1) 4 Perkara Yang Tidak Diketahui Kadarnya
Hatim berkata : "4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan oleh 4 perkara
1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua
2) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang terkena bala
3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang sakit
4) hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah mati
2) 4 Perkara Yang Lebih Baik
1) Malu drp lelaki adalah baik tetapi drp perempuan lebih baik
2) Adil bagi setiap orang adalah baik tetapi drp pemerintah lebih baik
3) Taubat drp pemuda adalah baik tetapi drp orang tua lebih baik
4) Dermawan drp orang kaya adalah baik tetapi drp orang miskin lebih baik
3) Kalau Tidak Kerana...
1) Kalau tidak kerana orang saleh, akan hancurlah semua orang jahat
2) Kalau tidak kerana ulama' nescaya akan jadilah semua manusia itu seperti binatang
3) Kalau tidak kerana pemerintah yang baik, akan berpecahlah manusia kepada kehancuran
4) Orang Yang Paling Kuat
"Orang yang paling kuat ialah orang yang dapat bangun waktu Subuh"
5) Akibat Selalu Kenyang...
"Sesiapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya, siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan sesiapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya"
6) Buah Akal, Iman Dan Fizikal
"Buah akal ialah ilmu pengetahuan, buah jiwa ialah ilmu pengetahuan dan buah fizikal ialah kemajuan. Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga anggota itu melahirkan buah dalam kehidupan"
7) Rugi Meninggi Diri
"Gunung yang tinggi tidak boleh menakung air tetapi lembah yang rendah boleh menjadi tasik yang saujana memandang luasnya". Ertinya, orang yang meninggi diri, orang tidak akan jatuh hati kepadanya. Sebaliknya orang yang merendah diri dapat mengambil hati orang tanpa bersusah payah.
8) Pahala Percuma
"Apakah kamu rasa kecil dan malu dihina ? Apakah kamu tidak tahu orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu bersusah payah"
9) Bermusuh Dengan Sibijak
"Bemusuhan dengan seorang yang bijak lebih merbahya daripada bersahabat dengan 100 orang yang bodoh" - peribahasa Arab
10) Semulia Manusia
"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan
11) Kepuasan
"Anda tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi anda boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih" - Ibnu Maqaffa
12) Akhlak Yang Buruk
"Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah" - Wahab Munabih
13) Keadilan
"Keadilan itu syurga bagi orang dizalimi dan neraka bagi penzalim" - Saidina Umar bin Al-Khatab
14) Keadilan Raja
"Keadilan pada diri seorang raja umpama sebentuk mutiara. Meskipun empunya telah mati, mutiara itu tetap bercahaya"
No comments:
Post a Comment