Firman Allah SWT:
ونفس وما سواها فألهمها فجورها وتقواها قد أفلح من زكاها وقد خاب من دساها
Maksudnya: Demi diri (manusia) dan yang menyempurnakannya (Allah). Lalu diilhamkan oleh Allah kepadanya mana yang buruknya dan mana yang baiknya.
(As Syams: 7 – 10)
(As Syams: 7 – 10)
Sesungguhnya Allah telah menciptakan pada setiap hambanya nafsu ammarah yang cenderung pada kejahatan untuk menguji sejauh mana tulusnya pengabdian mereka terhadap Allah. Antara sifat-sifat tersebut ialah kejahilan, berlaku zalim dan bersifat bakhil. Semua sifat tersebut cenderung pada kejahatan dan menyimpang dari kebaikan, bencikan kepayahan dan bebanan tanggungjawab.
Allah telah mencipta sifat ini sebagai gelanggang pertarungan dan medan praktis untuk menguji kejujuran pengabdian hambanya kepada Allah. Tanpa sifat-sifat tersebut nescaya manusia akan menjadi seperti malaikat yang tidak pernah menderhaka kepada Allah.
Allah menggesa hambanya agar memerangi hawa nafsu dan sebagai habuan kemenangan mereka dalam pertarungan itu dijanjikan keredhaan dan syurga Allah buat mereka. Allah berfirman:
فأما من طغى واثر الحياة الدنيا فإن الجحيم هى المأوى وأما من خاف مقام ربه ونـهى
النفس عن الهوى فإن الجنة هي المأوى..
النفس عن الهوى فإن الجنة هي المأوى..
Maksudnya: Maka barangsiapa yang durhaka dan mengutamakan kehidupan di dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat kediamannya. Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada hawa nafsunya, maka syurgalah tempat kediamannya.
(An Naziaat: 38 - 41)
(An Naziaat: 38 - 41)
Manusia berinteraksi dengan jiwa dan nafsu dalam tiga kategori:
Golongan Pertama:
Mereka yang beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari akhirat, qada` dan qadar Allah Ta’ala; menjadikan syariat Allah sebagai landasan hidup dan percaya bahawa nafsunya adalah penghalang utama untuk mengikhlaskan dirinya untuk beribadat kepada Allah. Nafsu tersebut berada di antara dua tulang rusuk manusia dan ia juga merupakan salah satu daripada musuh-musuh manusia. Kita diseru berjihad menentang hawa nafsu dan sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga dalam menghadapi musuh–musuh tersebut tak kira samada kecil mahupun besar. Memerangi hawa nafsu dan syahwat serta mematahkan sebarang kecenderungan terhadapnya. Mengikut keinginan nafsu sekadar dalam hal-hal yang diharuskan dengan syarat secara tidak berlebih-lebihan dan melampaui batas serta tidak mengabaikan amal ibadat. Malah sanggup pula menggadai jiwa raganya sama-mata kerana ingin menyahut seruan Allah.
Firman Allah SWT:
ان الله اشترى من المؤمنين أنفسهم وأموالهم بأن لهم الجنة يقاتلون فى سبيل الله فيقتلون ويقتلون وعدا عليه حقا في التوراة والإنجيل والقرآن ومن أوفى بعهده من الله فاستبشروا ببيعكم الذى بايعتم به وذلك هو الفوز العظيم ..
Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah membeli diri dan harta orang-orang yang beriman, bahawa untuk mereka itu syurga. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji benar bagi Allah (yang termaktub) dalam Taurat, Injil dan Quran. Siapakah yang lebih menepati janjinya dari Allah? Sebab itu bergembiralah dengan perjualan yang kamu jual itu. Demikian itulah kemenangan yang besar.
(At Taubah: 111]
Allah SWT menjelaskan dalam ayat berikutnya bahawa golongan ini adalah sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT:
التائبون العابدون الحامدون السائحون الراكعون الساجدون الآمرون بالمعروف والناهون
عن المنكر والحافظون لحدود الله وبشر المؤمنين
عن المنكر والحافظون لحدود الله وبشر المؤمنين
Maksudnya: Orang–orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang berpuasa (atau mengembara menuntut ilmu), yang ruku`, yang sujud, yang menyuruh dengan ma`ruf dan melarang yang mungkar, lagi memelihara batas-batas (perintah) Allah. Berilah khabar gembira orang–orang yang beriman itu dengan syurga.
(At Taubah: 112)
(At Taubah: 112)
Kita dapati segala pergerakan, diam, berdiri dan duduknya hanyalah kerana Allah SWT dan bukan mengikut nafsunya. Ini bertepatan dengan apa yang difirmankan oleh Allah SWT:
ومن الناس من يشترى نفسه ابتغاء مرضات الله . والله رؤوف بالعباد
Maksudnya: Setengah manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana menghendaki keredhaan Allah dan Allah Pengasih kepada hambaNya.
