“ Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya ..” ( Riwayat At-Tirmidzi)

Followers

Follower yang ke -100 Syed Azaharul

Saturday, October 16, 2010

Teka-teki bersama jiran sebelah...

Ada sebuah teka-teki, bunyinya begini:

Kalau tuan bijak bestari
Apakan bendanya tolong jawabkan,
Dapurnya riuh, setiap hari,
Asapnya berkepul di rumah jiran?

Jawapan : Sila cari dalam catatan di bawah.

Sidang pembaca yang dimuliakan,
Dalam menghayati hak-hak jiran, Islam membahagikan jiran itu kepada tiga bahagian
Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak.

Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran yang muslim yang berkerabat, maka baginya hak jiran, hak muslim dan hak kerabatnya.

Adapun jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran muslim, di mana haknya ialah hak jiran dan sebagai orang muslim.

Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik atau kafir ".

Sebagai jiran yang baik, seseorang itu pasti pernah memberikan sedikit makanan yang dimasak di rumahnya kepada jiran yang tinggal bersebelahan dengannya.

Contohnya ketika majlis kenduri kesyukuran, doa selamat, yasinan tahlilan dan sebagainya kerana di waktu itu makanan yang dihidangkan biasanya lebih istimewa daripada makanan pada hari-hari biasa. Selain itu, sudah tentu aroma daripada masakan dalam kuantiti yang banyak itu tidak mampu "dipadam" kesannya begitu sahaja.

Jadi, sebagai manusia yang mempunyai perasaan, tidak ada salahnya jikalau kita memberikan sedikit makanan itu kepada jiran supaya dia pun berkongsi kegembiraan, berkongsi nikmat rezeki dalam bentuk makanan dan minuman yang Allah kurniakan kepada kita.

Dunia ini, langit dan buminya, dengan segala isinya semuanya milik Allah subhanahu wa ta'ala. Allah Yang Maha Agung tidak pernah kedekut dengan apa yang dimiliki-Nya. Sentiasa memberi curahan kasih-sayang kepada makhluk-Nya tanpa mengira muslim atau kafir, manusia atau haiwan. Semua diberi kepada kita dengan percuma, diberikannya matahari dan bulan, diberikan lautan dan daratan, diberikan haiwan dan tumbuhan dan banyak lagi. Tidakkah kita sebagai hamba-Nya bersyukur dengan kurniaan rezeki yang diperolehi lantas kita kongsikan dengan jiran yang berada di sebelah-menyebelah ?

Adat memberikan makanan kepada jiran tetangga bukan hanya kebiasaan bangsa Melayu sahaja,bahkan ia merupakan kebiasaan masyarakat seluruh dunia yang mempunyai hati dan perasaan. Ada sebuah kata pepatah Arab Mesir berkisar tentang jiran yang suka memasak makanan dengan banyak tapi kedekut:
دخانك عماني وطعامك ما جاني
yang berbunyi: dukhonak 'amaani wa to'aamak ma gaani
atau dalam bahasa bakunya:

دُخَانُكَ أَعْمَانِيْ وَطَعَامُكَ مَا جَاءَنِيْ
ertinya: Asap engkau memedihkan(membutakan) mataku tapi makanan engkau tak pernah sampai kepadaku.

Ini merupakan kata-kata sindiran yang lembut terhadap jiran yang kedekut lagi tiada berhati perut. Dalam Ilmu Balaghah, kata-kata ini termasuk dalam bab Al-Kinayah.

Keindahan gaya bahasa kinayah dalam ayat ini jelas terdapat pada :walaupun seseorang itu tiada lagi mampu menahan emosinya yang menyebabkan dia mudah memaki-hamun orang lain, kita dapati bahawa Bahasa Arab tetap berhasil menundukkan dia supaya mengutamakan adab dengan tidak menggunakan kata-kata kesat lagi tiada sedap didengar oleh telinga, di mana dia terpaksa menggunakan bahasa lembut pada sebutan, tetapi makna sindirannya tetap pedas lagi memedihkan.

Balaghah telah membuat orang itu beradab dalam tutur katanya. Bayangkan sekiranya dia berkata begini:
"Hoi, Kurang a**m punya jiran, tak g**a betul. Lagi-lagi hantar asap pemedih mata saja, makanannya enggak pernah sampai. Memangnya kau ni keturunan pasukan anti-tunjukperasaan kah? Dasar k*d**ut nak m****s. C*****!!"......
Ya, pasti akan tercetus api perang antara dua berjiran jika dia memaki-hamun begitu. Tak eloklah begitu, ya.

Adapun ُjiran yang duduk di maqam sabar,
maka dia sentiasa menjaga lidahnya daripada menyebabkan hati tetangganya itu luka tercalar.
Ya, dia tahu diri.
Dan dia tahu dan yakin, bahawa kalau rezeki itu sudah tertulis untuknya daripada Allah ta'ala,
pasti "rejeki " itu sampai ke "alamatnya"
dan tiada siapa yang boleh menghalangnya, menyekatnya atau mengurangkan kuantitinya.
Dan dia tahu dan yakin bahawa kalau rezeki itu bukan tertulis untuknya, nescaya dia tak akan mendapatnya sekalipun dia penat bertungkus -lumus dan berusaha untuk mencapainya.

Ada 2 bait syair Arab tentang keluhan dan luahan hati si fulan terhadap jirannya yang kedekut dengan makanan. Bahasanya lembut dan halus sekali. Biasalah orang sastera. Begini bunyinya...
وَجِيْرَةٍ لاَ تَرَى فِى النَّاسِ مِثْلَهُمُ
إِذَا يَكُوْنُ لَهُمْ عِيْدٌ وَإِفْطَارُ
إِنْ يُوْقِدُوْا يُوْسِعُوْنَا مِنْ دُخَانِهِمُ
وَلَيْسَ يَبْلُغُنُا مَا تُنْضِجُ النَّارُ
ertinya:
Dan itulah jiran-jiran yang tidak pernah kau lihat spesis manusia seperti mereka,
ketika menyambut hari raya atau berlangsungnya majlis berbuka,
Jika mereka menyalakan api(memasak), mereka "lumurkan" kepada kami asap dan jelaga,
namun apa yang dimasakkan oleh api(makanan), tak pernah "kunjung tiba" ......

Aduhai, sedih sekali mengenang nasib orang yang tinggal dengan jiran yang bakhil lagi takabbur ini....Ya.Allah, jauhkanlah kami daripada sifat tercela...Amiin.


Jawapan teka-teki " DAPURNYA RIUH SETIAP HARI, ASAPNYA BERKEPUL DI RUMAH JIRAN":
=Orang kikir dan bakhil yang tak pernah memberi sedikit makanan pun kepada jirannya, masak bukan main sedap, enggak tanggung-tanggung enaknya, tapi mas,yang dihantar cuma asapnya aja,!

Artikel asal di http://sasteraarab.blogspot.com/

1 comment:

juliet said...

salam, nak tanya jiran tetangga saya kiri kanan depan belakang semua c**a.. nak buat baik pon diorang mcm xde ape2 yang berlaku, mungkin berlainan budaya... camana tu...

Jaamiah Al-Azhar As-Syarif


Copy this code to your website to display this banner!