalan kita terima dengan redha dan muhasabah diri.Apa yang pasti teruskan menggapai kejayaan selagi mampu dan selagi peluang masih diberi.
" YA ALLAH,BERIKAN KEJAYAAN KEPADAKU DALAM PEPERIKSAAN ANDAI KEJAYAAN ITU BAIK BUATKU,TETAPI ANDAI KEGAGALAN MENGIRINGIKU TABAHKAN HATIKU DALAM MENGHADAPI UJIANMU DAN TAMBAHKAN SEMANGATKU UNTUK TERUS MENGGAPAI KEJAYAAN ATAS REDHAMU ".
Sudah Lama Tidak Update Blog
-
Salam semua. Sudah bertahun saya tidak update blog. Mungkin ramai yang kini
hanya
membaca Facebook sahaja, jarang lihat blog. Bagi saya, blogging sudah
ber...
8 years ago
No comments:
Post a Comment