[Al Baqarah: 207]
[Al Baqarah: 207]
Kemenangan mereka dalam melawan jiwa dan nafsu akan terserlah melalui perilaku dan ikrar taat setianya kepada Allah, mentauhidkan dan membesarkan syiar Allah, menjauhi segala larangan, tidak merasa marah dan menaruh dendam ke atas dirinya sendiri. Sebaliknya mereka berasa marah sekiranya melampaui batas larangan Allah. Kaya jiwa membawa erti, berpada dengan apa yang ada, tidak terlalu bergembira apabila memperolehi nikmat dunia dan tidak pula bersedih hati apabila kehilangan habuan dunia, tidak melihat mereka yang lebih hebat mengatasi dirinya dalam hal keduniaan dan tidak pula terliur apabila melihat harta.
Tawakkal kepada Allah dan redha dengan segala ketentuan-Nya. Mengutamakan kepentingan agama daripada kepentingan dunia, berterus-terang dengan kebenaran dan berpaut teguh dengannya. Segala yang halal menjadi pilihan, menjauhi perkara-perkara yang bersifat keduniaan, berakhlak mulia, mudah bergaul, lemah lembut, berhati-hati terhadap segala perkara yang haram, menunaikan amanah, menepati janji, bersedekah ketika senang dan susah, tangan kanan menderma tanpa pengetahuan tangan kiri, bercakap benar, rendah diri, melihat kekurangan dan kelemahan dirinya. Apabila melihat orang yang lebih tua daripadanya ia berkata: “Beliau mendahului aku dalam beramal soleh,” apabila melihat orang yang lebih muda darinya beliau mengatakan: “Aku mendahuluinya dalam melakukan dosa.”
Bersaudara kerana Allah dan tidak menaruh rasa dendam terhadap kebaikan yang dianugerahkan oleh Allah kepada orang lain. Jiwanya tenang ketika berhadapan dengan saudaranya yang lain, memahami Islam dengan kefahaman yang sahih, tidak mendahulukan perkara yang sunat daripada yang wajib, sentiasa menekuni setiap pekerjaan dan bidang pengkhususannya, sabar dan teliti dalam setiap tindak-tanduk, sentiasa menyeru kepada Allah, menyuruh manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Memulakan dengan diri sendiri, keluarga dan kaum kerabatnya, sentiasa mengambil berat hal ehwal umat Islam, mempunyai sensitiviti yang kuat dengan isu mereka dan sentiasa mengharapkan pengiktirafan dari Allah. Tidak taasub dengan pandangan peribadi dan sentiasa berpandukan kata kata imam Syafie:
رأيي صواب يحتمل الخطأ ورأي غير خطأ يحتمل الصواب
Bermakna: Mungkin kebenaran pandanganku ada kesilapan dan mungkin pada kesilapan pandangan orang lain ada kebenaran.
Tidak mendedahkan diri kepada cinta dunia dan sukakan jawatan serta sentiasa mengharapkan agar dirinya dibimbing. Apabila diberi amanah, ia dapat menerimanya dengan hati terbuka dan penuh minat. Bersedia meninggalkan segala jawatan pada bila–bila masa jika diminta berbuat demikian dan menganggap hari perlucutan jawatannya sebagai suatu hari yang menggembirakan.Menjadikan sunnah Nabi sebagai pedoman dalam setiap perbuatan dan kata-kata, sentiasa segera bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Inilah dia hamba yang sebenar terhadap Tuhannya dan mendapat pertolongan dari Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat, seperti mana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah menolong mereka yang menolong agamanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.[Al Hajj: 40]
Berjiwa kental mengharungi cabaran ketika di medan juang untuk menentang kebatilan di samping pertolongan Allah SWT, firman Allah SWT:
إنا لننصر رسلنا والذين آمنوا في الحياة الدنيا ويوم يقوم الأشهاد يوم لا ينفع الظالمين معذرتهم ولهم اللعنة
ولهم سوء الدار ..
ولهم سوء الدار ..
Maksudnya: Sesungguhnya kami menolong Rasul-Rasul kami dan orang-orang yang beriman waktu hidup di dunia dan hari qiamat. Iaitu hari yang tidak bermanfaat segala alasan bagi orang yang zalim; mereka mendapat laknat dan untuk mereka penempatan yang buruk.
[Al Ghafir: 51 - 52]
[Al Ghafir: 51 - 52]
Namun apa yang menyedihkan ialah manusia yang tergolong dalam kategori ini tidak ramai. Meskipun mereka itu wujud seiring dengan peredaran zaman tetapi tapi pada darjat yang berbeza-beza. Sepertimana sabda Rasulullah:
لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق لا يضرهم من خذلهم حتى يأتي أمر الله وهم كذلك ..
Ertinya: Akan tetap wujud segolongan dari umatku berterus terang menyatakan kebenaran tidak memudharatkan mereka orang yang memperlecehkan mereka, sehinggalah datang ketentuan Allah (hari kiamat) dan mereka tetap begitu (menyatakan kebenaran).-Muttafaqun 'Alaihi
Golongan Ke Dua:
Golongan yang kedua ialah mereka yang mengikut hawa nafsu dan langsung tidak menyanggahi segala tuntutannya. Mereka adalah golongan yang menuju kepada kehancuran. Apakah mereka ini tidak mendapat rahmat daripada tuhan? Masakan tidak. Mereka telah beralih daripada menyembah tuhan dan penciptanya kepada menyembah hawa nafsu mereka. Mereka ini bertepatan dengan firman Allah SWT:
أرأيت من اتخذ إلهه هواه أفأنت تكون عليه وكيلا أم تحسب أن أكثرهم يسمعون أو يعقلون إن هم إلا كالأنعام
بل هم أضل سبيلا..
Maksudnya: Adakah engkau lihat orang yang mengambil hawa nafsunya sebagai tuhan? Adakah engkau menjadi wakil (penjaga) untuknya. Bahkan adakah engkau kira bahawa kebanyakkan mereka mendengar atau memikirkan? Mereka tidak lain hanya seperti binatang, bahakan mereka lebih sesat jalannya.
[Al Furqan: 43]
Nafsu telah mengheretnya kepada dunia yang penuh dengan segala perhiasan dan keindahan lalu tenggelam dalam runtunan nafsu tersebut. Meliarkan pandangan dan dikekang oleh kemahuan syahwat. Mengisi perut dengan segala apa yang disukai tanpa menghiraukan samada halal ataupun haram. Dirinya tidak berupaya memikul bebanan dan tanggungjawab, tidak menjaga sembahyang lima waktu dan puasa serta ibadat-ibadat yang lain, menjadi hamba kepada diri sendiri dan menjadi tawanannya, dirantai oleh nafsu syahwat. Apabila diberi peringatan dengan nama Allah SWT dan disuruh menunaikan segala hak-haknya mereka akan mengejek dan mempersendakannya. Mereka telah banyak melakukan pendustaan untuk membebaskan diri dari balasan dan celaan orang yang berada di sekelilingnya. Bersikap riak untuk memperelokkan tanggapan orang tentang dirinya, tidak jemu memperkatakan tentang diri sendiri, keperwiraan dan segala kejayaan. Tidak ada halangan baginya untuk menceritakan hikayat yang palsu agar dikagumi dan mempamerkan segala kebaikan di hadapan manusia, menjadikannya sebagai satu kebanggaan dengan cara yang keji. Melakukan kebaikan untuk kepentingan diri dan maslahah (kepentingan) peribadi. Slogan mereka ialah matlamat menghalalkan cara. Mereka ini mengikuti jalan syaitan dan menjadi tentera dan puak mereka.
استحوذ عليهم الشيطان فأنساهم ذكر الله أولئك حزب الشيطان ألآ إن حزب
الشيطان هم الخاسرون
الشيطان هم الخاسرون
Maksudnya: Mereka telah dikuasai (diperintah) oleh syaitan, lalu dia melupakan mereka dari mengingati Allah. Mereka itulah golongan yang mengikut syaitan ingatlah bahawa pengikut syaitan itu amat rugi.
[Al Mujadalah: 19]
Apa yang menyedihkan ialah golongan ini sangat ramai, mudah dilihat dan dikenali berdasarkan pengabdian mereka yang mutlak terhadap diri dan nafsunya.
Golongan Ketiga:
Golongan ini adakalanya tunduk dengan kehendak hawa nafsu dan adakala menyanggahinya. Terdapat pada diri mereka pengabdian dua dimensi iaitu pengabdian terhadap diri sendiri dan pengabdian terhadap Allah. Kadar pengabdian dua dimensi tersebut berbeza bagi setiap orang mengikut sejauh mana mereka tunduk kepada hawa nafsu dan akur kepada perintah Allah. Golongan ini menumpaskan hawa nafsu dalam pelbagai perkara tetapi nafsu pula yang menjadi raja dalam beberapa perkara lain. Wujud pada diri mereka unsur kekuatan dan kelemahan dalam menghadapi nafsu.
Mereka yang termasuk di dalam kategori ini sangat ramai. Terdapat di kalangan mereka yang terpedaya dengan keampuhan mereka berhadapan dengan hawa nafsu dalam beberapa keadaan, terutamanya ketika diperhati dan dilihat oleh orang ramai dan mereka menyangkakan bahawa mereka telah memperolehi kemenangan yang mutlak. Sebaliknya mereka lupa dengan teknik tipu daya syaitan. Dari segi zahir, mereka telah memperolehi kemenangan namun sebaliknya mereka telah menuruti kehendak diri dan hawa nafsunya tanpa disedari.
Kita perlu sedar bahawa pertarungan melawan hawa nafsu adalah pertarungan yang getir dan hebat yang tiada kesudahannya melainkan mati. Sepertimana yang disebut oleh seorang ulamak yang soleh:
يموت الموءمن وسيفه يقطر دما
Maknanya: Orang mukmin mati dalam keadaan pedangnya menitik darah.
Kita perlu sentiasa memuhasabah dan memeriksa hal dalaman diri secara berterusan agar mudah untuk membentangkan segala kelemahan dan mengubah diri serta tidak mudah tewas dengan hawa nafsu. Seterusnya kita menuju kepada kekuatan dan kemenangan. Allah Maha Perkasa untuk merealisasi tujuan tersebut.
No comments:
Post a Comment